Tuesday, 1 November 2005

BERSIAP PERTAHAN KERUSI DUN PENGKALAN PASIR KELANTAN











Melaka 1 Nov: Awal pagi semalam iaitu kira-kira jam 6.10 pagi, kita dikejutkan dengan berita bahawa ADUN Pengkalan Pasir, Wan Aziz Wan Jaafar, 55 telah meninggal dunia akibat kanser hati. Beliau yang telah beberapa kali dirawat di Hospital merupakan seorang ADUN yang sangat berdedikasi.

Berikutan dengan pemergian beliau ke rahmatullah maka sudah pasti Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh SPR menerima notis dari DUN Kelantan. Speaker DUN Kelantan Dato' Wan Abdul Rahim memaklumkan bahawa beliau akan memaklumkan kepada SPR tentang kekosongan kerusi DUN Pengkalan Pasir sebaik sahaja menerima sijil mati Allahyarham Wan Aziz.

Seluruh ahli PAS terutama di Kelantan seperti biasa akan segera mempersiapkan jentera parti demi untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut. Beberapa pemimpin PAS Kelantan melahirkan keyakinan penuh bahawa PAS akan dapat mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Pasir kerana kawasan itu kubu tradisi PAS semenjak dari dahulu lagi. Lebih-lebih lagi rekod perkhidmatan ADUN PAS di situ amat cemerlang semenjak ianya dipegang oleh Haji Hassan Ismail sebelum ini.

Kerusi amat penting bagi PAS kerana andainya PAS tewas maka kerusi PAS di Dewan Negeri Kelantan akan tinggal 23 manakalan kerusi BN akan bertambah menjadi 22 iaitu majoriti PAS hanya tinggal satu sahaja.

Ini merupakan Pilihanraya Kecil kedua selepas Pilihanraya Umum lalu. Pilihanraya kecil pertama ialah di DUN Kuala Berang, Terengganu.

Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa agar Allah tetap memberikan kemenangan PAS demi untuk kepentingan Islam di Kelantan khasnya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59