Thursday, 22 September 2005

AHLI PAS BUKIT KATIL DISERU RAIKAN KEDATANGAN TUAN GURU DATO' SERI PRESIDEN



Bukit Katil 22 September 2005 : TYDP PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek menyeru seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil supaya menghadiri majlis perasmian Markaz PAS MTD Bukit Baru dan perasmian Cawangan Bukit Baru Dalam oleh Dato' Seri Tuan Guru Presiden di Markaz tersebut iaitu berhadapan dengan flat Sri Siantan di Pekan Bukit Baru. Majlis akan bermula pada jam 3.00 petang.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan menggesa seluruh ahli supaya meraikan kedatangan Tuan Guru ke Kawasan Bukit Katil buat kali kedua pada tahun. Kehadiran Tuan Guru merupakan penghormatan kepada kawasan kita kerana bukan senang untuk beliau datang lagi ke sini, tegas Haji Bakrin.

Majlis ini akan berlangsung dalam masa yang singkat sahaja kerana Tuan Guru akan menghadiri jamuan Hi-Tea di Pernu selepas waktu asar, tambah beliau.

Antar aturcara yang dirancang dalam majlis perasmian itu ialah penyampian bantuan makanan kepada keluarga miskin dan jamuan ringan kepada para hadirin.


TARIK BALIK KEBENARAN JUAL RUMAH KOUTA BUMI KEPADA BUKAN BUMI


Bukit Katil 22 September 2005 : PAS Kawasan Bukit Katil merasa amat kesal dengan Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Dato' Wira Mohd Ali Rustam yang membenarkan rumah-rumah kouta bumiputera di jual kepada bukan bumiputera di Melaka.

PAS Kawasan memetik satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Exco kerajaan negeri Melaka Dato' Poh Ah Tiam yang menyatakan bahawa kerajaan negeri membenarkan 20 peratus daripada kira-kira 1,055 unit rumah kouta bumiputera bernilai RM130 juta yang belum terjual di negeri Melaka dijual kepada pembeli bukan bumiputera. Kebenaran itu berkuatkuasa pada hari Sabtu lalu.

Menurut laporan itu pembeli-pembeli bukan bumiputera boleh membeli rumah-rumah tersebut ketika Expo Jualan Hartanah Melaka 2005 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Selain itu mereka juga boleh membeli terus melalui pemaju-pemaju hartanah berkenaan.

PAS Kawasan Bukit Katil memandang serius berkenaan hal ini kerana kebenaran ini akan membawa beberapa implikasi keatas kepentingan kaum bumiputera. Antara implikasinya ialah :-
i) Kawasan-kawasan perumahan ini akan didominasikan oleh kaum bukan bumiputera dimana kebanyakan kawasan taman perumahan ini adalah kawasan bandar dan pinggir bandar.
ii)Kaum bumiputera akan tersisih kekawasan pedalaman kerana terpaksa berpindah dari kawasan perumahan yang telah dibangunkan tersebut.
iii)Lebih banyak tanah-tanah yang sepatutnya dipunyai oleh kaum bumiputera terlepas kepada bukan bumiputera.
iv)Akan ujud jurang perbezaan yang luas antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera dari segi pemilikan hartanah.
v)Hak keistimewaan orang melayu dari segi pemilikan tanah akan terhakis sedikit demi sedikit kerana sebahagian besar kawasan perumahan yang dibangunkan adalah dibeli dari kaum bumiputera.
vi)Pada akhirnya kaum bumiputera akan merempat di tanah air sendiri kerana tanah-tanah telah dipunyai oleh kaum bukan bumiputera.

PAS Kawasan Bukit Katil menggesa kerajaan negeri Melaka menarik balik kebenaran ini demi untuk memastikan hak-hak orang melayu dipertahankan.

