Tuesday, 20 September 2005

TUAN GURU PRESIDEN AKAN RASMIKAN MARKAZ DUN BUKIT BARU 25 SEPT.



Sg. Putat 20 Sept. 2005 : Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Hj Abdul Awang akan merasmikan Markaz DUN Bukit Baru pada jam 4.15 petang 25 September ini, demikian kenyataan yang dibuat oleh TYDP Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek ketika ditemui dalam majlis perasmian Markaz PAS Sg Putat di sini malam ini.

Program yang diaturkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan (JPPK) tersebut dijangkakan diadakan dalam waktu yang singkat iaitu kira-kira sejam sahaja. Ianya akan dimulakan dengan acara simbolik perasmian markaz, diikuti dengan doa dan jamuan ringan, ini kerana Tuan Guru mempunyai jadual yang amat ketat sempena lawatan beliau ke Melaka pada 25 September ini.

PAS Kawasan menyeru supaya seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis perasmian ini demi untuk meraikan kedatangan Tuan Guru Presiden, tegas Hj Bakrin.

Selepas itu beliau akan bertolak ke Pernu, Kawasan Kota Melaka untuk menghadiri majlis hi-tea di sana.

Sementara itu Pengarah MTD Bukit Baru, Mohd Dan Siron melahirkan rasa syukur di atas kesudian Tuan Guru melapangkan masa merasmikan markaz tersebut. Ini merupakan sejarah baru bagi DUN Bukit Baru, kata beliau. Mohd Dan mengharapkan kesudian Tuan Guru merasmikan markaz ini menjadi perangsang kepada ahli PAS di DUN Bukit Baru untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkan PAS dalam Pilihanraya akan datang.


PAS CAWANGAN SUNGAI PUTAT TEMPA SEJARAH BARU




Hj Ali sedang berucap



Tuan Haji Yassin dan Us. Mohd Nor










Sg.Putat 20 Sept. 2005 : PAS Cawangan Sg Putat menempa sejarah baru apabila mempunyai Markaz Cawangan yang dibeli dengan harga RM95,000 di Taman Seri Jati bersebelahan dengan Kg. Sungai Putat. Majlis perasmian telah selamat diadakan disini malam ini.

Dalam ucapan aluan pada majlis tersebut ketua PAS Cawangan Sg Putat Tuan Haji Ali Sharif menyatakan bahawa kesungguhan dan komitmen semua ahli PAS cawangan mengumpul dana untuk membeli markaz ini menjadi titik tolak kejayaan cawangan membeli markaz ini. Tanpa komitmen dan pengorbanan mereka markaz sudah pasti tidak dapat dibeli, tegas beliau yang juga NYDP PAS Kawasan Bukit Katil.

"Insya Allah sedekah jariah dan infaq saudara-saudara akan dikira dan diberi ganjaran oleh Allah dan ianya akan menjadi bekalan untuk di bawa mengadap Allah" tegas Hj Ali.

Sementara itu YDP Kawasan Tuan Haji Yassin Ghani dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa kesungguhan ahli cawangan ini hendaklah dicontohi oleh semua ahli PAS. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah di atas kejayaan PAS Cawangan Sg Putat membeli dan mendirikan markaz sendiri.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah AJK Badan Perhubungan PAS Negeri, Us Mohd Nor Omar; Setiausaha PAS Kawasan Tangga Batu, Hj Hassan Md Dahan serta seluruh AJK PAS Kawasan dan Cawangan Sg Putat.


SYABAS MAWI - MAWI ISYTIHAR TIDAK BERPIHAK KEPADA UMNO.


Harakahdaily melaporkan bahawa semua media hari ini terkejut apabila Mawi mengumumkan "Saya tidak berpihak ke mana-mana pihak, saya neutral" dalam majlis perisytiharan "Mawi masuk Putera Umno" di Pejabat Umno hari ini.

Ia berlaku pagi ini di pejabat Putra Umno di PWTC. Nampaknya Umno cuba memujuk Mawi supaya mengumumkan yang beliau menyertai Putera Umno. Tetapi sebaliknya hasrat Putera Umno untuk menangguh di air keruh tidak kesampaian apabila Mawi tetap tegas tidak berpihak kepada Umno atau lain-lain parti.

