MELAKA 23 September: Walaupun negara telah merdeka 48 tahun tetapi masih ada rakyat yang melarat dan tidak mempunyai rumah. Pemimpin kerajaan Islam HAD-HARI ke hulu ke hilir mencanangkan kepada rakyat dan orang luar bahawa Malaysia adalah negeri maju yang rakyatnya juga maju, hidup senang, aman dan makmur.
Tetapi tahukan kita bahawa di sana masih ramai lagi rakyat kita yang hidup mereka merempat, kais pagi makan pagi, tiada rumah atau kalau adapun berdindingkan kotak dan berlantaikan tanah.
Inilah yang didedahkan oleh sebuah akhbar harian hari ini yang mengisahkan sebuah kisah sedih di dalam negeri yang dikatakan 'maju' serba serbi.
Akhbar itu melaporkan kisah misteri kehadiran sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka berusia 10 tahun, yang menjadikan pembetung permainan kanak-kanak kawasan permainan di Rumah Pangsa Awam Larkin, di sini, sebagai tempat tinggal mereka sejak sebulan lalu.
Tiga beranak itu dikesan menjadikan pembetung permainan kanak-kanak sebagai tempat berlindung dan menggunakan papan serta kertas kadbod sebagai tilam dan dinding untuk berteduh daripada hujan dan panas.
Laporan itu menyatakan bahawa ibu malang kepada keluarga itu, Rosni Md Isa, 40, memberitahu bahawa beliau bersama suami dan anaknya terpaksa tinggal sementara di kawasan permainan itu selepas keluar dari rumah mentua kira-kira sebulan lalu kerana berlaku masalah tertentu.
Mereka yang berasal dari Tanjung Adang, Gelang Patah, berkata, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana tidak mampu menyewa rumah. (Rupanya masih ada lagi rakyat negeri Johor yang dikatakan antara negeri termaju di Malaysia ini yang berkeadaan demikian).
Beliau juga memberitahu bahawa suaminya sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan dan baru kini mendapat kerja di Pasir Gudang iaitu kira-kira seminggu lalu.
Menurut laporan itu mereka pernah membuat permohonan untuk menyewa rumah Jabatan Perumahan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tetapi ditolak kerana tidak bergaji tetap.
Kisah ini menjelaskan kepada kita bahawa, masih terdapat rakyat yang daif dan miskin disaat pemimpin kerajaan bermewah-mewah dengan rumah besar, kereta besar dan berbelanja besar.
Kita menyeru kepada pemimpin kerajaan sekarang supaya menghentikan serta merta perangai mereka yang suka bermewah-mewa yang kadang-kadang menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari mana mereka ini mendapat wang yang begitu banyak. Ada yang 'booking' plet kereta sampai harganya RM117,000.
Fikirkanlah......wahai rakyat Malaysia. Adakah pemimpin yang ada perlu dikekalkan dalam Pilihanraya akan datang.