Sepatutnya kerajaan negeri mengkaji dengan terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan drastik seperti ini. Janganlah kerajaan negeri memikirkan keuntungan dan juga terpedaya dengan desakan pemaju yang hanya mementingkan diri sendiri dan akhirnya kaum bumiputera yang merana dalam tanah air sendiri. Iktibar dari apa yang berlaku di Palestin perlu diambil perhatian di mana tanah-tanah penduduk Palestin banyak yang dijual kepada orang Yahudi di mana akhirnya penduduk-penduduk Palestin ini merempat di negara sendiri.


Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net


PESTA LIAR DI PORT DICKSON















Harian Metro hari ini melaporkan bahawa satu sindiket penipuan dikesan mencipta laman web lucah Melayu terbaru untuk meraih keuntungan ‘atas angin’ dengan mengumpan pesta seks eksklusif bersama model dan artis sekiranya menjadi ahli berbayar laman itu.

laporan itu menyebut bahawa setiap ahli dikehendaki membayar RM60 menggunakan kad prabayar telefon bimbit bagi melayakkan mereka menyertai pesta seks beramai-ramai di Port Dickson, pada 31 Disember depan sempena sambutan Tahun Baru 2006. Selain itu, ahli atau ejen yang mengumpul mata tertinggi ditawarkan hadiah percutian ‘seks’ bersama ‘Ratu Seks Melayu’ dan gadis tertentu yang disediakan khas pengasas laman web berkenaan.

Manakala ahli yang berjaya mempromosi atau menarik penyertaan rakan lain pula ditawarkan mata bonus yang melayakkan mereka membuat `temu janji seks’ dengan model lucah Melayu terkenal, ‘Babyrina’ dan rakannya di hotel lima bintang di ibu kota, menurut laporan itu lagi.

Penemuan laman web lucah terbaru itu dianggap memeranjatkan apabila ia didakwa lebih ‘panas’ berbanding beberapa laman web lucah Melayu terdahulu seperti ‘Melayu Boleh’, ‘Seks Melayu’, ‘Melayu Telanjang’ dan ‘Skandal Melayu’ yang sudah ditutup, dakwa laporan itu lagi.

Kewujudan laman web lucah Melayu terbaru yang mula dikesan beberapa minggu lalu, menyajikan pelbagai segmen khas mencakupi galeri gambar dan video artis Melayu berbogel, koleksi beratus gambar bogel model dan remaja tanah air serta himpunan nukilan cerita lucah. Antara artis tempatan yang diaibkan melalui teknik potong dan tampal atau pertindihan (super impose) dan dipaparkan pada laman web berkenaan ialah Linda Rafar, Nasha Aziz, Fazura, Ning Baizura, Umie Aida, Abby, Azza dan Sasha Elite, Misha Omar, Marsha AF3, Erra Fazira dan berpuluh lagi artis lain.

Selain itu, ahli laman web terbabit turut ditawarkan keistimewaan untuk bersembang seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan berpuluh gadis ‘hangat’ yang disediakan. Bagaimanapun, nombor telefon bimbit gadis remaja yang didakwa gemar membalas SMS lucah terbabit hanya akan diberikan kepada ahli berdaftar.

Siasatan akhbar itu mendapati, orang ramai yang ingin menjadi ahli laman web lucah itu disyaratkan membeli kad tambah nilai prabayar berharga RM50 sebelum diarah mengikut syarat ditetapkan. Penganjur laman web terbabit mendakwa tambah nilai prabayar itu akan digunakan bagi membolehkan gadis seks menghubungi ahli selain disalurkan kepada tabung pemulihan pelacur tempatan.

Setiap ahli baru yang berdaftar akan diberi peluang menyertai cabutan bertuah untuk ‘bermalam liar’ bersama model lucah Melayu, Babyrina dan gadis misteri yang pernah menjadi model iklan syampu pada 28 Oktober depan.

Selain itu, pengasas laman web lucah terbabit turut cuba menarik perhatian ahli supaya menjadi ejen promosi halaman web lucah itu yang menawarkan pelbagai habuan menarik.

Setiap ejen yang berjaya mengutip 20 mata akan menerima keahlian laman lucah itu secara percuma.

