Monday, 26 September 2005

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA TUAN GURU - HARAP DATANG LAGI


Kami penduduk dalam Kawasan Parlimen Bukit Katil mengucapkan Jazakallahu Khairan kepada Tuan Guru Presiden yang sudi datang ke Kawasan kami merasmikan Markaz PAS Majlis Tindakan DUN Bukit Baru dan merasmikan Cawangan PAS Bukit Baru Dalam semalam.

Kami amat berbesar hati atas kesudian Tuan Guru walaupun sibuk dengan diari harian Tuan Guru. Kami tahu Tuan Guru baru selesai menghadiri Taklimat tentang Laporan Suruhanjaya Penambaikan PDRM yang disampaikan oleh Tun Salleh Abas di Kuala Lumpur pada sebelah paginya.

Selepas program perasmian di tempat kami Tuan Guru pula bergegas ke Pernu untuk menghadiri jamuan Hi-Tea anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan Kota Melaka. Sebelah malamnya pula Tuan Guru berceramah di Madrasah An-Nuriah, Sg Udang.

Walaupun Tuan Guru begitu sibuk tetapi Tuan Guru tetap memenuhi undangan rakyat yang dahagakan nasihat dan ceramah Tuan Guru yang terbukti penuh dengan ilmu dan pengajaran.

Diharapkan kunjungan Tuan Guru ke Parlimen Bukit Katil dan Bukit Baru khasnya dapat menyuntik semangat kami supaya berjuang dengan lebih gigih untuk berhadapan dengan Ali Rustam yang memang terkenal dengan 'ketidakcerdikannya' itu. Masih terngiang-ngiang di telinga kami bagaimana Ali Rustam mengejek ceramah Tuan Guru di Dataran Hamas, Jasin pada penghujung tahun 2003 dahulu. Ketika itu Ali Rustam 'berlakon' seperti seekor ayam jantan yang tidak mempunyai 'otak' berkokok-kokok untuk mengacau ceramah Tuan Guru. Tetapi Tuan Guru tetap tenang dan bersahaja meneruskan ceramah dan menunjukkan bahawa Tuan Guru berjiwa besar.

Kepada semua warga Bukit Katil khasnya dan Melaka amnya marilah kita membalas kesungguhan yang ditunjukkan oleh pimpinan kita ini dengan kita berjuang dan berjihad dengan lebih komited demi untuk menegakkan Islam di negeri dan negara yang bertuah.

Sesungguh tiada maknanya bagi kita jika komitmen kita tidak berubah dan masih lemah untuk berjuang walaupun kita menerima suntikan dan amanat dari kepimpinan tertinggi kita.

Wassalam

Akif Fauzan
Bukit Baru 250905


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59