Wednesday, 28 September 2005

SUARA AZAN : DAP JANGAN KETERLALUAN

Roslan SMS menulis .......

Apabila DAP menolak undang-undang hudud serta menolak penubuhan sebuah negara Islam, sebahagian masyarakat Melayu Islam walaupun sedikit terguris namun tidak memandang berat sangat penolakan tersebut lantaran DAP rata-rata diwakili oleh masyarakat bukan Islam yang hakikatnya jahil berkenaan Islam.

Tahap toleransi masyarakat Melayu Islam dalam hal ini boleh dikawal lagi.

Malahan apabila DAP bertegas mahu mempertahankan semangat sekular perlembagaan persekutuan yang menurut pentafsiran mereka tidak mengizinkan negara ditadbir menurut selera mana-mana agama, orang Melayu Islam ambil indah tak indah, kerana DAP dengan perwakilan yang terdapat ditangan mereka tidak mampu membangkitkan seberang kesan atau pengaruh

Walaubagaimanapun apabila ahli Parlimen veteran DAP kawasan Kepong, Dr Tan Seng Giaw, mencadangkan agar diadakan kawalan terhadap tahap suara azan yang dibenarkan berkumandang di masjid dan surau-surau, saya kira beliau telah menjolok sarang tebuan!

Semasa berbahas di dewan rakyat semalam sebagaimana dilaporkan THE STAR Dr Tan berkata:

I have received complaints from people in my constituency which has a majority of non Muslims, that the azan for subuh prayers is too loud and wakes them up abruptly.

Saya menerima aduan dari rakyat di kawasan saya yang majoritinya masyarakat bukan Islam bahawa azan subuh yang dikumandangkan terlalu kuat dan menganggu tidur mereka.

Sebagai seorang ahli parlimen veteran Dr Tan sepatutnya telah faham akan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dalam negara, tambahan Dr Tan sendiri berasal dari Kelantan dimana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam.

Untuk berlaku adil, memang kiranya tahap suara azan yang dimaksudkan terlalu kuat sangat, maka wajarlah masjid atau surau berkenaan diminta mengurangkannya. Tetapi Dr Tan mahu ingat bukan masjid sahaja rumah ibadat yang mengeluarkan suara atau bunyi-bunyian. Bagaimana dengan kuil hindu dan tokong Buddha yang membunyikan loceng masing-masing pada waktu-waktu tertentu.

Bagaimana pula bunyi bising mercun yang walaupun diharamkan namun dilepaskan juga sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina sehingga memakan masa berpuluh hari lamanya. Bagaimana pula asap dari colok-colok gergasi yang dinyalakan di tokong-tokong Cina pada perayaan-perayaan tertentu? Dan bagaimana pula perarakan-perakan keagamaan termasuklah Hindu dan Kristian yang menganggu kelicinan dan kelancaran lalulintas.

Ini belum lagi kita membicarakan darihal daging-daging babi salai yang disalai secara terbuka di bandar-bandar besar, contohnya di Petaling Street yang turut dikunjungi oleh ramai penduduk Islam.

Kesimpulannya selama ini, masing-masing pihak boleh menerima budaya, amalan dan kepercayaan masing-masing dengan penuh sikap tolak ansur dan toleransi, mengapa tiba-tiba Dr Tan perlu melatah?

Sekiranya DAP menganggap perkara ini sebagai hak mereka untuk dibangkitkan pada bila-bila masa, maka berwaspadalah, akhirnya nanti masyarakat Melayu samada yang kuat Islamnya ataupun tidak akan menolak DAP bulat-bulat. Selamat tinggal DAP!

Lanjutan tahanan ISA: Jangan cenderung kepada si zalim

Roslan SMS menulis.......

Saya teringat dalam satu majlis dialog tertutup di Subang Jaya yang dihadiri oleh Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz bin Nik Mat pada tahun 2001 lalu. Ketika itu anakandanya Nik Adli baru sahaja menjadi mangsa ditahan di bawah akta zalim ISA.

Seorang muslimat telah bertanya apakah reaksi beliau sebagai seorang bapa apabila mendapat khabar yang anaknya itu ditahan di bawah ISA.

Allah bersama-sama kamu semua

Kata Tuan Guru ketika menerima panggilan dari pihak polis, beliau baru sahaja selesai memimpin sebuah majlis kuliah. Kebetulan katanya tajuk kuliah beliau pada hari itu adalah redha. Lalu katanya kepada pegawai yang menelefonnya insyallah beliau redha dengan penahanan itu sebagai sebahagian dari ujian Allah swt terhadap beliau dan keluarganya.

