Friday, 30 September 2005

DENGGI SEMAKIN PARAH DI SELANGOR. MALUNYA MENGAKU NEGERI MAJU


MELAKA 30 Sept : Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor mengawal penularan wabak demam denggi di Negeri itu menjelaskan lagi kepada kita bahawa pentadbiran negeri 'maju' itu boleh dipertikaikan kewibawaannya. Wabak itu semakin membimbangkan dengan hampir 10,000 kes dikesan sehingga kini, termasuk membabitkan seorang ahli mesyuarat kerajaan negeri, Datuk Ahmad Nawawi M Zain.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Pendidikan dan Pembangunan Insan negeri dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor dua minggu lalu sebelum kembali bertugas minggu lalu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil berasa hairan bagaimana sebuah negeri 'maju' gagal mengawal wabak ini dari terus parah. Pihak berkenaan telah meklasifikasikan Selangor sebagai sebuah negeri yang berada dalam tahap 'agak kritikal' dari segi wabak ini.

Kita berasa sangsi dengan taraf negeri 'maju' yang diisytiharkan oleh Khir Toyo. Bagaimana isu melibatkan kesihatan ini pun gagal ditangani dengan berkesan, jelas Hj Salamat ketika dihubungi oleh Web ini.

Semalam, sebuah akhbar harian melaporkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kedegilan sesetengah penghuni membenarkan rumah mereka diperiksa bagi mengesan jentik-jentik menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di Selangor.

Laporan itu juga menyebut Khir berkata bahawa kebiasaannya kira-kira separuh daripada rumah yang dikunjungi pegawai daripada pihak berkuasa tempatan atau jabatan kesihatan tidak membenarkan kediaman mereka diperiksa.
Kebanyakannya adalah rumah mewah.

Akhbar itu melaporakan bahawa kawasan yang banyak mencatatkan kes denggi di Selangor di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Di MPKj, 46 kes dilaporkan manakala 24 di MPSJ 24 kes dan 21 di MBSA.

Dr Mohamad Khir berkata, walaupun ada kawasan pembinaan terbengkalai berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik, pemeriksaan mendapat risiko sebenar demam denggi berada dalam kawasan kediaman.

Ketika ini, katanya, pihak berkuasa belum bercadang mengambil tindakan terhadap penghuni rumah yang enggan memberikan kerjasama walaupun ada peruntukan undang-undang mengenainya.


PAK LAH HANCURKAN DEMOKRASI ATAS NAMA ISLAM HAD-HARI


Dipetik dari Harakahdaily.....

Oleh MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Jika ada pun harapan yang boleh disandarkan oleh pembangkang kepada Pak Lah sebaik sahaja beliau mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Tun Mahathir adalah adalah berhubung isu demokrasi. Jika segala pintu demokrasi ditutup dengan begitu rapat di zaman Mahathir rakyat masih boleh menerimanya kerana memang Dr Mahathir terbilang di dalam hal tersebut.

Bercakap soal demokrasi sekurangnya-kurangnya ianya menyentuh hak-hak berikut

· Kebebasan bersuara ( termasuk kebebasan akhbar ),
· Kebebasan berhimpun dan berpersatuan,
· Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih ,
· Kedaulatan undang-undang ( rule of law ),
· Rakyat bebas daripada undang-undang yang tidak adil dan draconian ; dan
· Kebebasan badan kehakiman.

Negara yang bertamadun tidak sewajarnya menafikan rakyatnya menikmati hak-hak tersebut. Hak-hak tersebut adalah suatu hak yang paling asas dan bukanya satu “privilege”. Di zaman Mahathir rakyat mungkin hanya mengetahui bahawa hak-hak tersebut wujud ( mungkin juga ramai yang tidak tahu ianya wujud ) di dalam Perlembagaan tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menikmati hak-hak tersebut. Jika ada pun ada rakyat yang prihatin cuba melaksanakan atau menuntut hak-hak tersebut mereka terpaksa membayar harga yang sangat mahal- dilucutkan kehormatan dan kemanusiaan mereka. Malahan Mahkamah sendiri masih keberatan untuk memastikan hak-hak asasi tersebut benar-benar dapat dikecapi oleh rakyat.

Persoalannya adakah Pak Lah berjaya membawa rakyat keluar daripada “zaman kegelapan demokrasi” di era Mahathir tersebut ? Jawapannya hanya satu : TIDAK. Dan saya ingin menambah bahawa demokrasi di zaman Pak Lah telah dengan secara terancang diangin ahmarkan oleh beliau sehingga ianya menjadi kaku dan beku.

Pak Lah dan UMNO perlu menerima hakikat bahawa pilihanraya di zaman Pak Lah telah diarkibkan sebagai pilihanraya yang paling kotor dan jijik yang pernah berlaku di Malaysia. Malahan yang lebih malang lagi penyakit pilihanraya yang kotor dan tidak adil yang dilakukan oleh BN telah mula menjadi wabak dan menular secara berleluasa di kampus-kampus universiti tempatan. Apa yang berlaku di dalam kampus pada masa ini adalah PAKSARAYA bukannya PILIHANRAYA.

