Friday, 21 October 2005

MAJLIS IFTAR DAN PENERANGAN DI MARKAZ MTD BUKIT BARU MALAM INI


Bukit Baru 21 Okt : MTD Bukit Baru akan mengadakan majlis Iftar dan penerangan bertempat di Markaz MTD Bukit Baru, Pekan Bukit Baru berhadapan Flat Sri Siantan bermula jam 5.30 ptg ini.

Semua masyarakat setempat dijemput hadir. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Sofi Wahab 019-682 1318


Ke manakah hilangnya IZZAH kita?


Oleh : Roslan SMS.

Sebelum ini kita pernah melihat tentera-tentera penceroboh Amerika di Abu Gharib, Iraq dengan biadap mencabul kehormatan para tahanan Iraq. Kini yang terbaru tentera penceroboh yang sama bertindak di Afghanistan pula.

Menurut laporan CNN tentera penceroboh Amerika dan kerajaan Afghanistan sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa mayat pejuang Taliban yang dihadapkan kea rah kiblat telah dibakar oleh anggota tentera AS dari Briged Udara 173 berdekatan kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Gonbaz, iaitu di daerah kubu kuat Taliban di Kandahar, Afghanistan.

Menurut laporan sambil mayat-mayat itu dibakar pengumuman melalui pembesar suara dibuat oleh unit yang sama menggesa para pejuang Taliban di sekitar kawasan itu agar datang mengutip mayat-mayat tersebut.

Tindakan biadap ini jelas menghina Islam sedangkan ianya dilakukan oleh gerombolan tentera yang mendakwa dan mendabik dada sebagai Polis Dunia!

Di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh berkat ini tentera AS tergamak menghina mayat umat Islam tanpa sedikit pun nilai kehormatan dan mengenepikan sebarang peraturan dan konvensyen semata-mata kerana ghairah mahu meneruskan agenda jahat mereka.

Inilah nasib umat Islam apabila mengizinkan dirinya dibelenggu oleh penjajah kuffar yang memiliki agenda menghancur luluhkan aqidah dan kepercayaan kita. Dikesempatan bulan Ramadhan terutama di 10 malam terakhir kelak, berdoa dan bermunajatlah kita dan sebutkan di dalam doa qunut kita ketika witir agar Allah swt menyelamatkan umat Islam dan mengembalikan izzah dan kemuliaannya.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:

Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi saw. menjawab, Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN

Seorang sahabat bertanya, :Apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab: Cinta pada dunia dan takut pada mati. H.R. Abu Daud


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59