Namun katanya harus diberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab samada menteri ataupun orang politik ataupun sesiapa sahaja, sebagai seorang bapa beliau akan menuntut haknya di depan Allah swt di akhirat kelak. Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka bila berhadapan dengan Allah swt kelak beliau akan memohon pengadilan, kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggugjawab dan tali barutnya sekali akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil.

Ramai yang hadir ketika itu sebak dan turut bersama bersama Tuan Guru diatas beban yang dipikulkan ke atas beliau dan keluarganya. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Hari ini akhbar tempatan melaporkan Nik Adli dan rakan-rakan dilanjutkan tempoh tahanan mereka masing-masing untuk 2 tahun lagi setelah merengkok menjalani tahanan tanpa bicara selama 4 tahun. 2 tahun lagi mereka akan dipisahkan dari kaum keluarga yang tersayang, 2 tahun lagi mereka akan dikurung, 2 tahun lagi akan tersiksa hidup mereka semata-mata kerana kerajaan yang memerintah merasakan yang kehadiran mereka kononnya mengancam keselamatan negara.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
(Surah Hud:113)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL, MELAKA

KELANTAN MENDAHULUI NEGERI LAIN. JAUH LEBIH MAJU DARI NEGERI LAIN

Melaka 28 Sept. :Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS jauh lebih terkehadapan jika dibandingkan dengan kerajaan negeri lain dibawah BN termasuk negeri 'maju' Selangor. Semalam Kerajaan Negeri Kelantan maju setapak lagi apabila kesemua ketua Jajahan (Pegawai Daerah di negeri lain) menerima kereta Proton Perdanan V6 sumbangan kerajaan negeri sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pentadbiran.

Majlis ringkas penyerahan kunci Proton Perdana V6 kepada mereka telah diadakan di Kota Darulnaim pagi semalam. Setiap DO di negeri ini menerima kunci kereta tersebut. Kelantan merupakan negeri pertama yang menyediakan kenderaan khas kepada ketua-ketua jajahan di negara ini. Langkah tersebut dibuat sebagai menghargai jasa pegawai-pegawai kerajaan negeri bagi membantu melancarkan lagi jentera pentadbiran.

Nampaknya selepas ini sudah ada negeri lain yang akan mengikuti jejak langkah kerajaan Kelantan. Seperti juga langkah bekerja 5 hari seminggu, cuti bersalin 3 bulan dan sebagai semuanya dimulakan oleh Kelantan. Selepas beberapa tahun kemudian barulah BN menurutinya. BN memang sudah terbukti lambat berfikir dan mereka tertinggal jauh kebelakang berbanding dengan PAS.

Negeri yang diisytiharkan sebagai 'maju' pun sebenarnya tidak mampu untuk menandingi Kelantan.

Tahniah Tuan Guru!

PULAU PINANG TURUT NAIKKAN ELAUN WAKIL RAKYAT. RAKYAT BAGAIMANA?

Melaka 28 Sept : Persidangan khas Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari Isnin lalu membuat keputusan menaikkan sebanyak 10% elaun wakil rakyat termasuk Ketua Menteri, Timbalan KM, Speaker, Exco dan wakil rakyat negeri itu. Perbahasan mengenai kenaikan itu berlangsung dalam suasana panas apabila dua wakil pembangkang menolak usul pindaan berkenaan.

Suasana perbahasan dewan menjadi hangat apabila ketua pembangkang Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) berkata masanya tidak sesuai bagi wakil rakyat untuk menerima kenaikan elaun ketika negara sedang dilanda kesusahan akibat kenaikan harga minyak dan keadaan ekonomi semasa.

"Masanya tidak sesuai untuk kita menerima kenaikan elaun sedangkan rakyat masih dalam kesusahan dan kita harus mempunyai maruah untuk menerima kenaikan eluan ini" katanya yang berbahas hampir tiga jam bagi membantah pindaan Perlembagaan itu.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Phee bertikam lidah dengan beberapa penyokong kerajaan termasuk Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon apabila beliau mengaitkan beberapa isu mengenai tugas dan tanggungjawab wakil rakyat yang kononnya gagal disempurnakan.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Lye Siew Weng (BN-Air Putih) berkali-kali meminta Phee memberi fokus kepada isu kenaikan elaun sahaja tetapi Phee terus mengaitkan beberapa isu lain yang didakwanya berkaitan dengan prestasi wakil rakyat untuk melayakkan mereka menerima kenaikan elaun.