Warga kampus dipaksa untuk memenangkan calon-calon aspirasi yang ditaja oleh UMNO dan ini dilakukan dengan memanipulasi secara maksimum pemimpin-pemimpin boneka universiti atau badan-badan tertentu di dalam dan luar universiti dan juga melalui perlanggaran peruntukkan undang-undang secara terbuka . Ironisnya parti Pak Lah bangga mencapai kemenangan secara tidak bermaruah begitu.

Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa di zaman Pak Lah inilah kita melihat tokoh-tokoh akademik betul-betul dicucuk hidung mereka dan ditelanjangkan kebebasan mereka. Apa yang terjadi kepada Prof Azly Rahman seorang cendikiawan melayu yang tersohor ( diambil tindakan tatatertib oleh UUM kerana enggan menandatangani akujanji ), Prof Edmonce Gomez, Prof. Jomo dan Prof. Ramasamy sudah cukup menutup segala pintu harapan untuk rakyat mengharap Pak Lah melakukan reformasi terhadap demokrasi di negara ini.

Kebebasan besuara khususnya kebebasan akhbar meskipun terdapat sedikit perubahan namun ianya masih dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan yang masih direstui oleh Pak Lah untuk terus dikuatkuasakan. Kebebasan untuk menerbitkan harakah dua kali seminggu masih belum direstui oleh Pak Lah. Sehingga sekarang permit Harakah yang wajib diperbaharui setiap tahun masih tertakluk kepada syarat-syarat berikut - tidak boleh diterbitkan melebihi dua kali sebulan ; tidak boleh dijual kepada orang ramai ( hanya kepada ahli PAS ) dan hanya boleh memuatkan berita tentang PAS sahaja !!!.

Hak rakyat untuk berhimpun masih tidak menentu. Meskipun Pak Lah menubuhkan Suruhanjaya Pembaikan Polis , rekod polis di dalam kes hak-hak asasi masih belum dapat dan sangat sukar untuk dibaiki. Polis masih bermaharajalela menyuraikan perhimpunan rakyat di Trengganu dengan menggunakan kekerasan. Hatta sehingga kini tafsiran pihak polis terhadap seksyen 27 Akta Polis 1967 yang tidak betul digunakan untuk mewujudkan suasana takut untuk rakyat berhimpun mendengar ceramah pembangkang. Demokrasi jenis apa apabila perhimpunan rakyat di dalam premis persendirian ( PASTI ) di Besut anjuran pemuda PAS Besut dengan kehadiran puluhan rakyat menyaksikan berbelas trak polis dan water cannon, berpuluh-puluh land rover polis dan beratus-ratus anggota FRU bertopi merah dan bersenjata !!!

Akta-akta draconian seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi ( OSA ), Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Universiti dan Kolej yang telah berjaya mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat bukan sahaja dikekalkan malahan tidak kedengaran langsung suara Pak Lah untuk meminda jauh sekali untuk menyahkan akta-akta tersebut. ISA yang zalim masih terus dikekalkan. Pak Lah masih terus merestui Akta tersebut.

Nik Adli dan rakan-rakan kini dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi di bawah Akta zalim tersebut. Segala rayuan, rintihan dan protes daripada pelbagai pihak termasuk keluarga tahanan ISA ( yang kebanyakan daif dalam segala hal ) kepada Pak Lah langsung tidak mendapat apa-apa jawapan jauh sekali harapan daripada Perdana Menteri yang diprojekkkan imej baik dan bersih.

Tahniah Pak Lah kamu berjaya ‘membunuh’ demokrasi atas nama Islam Hadhari.


AWAS KONSERT MAWI MUNGKIN DISABOTAJ - HJ SALAMAT


Bukit Katil 30 Sept : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meminta penganjur konser Mawi di Kelantan malam ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana takut adanya sabotaj dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Ketua DPPK Bukit Katil, Haji Salamat Aman dalam kenyataannya di sini malam tadi mengingatkan bahawa kejadian sabotaj terhadap program yang dianjurkan oleh PAS dan Kerajaan di bawah pimpinan PAS semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Samada program itu berbentuk ceramah, konsert, forum dan sebagainya ianya tetap tidak disenangi oleh pihak musuh. Pelbagai bentuk sabotaj boleh dilakukan oleh mereka.

Antara sabotaj yang mungkin akan dilakukan ialah membawa minuman keras ke dalam konsert, melakukan tindakan tidak senonoh semasa konsert atau selepas konsert, menghantar orang-orang yang memakai serban & jubah untuk mengacau program, memutuskan bekalan elektrik dan sebagainya. Untuk itu DPPK Bukit Katil mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memastikan pasukan penguatkuasa, unit AMAL, sukarelawan dan sebagainya supaya bertugas dengan berdisiplin dan komited baik sebelum, semasa dan selepas konsert, tambah Hj Salamat.

