Thursday, 6 October 2005

ISLAM HADHARI BUKAN SAHAJA BENARKAN ARAK DIJUAL BERLELUASA MALAH KILANG ARAK JUGA DIBENARKAN


Kota Bharu 6 Okt : Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan menemplak kerajaan Islam HAD-HARI kerana bukan sahaja membenarkan arak dijual secara berleluasa malah membenarkan juga kilang arak beroperasi di Malaysia.

Beliau membuat sindiran tajam ketika menjawab soalan ADUN Wakaf Bharu Mohd Rosdi Abdul Aziz dalam sidang DUN Kelantan semalam. Rosdi bertanyakan samada kerajaan negeri dengan slogannya Membangun Bersama Islam bercadang untuk menutup premis-premis menjual arak dalam negeri tersebut.

Jawapan Takiyuddin tersebut membuka pekong kerajaan Islam HAD-HARI sendiri yang sebenarnya tidak pernah menghadkan penjualan arak di mana ianya boleh dijual di mana-mana tanpa kawalan. Malah Kilang arak beroperasi dengan bebas. Takiyuddin juga membuat pendedahan bahawa terdapat surau di dalam kilang tersebut. Apa nak jadi dengan Islam HAD-HARI surau boleh didirikan di tempat membuat barang yang jelas haram ini.

Malah kilang-kilang arak ini mempunyai pengarah, pentadbir dan pekerja-pekerja yang terdiri dari orang Islam. Inilah bercelarunya masyarakat Islam HAD-HARI sekarang.


ALI RUSTAM BIJAK MENTADBIR SEBAB ITU HUTANG MELAKA LEBIH DARI KELANTAN


Melaka 6 Okt : DPP Kawasan Bukit Katil merasa hairan bagaimana sebuah negeri yang kecil dan Ketua Menterinya mendakwa bijak mentadbir negeri tetapi hutangnya lebih banyak dari Kelantan. Melaka yang saiznya lebih kecil dari Kelantan mempunyai tunggakan lebih RM29.58 juta dari Kelantan. Kenyataannya dibuat oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan Sofi Wahab di sini pagi ini.

Pemimpin BN yang seringkali mengejek Tok Guru Nik Aziz yang tidak pandai memerintah dan juga pakai kain pelekat sepatutnya malu kepada Tok Guru kerana hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan hutang kerajaan negeri yang diperintah oleh BN.

Negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tidak membangun dan berbagai lagi tohmahan yang negatif itu hanya jatuh ditangga ke 10 berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN dari sudut jumlah hutang yang tertunggak.

Itupun sebahagian besar dari RM46.61 juta itu sebenarnya adalah hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno pra 1990.

"Begitukah caranya orang yang pandai perintah iaitu pandai membuat pembangunan dengan duit hutang bukannya duit yang dicari dengan kebijaksanaan sendiri. Kalau begitulah cara kerajaan BN memerintah maka lambat laun negeri-negeri di bawah pemerintahan BN akhirnya boleh jatuh bangkrap. Nasib baiklah mereka ini berhutang dengan 'bapak' mereka sendiri, iaitu Kerajaan Pusat", jelas Sofi panjang lebar.

"Kalau begini caranya 'budak sekolah' pun boleh perintah, kalau tidak ada duit berhutang" sindir Sofi.

Senarai Hutang Tertunggak Kerajaan Negeri
1.Johor RM598.35 Juta
2.Kedah RM450.96 Juta
3.Pahang RM414.48 Juta
4.Selangor RM377.33 Juta
5.Terengganu RM259.75 Juta
6.N.Sembilan RM144.37 Juta
7.Sarawak RM 77.69 Juta
8.Melaka RM 76.22 Juta
9.Sabah RM 70.20 Juta
10.Kelantan RM 46.61 Juta

Nota : Kelantan mempunyai hutang paling rendah.

DPP Kawasan Bukit Katil mempertikaikan hasrat Melaka untuk menjadi negeri maju menjelang 2010 sedangkan hutang tertunggakpun tak mampu dibayar.

Jika kita perhatikan fakta, kita dapat lihat juga bahawa 'Negeri maju' Selangor mempunyai jumlah hutang yang lebih 8 kali ganda lebih dari Kelantan. Manakala Kalau negeri bergelar maju tetapi berhutang RM377.33 juta, apalah sangat yang mahu dibanggakan. Mengapa MB Selangor tidak memaklumkan darihal jumlah tunggakan ini kepada rakyat semasa ghairah mengisytiharkan Selangor Negeri Maju 2005 pada bulan Ogos lalu? Kasihan rakyat Selangor negerinya maju tetapi penuh dengan hutang.

Apakah kriteria sesebuah negeri maju tidak mengambil kira jumlah hutang yang tertunggak?


DPPN MELAKA SOKONG PEMBUKAAN SEMULA SRJK(C) DAMANSARA


Melaka 6 Okt : Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka menyokong usaha Jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina untuk membuka semula sekolah tersebut selepas lima tahun ditutup pleh Kementerian Pelajaran. Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka, Sofi Wahab menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar internet semalam yang melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menjawab surat rayuan daripada jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Damansara selepas hampir lima tahun, buat pertama kalinya,

Dalam surat bertarikh 27 September itu, kementerian itu berkata, pihaknya akan mengkaji permintaan jawatankuasa tersebut untuk membuka semula sekolah yang berusia 75 tahun ini, serta mengambil langkah-langkah sewajarnya. Surat tersebut, yang salinannya diperolehi oleh akhbar itu dihantar oleh Faisal Ismail Aziz, Pembantu Khas kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Yong Yoke Sung berkata, dalam tahun ini sahaja, pihaknya telah menghantar tujuh pucuk surat kepada Kementerian Pelajaran. Menurutnya, jawatankuasa tersebut telah membalas surat Ismail pada 28 September lalu dan meminta untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai kementerian berkenaan.

DPPN Melaka mengharapkan agar isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin supaya kanak-kanak di Seksyen 17, Petaling Jaya, dapat kembali bersekolah di situ. Kelulusan permohonan dari jawatankuasa itu untuk membuka semula sekolah itu juga penting bagi membuktikan bahawa pendemokrasian pendidikan masih berjalan di negara kita, tambah sofi lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sejak kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah mengenepikan amalan demokrasi dalam hal-hal pendidikan apabila bantuan perkapita terhadap SAR dihentikan dan isu penutupan SRJK Damansara ini gagal diselesaikan dengan baik. DPPN Melaka mengharapkan kerajaan Malaysia mengenepikan kepentingan politik sempit mereka demi untuk memastikan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit mendapatkan sewajarnya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59