Tuesday, 27 September 2005

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL SOKONG MAHASISWA BOIKOT PILIHANRAYA


Bukit Katil 27 Sept. 2005 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa di 5 buah Universiti tanah air yang memboikot Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar semalam. Univerisiti yang terlibat dengan pemboikotan ini ialah USM, UPSI, UIAM, UTM dan UPM.

Pemboikotan ini selaras ini pendirian Mahasiswa itu sendiri yang tidak bersetuju dan beberapa peraturan pilihanraya yang diperkenalkan oleh pentadbir universiti tempatan yang disifatkan tidak masuk akal.

Umpamanya di UTM mahasiswa terpaksa membayar borang pencalonan dengan harga RM50.00, wang cagaran (RM100.00 bagi kerusi fakulti dan RM150.00 bagi kerusi umum) manakala wang bantahan pula, RM300.00. Selain itu, syarat lain ialah pelajar yang hendak bertanding mesti mempunyai Nilai Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi jika dibandingkan IPTA lain iaitu 3.00 menidakkan hak mahasiswa yang mempunyai CGPA di bawah 3.00 untuk turut sama mengambil bahagian serta menimba pengalaman di dalam MPP dan nilai CGPA ini sentiasa berubah saban tahun.

Manakala di UIA, Mahasiswa yang ingin bertanding terpaksa melalui sessi temuduga dengan pentadbir juga mereka dikenakan syarat dengan CGPA yang tinggi.

Pemboikotan diharap dapat menyedarkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pentadbir universiti yang sekarang seolah-olah mahukan hanya kumpulan pro mereka sahaja yang menguasai Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti. Kementerian Pengajian Tinggi tanpa segan silu menggunakan duit rakyat untuk menampung segala perbelanjaan pengendalian mesyuarat ini seperti tambang kapalterbang, makan-minum, penginapan dan sebagainya.

Sejak-sejak akhir ini pihak pentadbir universiti yang didalangi sendiri oleh kementeria pengajian tinggi, Pemuda Umno, Puteri Umno, Pemuda MCA dan MIC telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk mengatur memikirkan bagaimana untuk mengalahkan kumpulan mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan. Mesyuarat ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Kelab Aspirasi dari seluruh universiti tanah air. Kumpulan-kumpulan ini telah diberikan dana untuk menampung perbelanjaan pilihanraya mereka.

Dewan Pemuda PAS Kawasan juga menggesa semua pelajar yang telah menghantar borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihanraya kali ini supaya menarik diri dari pilihanraya ini sebagai tanda pemboikotan pelajar seluruh negara.


TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL


Bukit Katil 27 Sept. 2005 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil atas beberapa kejayaan yang dicapai kebelakangan ini. Ketua Pemuda PAS Kawasan, Haji Selamat Aman dalam kenyataannya kepada blog ini menyatakan antara kejayaan yang dicapai oleh PAS Kawasan ialah pembukaan Markaz PAS MTD Bukit Baru dan Cawangan Bukit Baru Dalam yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sabtu lalu. Dalam majlis itu juga beberapa borang keahlian PAS juga diserahkan oleh penduduk Bukit Baru Dalam yang diketuai oleh Imam Ibrahim. Insya Allah dalam sedikit masa lagi PAS Cawangan Bukit Baru Dalam akan ditubuhkan.

Kejayaan kedua PAS Kawasan ialah penubuhan Markaz PAS Cawangan Sg Putat di Taman Beringin berhampiran Kg Sungai Putat.Perasmiannya telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Tuan Haji Mohd Yassin Ghani pada 20 September lalu. Pembukaan ini membuka lembaran baru kepada PAS Cawangan dan Kawasan kerana ianya dibeli dengan harga RM95,000 atas duit titik peluh ahli-ahli PAS cawangan sendiri.

Sementara itu Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil juga akan dibuka lima hari seminggu bermula pada jam 2.00 hingga 6.00 petang di mana seorang petugas sepenuh masa akan ditugaskan di sini.

DPP Kawasan Insya Allah akan sentiasa mendokong dan menyokong penuh usaha-usaha yang dijalankan oleh PAS Kawasan, tegas Hj Salamat Aman lagi yang juga berupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.


GADIS MELAMPAU MENERIMA PADAH


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.
Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Dipetik dari Tranungkite.net





Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59