"Kita bimbang kerja-kerja sebegini menjadi jalan terakhir untuk mengagal dan mencemarkan program kita ini kerana mungkin musuh-musuh kita ini sentiasa mencari jalan supaya program tidak menjadi realiti atau sekurang-kurangnya program ini dapat dicacatkan" tegas Hj Salamat.

Konsert Mawi anjuran Kerajaan Kelantan yang akan diadakan malam ini adalah sempena sambutan pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam. Difahamkan Umno Kelantan dari awal lagi cuba menggagalkan program ini. Pada malam ini juga Umno menganjurkan Forum menyambut Ramadhan juga di Kota Bharu.


PAS KAWASAN ATUR PROGRAM SAMBUT RAMADHAN


Bukit Katil 30 Sept : PAS Kawasan Bukit Katil akan mengaturkan program dan aktiviti khas untuk menyambut bulan berkat Ramadhan. Program yang dinamakan 'Ihya Ramadhan' ini akan dilancarkan pada 1 Oktober jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan di Kampung Bukit Katil. Seluruh kepimpinan PAS Kawasan, Dewan-Dewan, kepimpinan Cawangan dijemput hadir untuk mendengar taklimat dari Jawatankuasa sambutan Ihya Ramadhan yang diketuai oleh NYDP Tuan Haji Ali Sharif.

Dalam kenyataannya malam tadi Hj Ali menjelaskas antara program yang diaturkan adalah Iftar, Tazkirah ketika Solat Tarawikh, Kuliah Subuh, Mukhayyam, Ceramah Badar Qubra dan sebagainya. Haji Ali seterusnya mengingatkan seluruh ahli PAS Kawasan supaya turut serta dalam semua program yang dijalankan, tegasnya selepas selesai mesyuarat PAS Kawasan di Bukit Katil malam tadi.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan akan menganjurlan Iftar Ramadhan khas untuk pemuda pada 8 Oktober bertempat di Markaz PAS Kawasan. Ketuanya, Tuan Haji Salamat menyatakan demikian ketika ditemui di sini malam tadi.

Aturcara penuh program Ihya Ramadhan ini akan disiarkan di Blog apabila ianya selesai diputuskan nanti.


TAHNIAH 7.1 BILLION DIPUNGUT DARI HASIL JUDI


Roslan SMS menulis.......

BERNAMA melaporkan di persidangan Dewan Rakyat siang tadi, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan ketika menjawab soalan wakil dari Sarikei telah menjelaskan bahawakerajaan persekutuan telah memungut cukai sejumlah RM7.1 billion dari aktiviti perjudian sepanjang tahun 2001 ke 2004.

Aktiviti perjudian sebagaimana kita ketahui di HARAM kan oleh Islam namun dibenarkan beroperasi dan dilesenkan pula oleh kerajaan Barisan Nasional, yang diketuai Umno.



Menurut Hilmi Yahya, Setiausaha Parlimen berkenaan pecahan cukai yang dipungut sepanjang tempoh tersebut adalah:

RM1.83 billion bagi tahun 2001
RM1.78 billion bagi tahun 2002
RM1.67 billion bagi tahun 2003
RM1.77 billion bagi tahun 2004

Antara syarikat-syarikat perjudian yang bergiat aktif dan mengaut keuntungan besar dalam negara adalah Kumpulan Genting, Berjaya Sports Toto, Pan Malaysian Sweepstakes dan Magnum disamping yang beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Apa nak dikatakan lagi, demikianlah hebat dan lumayannya industri yang haram dan dilaknat Allah swt ini. Selagi Umno dan BN berkuasa memang tak nampak gaya yang industri ini akan dilarang atau ditutup sebagaimana di Kelantan kini.

Oleh itu saya cadangkan, kerajaan sepatutnya lipatgandakan lagi kadar cukai ke atas industri ini. Mereka (taukeh-taukeh judi ini) mengaut keuntungan dari hamba rakyat yang lalai dan mahu cepat kaya tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya mengundang keruntuhan keluarga dan masadepan masing-masing.

Memandangkan kerajaan Umno dan BN tidak berapa titik-beratkan sangat hukum haramnya judi itu, mengapa tak ditambahkan sahaja lesen-lesen baru untuk industri ini. Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya boleh mengadakan kasion-kasino terapung iaitu melalui kapal-kapal cruise milik mereka, mengapa tidak beri sahaj mereka lessen untuk beroperasi di Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Tioman dan lain-lain.

Mungkin judi boleh menggantikan kelapa sawit dan barangkali juga petroleum sebagai hasil pendapatan utama negara satu hari nanti, katakan menjelang 2020!

Apa nak dimalu dan ditakutkan lagi, dengan Allah pun kita tak takut?!


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59