Antara hadiah ‘hebat’ ditawarkan ialah cabutan bertuah untuk pesta dan temujanji seks jika mengumpul 20 mata, percutian seks di Langkawi bagi kutipan 1,000 mata, percutian seks di Sydney, Australia (5,000 mata) dan percutian seks di New York bersama artis misteri (10,000 mata).

Selain itu, ahli laman web itu diberi keistimewaan melakukan muat turun berpuluh-puluh video adegan seks yang disediakan dalam laman lucah terbabit.

Segala kerja licik mengumpul dan mendapatkan visual lucah terbabit didakwa dilakukan `wartawan’ laman web itu yang mempunyai hubungan baik dengan industri hiburan.

Selain itu, wartawan misteri itu didakwa bekerjasama dengan pakar multimedia untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kedudukan strategik di tandas dan bilik hotel di ibu kota untuk merakam perlakuan seks bagi tontonan ahli berdaftar.

Mereka dikatakan turut menjadikan gadis muda yang ingin menjadi glamor dengan sanggup membuka pakaian sebagai mangsa.

Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, menyelar kewujudan laman web lucah Melayu terbabit yang didakwa mula menarik minat golongan belia termasuk pelajar.

Menurutnya, pihaknya menerima sekurang-kurangnya 15 aduan daripada orang ramai berhubung laman web lucah terbabit termasuk ibu bapa dan guru sekolah.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu memantau perkembangan tidak sihat ini dan menghentikannya dengan segera.

“Saya yakin, pengasas laman web menjadikan gambar lucah yang dikumpul daripada pelbagai sumber sebagai umpan untuk meraih keuntungan mudah selain menawarkan seks bebas sebagai tarikan paling utama kepada ahli baru,” katanya.

Menurutnya, ramai remaja sekolah terpengaruh dengan keseronokan seks ditawarkan dan tidak mustahil cuba untuk menjadi ahli.

Adalah diharapkan kerajaan melalui kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dapat membendung dan mengambil tindakan seberapa segera untuk melumpuhkan kegiatan seperti ini yang sedang berleluasa sekarang ini.


PROJEK GAJAH PUTIH BERNILAI RM160JUTA DI KAWASAN KHIR TOYO


Dipetik dari tranungkinte.net.....

Oleh Chan Wei See , Merdekareview, diterjemahkan oleh KR.org

Selama lima tahun yang lepas, Kawasan ADUN Sungai Panjang di Selangor bertuah
memperolehi tiga projek yang bernilai RM 160 juta, iaitu 10% daripada peruntukan
pembangunan tahunan di negeri Selangor. Usahlah kita berasa terperanjat dengan
angka ini, kerana Sungai Panjang ini merupakan kawasan Menteri Besar Selangor,
Datuk Dr. Mohd Khir Toyo, malah, sudahlah pasti semuanya pembangunan ini hanya
berlaku selepas beliau mengambil alih kuasa pada tahun 1999.

Di Sungai Haji Dorani, sebuah kampung nelayan terpencil yang berjarak 15 km dari
Skinchan, suasananya sunyi dan permandangannya tidak seberapa. Yang
memeranjatkan, ia merupakan pusat peranginan yang terpilih oleh kerajaan negeri.
Yang pasti, kerajaan negeri Selangor mestilah berani mengambil risiko dan
berkreativiti tinggi, untuk melaburkan (meleburkan?) RM 29 juta di sini.

Membelok ke jalan kecil, sebuah papan tanda yang menunjukkan arah D'Muara Marina
mengalu-alukan pelawat. Di atasnya terdapat sebuah billboard propaganda Barisan
Nasional yang besar. Jika rombongan ini bukan dipimpin oleh ADUN Sungai Pinang,
Teng Chang Khim dan ADUN Skinchan, Ng Swee Lim, mustahillah rakyat dapat
mengetahui resort pantai yang bernilai RM 29 juta di belakang ladang kelapa
sawit ini. Resort yang mula beroperasi sejak Februari lalu merangkumi 10 buah
kedai, 13 buah chalet serta 5 buah jeti. Kerajaan negeri juga merancangkan
kemudahan jetski dan dataran kebudayaan sebagai tarikan baru. Namun, pantai yang
dipenuhi lumpur sehingga 1 km jauh apabila air surut sedikit sebanyak
menghampakan harapan kerajaan negeri terhadap resort ini.

