Saturday, 5 November 2005

KUASA ALLAH TAK SIAPA MAMPU MELAWANNYA









KUASA ALLAH TIDAK SIAPA MAMPU MENGHALANGNYA. WALAUPUN MANUSIA MEMPUNYAI PANGKAT SEBESAR MANA SEKALIPUN. WALAUPUN AMERIKA MEMPUNYAI PELBAGAI PERALATAN YANG CANGGIH SEKALIPUN NAMUN MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK MELAWAN TAUFAN KATRINA, RITA DAN WILMA.

INSAFLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARI KEMBALI KEPADA ISLAM. TINGGALKAN SEGALA AJARAN YANG MENYIMPANG DARI ISLAM. TERMASUK YANG DINAMAKAN ISLAM HADHARI.

GAMBAR HIASAN : UMAT ISLAM PAKISTAN MENGERJA SOLAT AIDILFITRI DIHADAPAN RUNTUHAN BANGUNAN DAN RUMAH-RUMAH MEREKA


FOKUS PILIHANRAYA KECIL PENGKALAN PASIR : TIADA ALASAN TOLAK PAS - TOK GURU


DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA

KOTA BHARU 4 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat tiada alasan untuk menolak Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir kerana alasan tiada pembangunan di bawah pemerintahan parti itu adalah tidak betul.

Beliau mendakwa, sepanjang 15 tahun pemerintahan Pas, parti itu telah berjaya membawa banyak perubahan termasuk dalam bidang pembangunan yang sekarang semakin berkembang.

``Malah, masalah bekalan air yang suatu masa dahulu mendapat rungutan rakyat juga diatasi dengan pinjaman kewangan daripada Kerajaan Pusat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, sebagai parti Islam, rakyat wajib berusaha memenangkan calon Islam walau apa keadaan sekali pun.

Ini kerana, katanya, manusia adalah makhluk Allah dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati termasuk berpolitik.

``Masalah besar ialah hujung jatuh manusia ada pembalasan akhirat. Pembalasan ikut kaedah al-Quran, tak boleh pandai-pandai. Oleh kerana lama sangat di perintah oleh orang putih, maka kita berasa tak apa duduk tolak al-Quran,'' katanya.

Beliau berkata, Pas belum memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya kecil itu berikutan kematian wakil mereka, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar walaupun sudah mempunyai bayangannya.

``Kriteria (calon), orang yang berjiwa Islam, hatta Cina seperti Anuar Tan (Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah ), kita ambil jadi calon oleh sebab perangai dia dan sebagainya. Dalam Islam, tak ada masalah bangsa,'' katanya.

Mengulas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kedudukan Pas di kawasan itu kurang stabil, Nik Abdul Azizi berkata, melihat majoriti pilihan raya lalu, Pas dan Barisan Nasional sama-sama tidak stabil.


MEMALUKAN : 1 % PENDUDUK MALAYSIA ADALAH PENAGIH DADAH


Melaka 4 Nov. - Sungguh memalukan! Itulah ungkapan yang mungkin sesuai untuk menafsirkan berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini yang memberitkan bahawa satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia merupakan penagih dadah. Berita itu menyebut strategi berkesan perlu dilaksanakan dalam usaha menjadikan negara bebas daripada gejala dadah menjelang 2015. Demikian kenyataan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata sehingga tahun lepas, kira-kira satu peratus jumlah penduduk Malaysia atau 255,725 orang didapati menagih dadah. Beliau seterusnya menambag bahawa 80 peratus penagih dadah di negara ini berumur dalam lingkungan 15 dan 40 tahun dan statistik polis menunjukkan 30 hingga 40 peratus daripada mereka terbabit dalam jenayah kecil.

Merujuk kepada keadaan ini, DPP Kawasan Bukit Katil menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia sebenarnya gagal menangani isu ini dengan berkesan. Masalah ini semakin hari semakin serius tetapi sampai sekarang kerajaan masih lagi teraba-raba mencari 'penawar'nya. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah dilakukan oleh kerajaan melalui pelbagai agensi seperti Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), PEMADAM dan sebagainya namun semuanya bagaikan indah khabar dari rupa. Di mana silapnya! Perkara pertama yang mesti dilakukan oleh kerajaan ialah merombak kembali semua kaedah dan pendekatan menangani isu ini iaitu kembali kepada Islam dalam apa juga kedah dan pendekatan tersebut.

Pendekatan bersepadu mestilah di ambil dari segi undang-undang, pencegahan dan perawatan penagih dadah. Selagi undang-undang langkah pencegahan, perawatan dan lain-lain dipisahkan dari ajaran Islam selagi itu ianya tidak dapat dikurangkan serta seterusnya dibasmi.

Sudah sampai masanya keegoan dan kedegilan kerajaan Islam Hadhari dari menggunakan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap apa juga masalah negara dihentikan demi untuk menyelamatkan negara kita dari terus hancur dengan pelbagai masalah yang seolah-olah tiada penghujung.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59