Wakil tunggal PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) yang turut membantah kenaikan elaun itu, mencadangkan kerajaan negeri sebaliknya memberi insentif lain seperti melayakkan semua wakil rakyat mempunyai seorang pembantu khas yang ditanggung oleh kerajaan.

"Memberi kemudahan kepada wakil rakyat untuk bekerja adalah lebih baik dari memberi kenaikan elaun kerana kita bukannya memerlukan wang yang banyak untuk bekerja tetapi kita memerlukan pembantu dan adalah lebih baik jika kerajaan boleh membayar gaji kepada pembantu itu," kata beliau.

Dewan kemudiannya bersetuju dengan permintaan Phee untuk menyatakan sokongan terhadap usul pindaan itu secara berasingan dengan menggunakan Peraturan 144 bagi mengira undi secara perseorangan sebelum meluluskan pindaan berkenaan.

Terdahulu, Koh ketika membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) itu berkata, cadangan itu dibuat mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Adun (Saraan) 1980 (Pindaan) 2005 berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lalu.

Katanya, tunggakan kenaikan elaun itu akan dibayar bermula 21 Mac 2004 sehingga November tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM465,000.

Koh berkata, menerusi pindaan ini, setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menerima elaun baru berjumlah RM4,112.79 sen sebulan iaitu kenaikan sebanyak RM373.89 sen sebulan.

Ekoran pindaan itu, gaji baru Ketua Menteri ialah sebanyak RM14,175 sebulan dan Timbalan Ketua Menteri pula sebanyak RM7,438.29 sebulan selain daripada elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Speaker Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco pula akan menerima gaji sebanyak RM6,109.29 sebulan, manakala Timbalan Speaker menerima saraan elaun bulanan RM1,996.50.

Pindaan ini turut melibatkan kenaikan pencen 10% kepada bekas Exco dan Adun.

Koh berkata, tunggakan kenaikan gaji dan elaun itu akan dibayar selepas Januari tahun depan kerana jumlah itu perlu dikira secara teliti dan tepat sebelum dimasukkan ke dalam Belanjawan 2006.

"Tunggakan tambahan pencen kepada bekas Adun dan Anggota Pentadbiran yang bersara sebelum pilihan raya umum pada 21 Mac 2004 juga akan dibayar selepas Januari tahun depan," katanya.

Koh berkata, tambahan saraan sebulan yang dianggar berdasarkan bilangan Adun yang seramai 40 orang dan Speaker, termasuk 11 anggota pentadbiran yang dilantik selepas pilihan raya umum pada 21 Mac 2004 adalah berjumlah RM23,000.

HUKUMAN KE ATAS NIK ADLI DAN LIMA TAHANAN LAIN DILANJUTKAN 2 TAHUN LAGI

Melaka 28 Sept. : Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa tahanan ke atas Nik Adli Nik Aziz, Zainon Ismail, Solehan Abdul Ghafar, Alias Ngah, Mohd Lothfi Ariffin dan Ahmad Pozi Darman dibawah akta zalim ISA dilanjutkan 2 tahun lagi.

Dengan pelanjutan tahanan maka terjawab teka-teki kita semua samada mereka akan dibebaskan atau tidak. Maka bertambahlah rentetan kezaliman kerajaan Islam HAD-HARI Pak Lah yang selama inipun tidak jemu-jemu menzalimi rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Apakah Pak Lah tidak merasakan betapa peritnya keluarga tahanan ini terpaksa menanggung penderitaan. Anak dipisahkan dengan ayah, isteri dipisahkan dengan suami dan tempat pergantungan keluarga tiada. Ada isteri yang terpaksa bekerja untuk menanggung keluarga. Ada yang menumpang keluarga mengharapkan belas ihsan.

Apakah Pak Lah tidak merasa perit apabila isteri tiada di sisi sebagaimana beliau dipisahkan dengan Hendon yang sekarang ini di rawat di Amerika. Tetapi kita percaya ini tidak dirasai sangat oleh Pak Lah kerana bapak Islam HAD-HARI bila-bila masa boleh terbang ke Amerika untuk melawat Hendon.

Kita menggesa Bapak Islam HAD-HARI menghapuskan ISA dengan serta merta. Cukuplan kezaliman-kezaliman yang dilakukan ke atas tahanan ISA selama ini. Semua tahanan ISA ini mestilah dibicarakan di Mahkamah.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59