Apakah pantai berlumpur ini berpotensi menjadi tarikan pelancong? Siapakah pula
akan bercuti di resort yang dikepungi lumpur ini? Adakah seronok untuk berpecut
jetski di dalam lumpur?

Chang Khim turut menyoalkan kos pembinaan yang terlampau. Di Shah Alam pun, 10
buah mahligai mewah yang disediakan untuk ahli Exco kerajaan negeri cuma menelan
kos RM 21 juta. Apakah chalet kecil yang rekaan serta kemudahannya tidak
seberapa dan terletak di tengah-tengah lumpur pula memerlukan kos pembinaan yang
jauh lebih tinggi?

Walaupun resort telah beroperasi sejak bulan Februari, tapi tiada seorang pun
pelancong didapati. Hanya sebuah daripada chalet yang berjumlah 13 unit didiami.
Itu pun menurut penjelasan Chang Khim adalah kerana kerajaan negeri menempatkan
banyak mesyuarat jabatan kerajaan di sini agar ia bisnes terpelihara.

Seperti diterangkan oleh Chang Khim, "resort" yang menelan kos
terlampau tetapi tidak berupaya menarik pelancong ini secara jelas merupakan
projek gajah putih yang tidak mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Menurut pengiraan dua ADUN ini, jika resort dan restorannya dipenuhi tetamu
setiap hari pun, keuntungan dari pelaburan ini hanya akan didapati selepas 30
tahun, dan ini belum mengambil kira penyelenggaraan dan gaji kakitangan lagi!

Terminal Bas RM 410 Ribu Masih Menantikan Bas
Sempena resort di tepi lumpur sedang menantikan masa depan yang tidak pasti,
sebuah perhentian bas yang dinamakan Terminal Rakyat telah dibina di kampung
Merbau Berdarah. Perhentian yang menelan kos RM 410 ribu ini sejak 5 tahun lalu
telah bermula menantikan ketibaan bas yang setakat ini belum kelihatan. 16 unit
studio perindustrian kecil dan 2 buah kilang yang berjiranan juga telah
menghabiskan 5 tahun untuk menunggu hari ia digunakan nanti.

Sebaik sahaja tibanya di Terminal Rakyat, ramai pegawai Majlis Daerah Sabak
Bernam telahpun bersedia mengalu-alukan rombongan ADUN dan para wartawan serta
mengambil gambar mereka. Rumput di sekitar baru dipotong, dan dua orang pekerja
sedang sibuk mengecat semula dinding kilang yang telah uzur. Chang Khim
berpendapat bahawa inilah lakonan sementara yang ditunjukkan oleh konco-konco
Umno setempat, untuk memeriahkan suasana di Terminal Rakyat yang biasanya sunyi
sepi.

Menurut Swee Lim dan Chang Khim, apabila mereka datang mengkaji projek pelaburan
ini setengah tahun dahulu, tempat ini dipenuhi semak samun, tandas dan pintu pun
sudah berkarat. Tiada sesiapa pun yang akan melaluinya. Keadaan itu amat berbeza
daripada kali ini. Bersyukurlah kepada pelakon-pelakon dari Umno.

Namun, kesepiannya tidak dapat disembunyikan. Perhentian bas yang cuma terdiri
daripada tiga wakaf kecil dan sebuah pondok jualan makanan langsung tidak
mencerminkan kosnya yang setinggi RM 410 ribu. Di taman perindustrian yang
bersebelahan, cuma sebuah kilang kecil dapat disewa.

