Monday, 17 October 2005

ZAM JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH


Roslan SMS .........

Persembahan hiburan juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani atau Mawi di Kelantan baru-baru ini membuktikan Pas menerima konsep Islam Hadhari yang didokong oleh UMNO apabila kerajaan Pas negeri itu menganjurkan konsert secara terbuka.

Demikian laporan UTUSAN hari ini yang memetik pandangan Timbalan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.

Apakah dengan pengajuran satu konsert maka sahlah PAS telah menerima konsep Islam Hadhari yang dicipta oleh Presiden Umno itu?

Kenyataan Timbalan Menteri ini sungguh menyimpang dari semangat dan matlamat penganjuran konsert itu sendiri. Jelas tanyalah siapa pun samada yang hadir termasuklah Mawi dan M. Nasir sendiri, konsert anjuran kerajaan negeri Kelantan pada 2 malam itu berbeza samasekali dari mana-mana konsert yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Pihak media sendiri yang dijemput oleh kerajaan negeri telah memberi ulasan yang telah membezakan konsert ini dari yang lain-lain. Akhbar THE STAR dalam ruangan METRO bertarikh 12 Oktober melaporkan di bawah tajuk CONCERT FOR ISLAMIC CITY:

To mark the declaration by the Sultan of Kelantan, Tuanku Ismail Petra, the state government which was the main organaiser, held the first open-air concert in Kota Bharu in 15 years that was billed as a version of Islamic entertainment or alternative entertainment.

The 55,000 strong crowd experienced a first when organaisers segregated them into single males, females and families inside the stadium.

Sempena pengisytiharan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, kerajaan negeri selaku penganjur telah menganjurkan konsert terbuka yang pertama di Kota Bharu sejak 15 tahun yang dikira versi hiburan secara Islam ataupun hiburan alternatif.

Penonton seramai 55,000 itu telah melalui pengalaman pertama apabila pihak penganjur telah mengasingkan antara lelaki, wanita dan yang telah berkeluarga di dalam stadium.

MINGUAN MALAYSIA bertarikh 9 Oktober dalam ruangan PANCAINDERA di bawah tajuk KONSERT MAWI BUKTIKAN SEGALANYA menulis:

Selain itu konsert Mawi telah menjadi bukti bahawa penonton boleh menjadi sopan dan tertib jika awal-awal lagi pemikiran mereka diterapkan bahawa mereka sedang menyaksikan konsert berbentuk dakwah.

Justeru tidak hairanlah apabila sepanjang konsert berkenaan yang menyaksikan Mawi menyampaikan empat buah lagu iaitu Intifadah, Pergi Tak Kembali, Nour Elain dan Aduh Saliha, penonton tidak terlompat-lompat atau menjerti-jerit seperti konsert-konsert lain.

Begitulah juga pada konsert malam kedua yang turut menyaksikan Mawi berganding bahu dengan M. Nasir dan Kumpulan Rabbani. Konsert itu benar-benar dilaksanakan dengan tujuan mengajak umat manusia kea rah kebaikan.

Berdasarkan dua ulasan yang berbeza ini sahaja kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa konsert di Kelantan itu tidak boleh disamakan dengan konsert-konsert lain.

Diperingkat ini cuba kita lihat pula konsert-konsert yang pernah samada dianjurkan atau diberi kebenaran oleh kerajaan Islam Hadhari yang diwakili oleh Zam itu. Antaranya Konsert Inul Goyang Gerudi, Konsert sempena tahun baru, konsert sempena kemerdekaan negara, bolehkah konsert-konsert ini disamakan dengan konsert di Kelantan?

Kelantan mulakan konsert dengan solat, Kelantan asingkan antara penonton wanita dan lelaki, kesimpulannya berhibur-berhibur juga tetapi akhirat tidak lupa. Oleh itu saya tidak nampak dimana rasional Zam mahu menisbahkan bahawa PAS menerima konsep Islam Hadhari dengan penganjuran konsert di Kota Bharu, baru-baru ini?


30 TAHUN MERDEKA JAMBATAN MASIH BELUM DAPAT


Melaka 17 Okt : DPP Kawasan Bukit Katil merasa harian bagaimana selepas 48 tahun merdeka masih ada rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Ikuti laporan sebuah akhbar harian di bawah ....

Tiga keluarga di Kampung Tabuh Naning, Simpang Ampat di sini terpaksa membina sendiri jambatan kayu, untuk menyeberangi Sungai Tabuh Naning bagi urusan harian.

Jambatan kayu yang tidak sempurna itu dibina daripada sisa kayu yang dipungut dari projek pembinaan Vendor City, Simpang Ampat kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Jamaludin Sabtu, 39, berkata kayu itu dipikul dan diangkut ke rumah mereka melalui kebun getah penduduk, sedikit demi sedikit kerana tidak ada kenderaan untuk mengangkutnya.

Beliau berkata, jambatan itu dibina sejak empat bulan lalu bagi menggantikan jambatan lama yang roboh dibawa arus sungai yang deras.

Menurutnya, sehingga kini sudah berpuluh jambatan yang dibinanya merentangi sungai itu, termasuk jambatan daripada buluh, sejak menetap di situ lebih 30 tahun lalu.

“Kami sudah memohon mendapatkan jambatan yang lebih sempurna daripada pihak berkuasa melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sudah meminta serta mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah untuk membina jambatan di tanahnya.

“Tuan tanah sudah memberi surat kebenaran tetapi sehingga sehingga ini permohonan kami masih belum mendapat jawapan yang positif daripada pihak berkenaan.

“Setiap kali kami mengajukan mengenai jambatan kepada pihak yang berkenaan jawapannya masih sama, walaupun JKKK sudah tiga kali bertukar pemimpin yang menerajuinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Tinjauan Harian Metro mendapati jambatan yang dibina sendiri Jamaludin dan keluarga adik-adiknya itu tidak kukuh kerana akan bergoyang jika dilalui berikutan tidak ada tiang tengah yang menyokongnya.

Menurut Jamaludin, tiang tengah menyokong jambatan itu tidak dapat dibina sendiri kerana jika dibina akan menyebabkan keseluruhan jambatan itu runtuh dihanyut air deras jika berlaku hujan lebat.

Katanya, dia membina jambatan itu bersama bapa dan keluarga adiknya yang tinggal berasing di seberang sungai itu.

Katanya, jambatan itu penting untuk laluan tiga keluarga adik beradiknya yang menggunakannya untuk menjalankan urusan harian dan menghantar anak-anak ke sekolah.

“Ini jalan utama kami untuk ke jalan besar dan jalan lain tidak ada. Jika tidak ada jambatan ini kami terpaksa mengharungi sungai untuk ke seberang sana,” katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59