Tuesday, 4 October 2005

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ - PAS KAWASAN BUKIT KATIL


Bukit Katil 4 Okt :Seluruh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang akan memulakan ibadat puasa besok 5 Oktober. PAS kawasan mendoakan semua umat Islam sentiasa dilindungi oleh Allah dan setiap amalan di bulan barakah ini diterima oleh Allah. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir dan berjihad dalam bulan berkat ini, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat PAS Kawasan yang disampaikan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof yang juga merupakan Setiausaha Kerja PAS Kawasan


AHLI UMNO/BN MESTI BERSIFAT YES MAN


Melaka 4 Okt. : Budaya 'Yes Man' yang diketahui merupakan salah satu sifat yang menghancurkan sesuatu bangsa telah menjadi satu syarat jika seseorang ingin menjadi ahli Umno/BN. Inilah yang berlaku kepada 2 orang Ahli Parlimen BN iaitu dari Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden dan Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading) yang mana kedua-dua mereka mungkin dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan parti.

Tindakan mereka menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenai isu permit import (AP) pada sidang Dewan Rakyat semalam akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip BN, Datuk Seri Najib Razak sendiri akan membawa kes dua Ahli Parlimen itu pada mesyuarat jemaah Menteri kerana perbuatan mereka bertentangan dengan dasar parti.

Najib berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan dan mereka menyatakan rasa kesal serta meminta maaf selepas menyedari perbuatan itu menyalahi dasar parti.

Sebelum ini, Kabinet pernah menggantung tugas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan selama tiga bulan sejak 22 Jun lalu kerana mempersoalkan tindakan kerajaan berhubung isu pengiktirafan kursus perubatan Crimea State Medical University (CSMU), Ukraine pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam, Lim mengemukakan usul mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Sidek Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Lim ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006, mempersoalkan tindakan Sidek menghantar surat bertarikh 30 September kepada setiap Ahli Dewan Rakyat bagi menjelaskan isu pengeluaran senarai Ahli Parlimen yang menerima AP.

Usul Lim itu disokong Bung Mokhtar dan Mohamed Aziz yang menyifatkan tindakan Sidek sebagai menghina Dewan Rakyat.

Mohamed menegaskan, Rafidah sepatutnya menulis dan menandatangani surat berkenaan dan bukannya Sidek kerana menteri itu bertanggungjawab kepada Parlimen.

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Yusof Yacob kerana berpendapat Sidek tidak berniat menghina Parlimen dan Ahli Parlimen boleh membangkitkannya ketika Rafidah menjawab isu itu atau pada perbahasan berhubung kementerian berkenaan.

Najib berkata, Bung Mokhtar dan Mohamed Aziz memaklumkan mereka bertindak demikian kerana menganggap Sidek tidak wajar mengeluarkan surat itu.

Najib juga menambah bahawa dalam apa juga keadaan pun, mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa wakil parti pembangkang dan rasa tidak puas hati itu harus dirujuk kepada kerajaan.

Inilah budaya yang bahaya yang diamalkan oleh Umno/BN kerana apa juga keputusan kerajaan walaupun ianya salah dan bertentangan dengan agama, undang-undang apa juga ianya tidak boleh ditentang. Seolah-olah mereka itu 'maksum' tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur.

Najib menjelaskan bahawa tindakan keatas kedua-dua Ahli Parlimen akan diputuskan oleh kabinet hari ini dan keputusannya tidak semestinya sama dengan tindakan yang dikenakan kepada Sothinathan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59