Rombongan lawatan sambil belajar ini juga mendapati meter elektrik pun belum
dipasang di studio dan kilang tersebut. Bagaimanakan satu-satunya kilang di sini
beroperasi tanpa tenaga elektrik? Ataupun ia merupakan satu lagi projek penipuan
Barisan Nasional yang hanya dipentaskan pada saat terakhir?

"Terminal ini tidak pernah menyambut ketibaan sebuah bas pun sejak dibina.
Ia merupakan satu lagi pembaziran kerajaan Barisan Nasional," ujar Chang
Khim.

Terang beliau, Merbau Berdarah sebenarnya merupakan kubu kuat PAS di mana Khir
Toyo cuma menang dengan majoriti 165 undi di peti undi ini. Untuk menstabilkan
keadaan, beliau yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 1999 terpaksalah
"meleburkan" banyak wang di sini untuk memikat hati pengundi sini.

Jalan Raya RM 92.5 Juta untuk 20 Keluarga
Dari Tali Air 4 Skinchan ke Parit 4, Sungai Haji Dorani, sebatang jalan raya
sejauh 20.5 km telah dibina dengan peruntukan RM 92.5 juta, atau puratanya RM
4.5 juta sekilometre. Jalan ini layak dikira jalan yang paling mahal di seluruh
Malaysia.

Di hujung jalan raya ini, ia berpusing 90 darjah dan disambungi sebatang jalan
raya baru yang menghubungkan Parit 4, Sungai Haji Dorani ke Parit 13, Kampung
Sungai Panjang. Jalan berjauh 9.3 km ini bernilai RM 32.5 juta, iaitu RM 3.49
juta sekilometre. Jalan raya ini adalah selari dengan sebatang jalan sedia ada.
Memandangkan hanya 20 keluarga bermastautin di kawasan ini, adakah ia amat
diperlukan?

Sebuah ujian yang mudah telah dilancarkan oleh Chang Khim dan Swee Lim.
Sepanjang jangkamasa 10 minit, hanya sebuah lori, 5 buah kereta dan 4 buah
motorsikal melaluinya. Rombongan ini juga telah duduk di tengah-tengah jalan ini
selama seminit untuk membuktikan ia jarang digunakan. Meleburkan wang sebanyak
RM 92.5 juta untuk jalan yang tidak memanfaatkan, manakala membiarkan sahaja
kesesakan lalulintas di Lembah Klang, memangnya "cemerlang, gemilang,
terbilang"nya Barisan Nasional.

Seorang penduduk Skinchan yang juga merupakan pembantu khas Swee Lim berkata,
jalan yang lurus ini telah menjadi syurga perlumbaan haram bagi para mat rempit,
sehingga kemalangan selalu berlaku. Swee Lim pernah menyifatkan jalan ini
sebagai "Jalan raya cepat kaya dan cepat maut" di DUN. Chang Khim pula
menyindir bahawa ia boleh digunakan sebagai litar lumba pada zaman damai, serta
landasan (runway) pesawat pejuang pada zaman peperangan.

Tiga projek gajah putih yang bertumpu di kawasan pilihanraya MB Selangor ini
bernilai RM 160 juta, iaitu 10% daripada perbelanjaan pembangunan setahun negeri
Selangor. Swee Lim berpendapat bahawa ia lebih molek dibelanjakan untuk
menaiktaraf jalan kecil dan membina rumah kos rendah daripada dibazir sebegini.

Menurut Chang Khim, tiga projek gajah putih ini menunjukkan Khir Toyo langsung
tidak pernah merancang secara terperinci sebelum projek dilaksanakan, sehingga
ia tidak diperlukan oleh rakyat setempat pun. Ia hanya bertujuan untuk
membuktikan beliau pernah memajukan kawasannya, dan entahlah berapa daripada kos
tersebut telah ditelan oleh para kontraktor yang mengcajkan kos terlampau untuk
kerja itu. Perbuatan sedemikian yang memenuhi kehendak sendiri dengan
membazirkan wang rakyat amat merugikan rakyat, dan Chang Khim mengkehendaki Khir
Toyo haruslah meminta maaf kepada seluruh rakyat.




Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59