Media diberitahu, hari ini ada majlis perisytiharan penyertaan Mawi ke dalam Putera Umno di pejabat Putra Umno, bangunan PWTC.

Hampir kesemua media utama diberitahu tentang majlis ini dan mereka dijemput untuk membuat liputan.

Seorang editor memaklumkan kepada Harakahdaily mengenai perkara ini dan pihaknya juga menghantar pasukan khas untuk membuat liputan majlis tersebut.

Tetapi apabila dihubungi kemudian, editor berkenaan memberitahu, "Bukan isytihar masuk Putera Umno, Mawi isytihar dia tidak berpihak ke mana-mana pihak dan neutral."

Apabila ditanya apakah Mawi mengumumkan sikapnya itu di depan wartawan, editor itu menjawab "Ye lah...depan kamera TV lagi."

Neutral

Sementara itu, para peminat Mawi yang datangnya dari pelbagai latar belakang mengharapkan Mawi tidak memihak ke mana-mana kumpulan atau parti politik kerana itu akan mengganggu kariernya.

Mereka tahu, Umno khasnya Putera Umno dari awal lagi cuba untuk memikat Mawi tetapi dengan jawapan Mawi itu, ia melegakan peminatnya.

Umno janganlah cuba memperdayakan Mawi yang kita tahu mempunyai prinsip dan halatuju sendiri. Janganlah samakan Mawi dengan penyanyi lain.

Kita yakin Mawi masih berpendirian seperti pendirian ayahnya. Sebab itu beliau berani menyatakan yang beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti walaupun majlis itu dijalankan di PWTC lubuk Umno. Padan muka Putera Umno!!!!!





PEMUDA NEGERI TEMUI PERSATUAN PENIAGA TANGANI ISU BAZAR


Melaka 20 September 2005 : Dewan Pemuda Negeri Melaka telah mengorak langkah menemui wakil peniaga Bazar Mara di Jalan Laksamana yang diarahkan berpindah ke Melaka Sentral semalam. Dalam pertemuan tersebut, Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah dan wartawan Harakah Melaka, Omar Saidi telah berbincang dengan wakil peniaga tersebut.

Dalam pertemuan yang penuh mesra tersebut wakil peniaga tersebut menegaskan bahawa mereka telah menghantar memorandum kepada pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa mereka tetap tidak akan berpindah dengan memberikan pelbagai alasan yang munasabah.

Yuhaizad dalam kenyataannya berkata bahawa tindakan MARA yang mengarahkan peniaga-peniaga itu berpindah adalah tidak logik dan ianya disifatkan tidak masuk akal. Kita akan cuba membantu peniaga-peniaga ini dalam isu ini, tambah Yuhaizad yang juga merupakan NYDP PAS Kawasan Jasin.

Blog ini dalam laporannya baru-baru telah mendedahkan bagaimana peniaga-peniaga ini diarahkan oleh MARA supaya berpindah dalam masa 21 hari. Notis perpindahan tersebut dihantar kepada mereka pada 8 September 2005.


Umno JADI DALANG ANJURKAN KONSERT GHAIRAH DI MELAKA


MELAKA 20 September : Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa Umno cawangan Bachang menjadi dalang menganjurkan konsert ghairah disaat orang Islam menyambut nisfu syaaban.

Laporan itu menyebut bahawa orang ramai terutama penduduk tempatan kecewa dengan sikap sekumpulan warga Indonesia terutama pekerja kilang yang mengadakan konsert mengghairahkan di belakang asrama mereka di Batu Berendam, dekat sini, malam semalam.

Konsert dinamakan ‘Bahagia Bersama Anak-Anak Rantau Diiding Om Putra Mahkota’ dianjurkan dengan kerjasama Umno cawangan Bachang itu dikatakan mendapat permit daripada polis.

Kira-kira 1,500 pekerja kilang warga Indonesia yang sememangnya ramai bekerja di negeri ini seolah-olah terpukau dengan persembahan beberapa artis dari Kuala Lumpur dan Melaka.

Bagaimanapun wartawan dan jurugambar yang datang membuat liputan konsert percuma itu tidak dibenarkan masuk malah dihalau pihak polis yang bertugas.

Konsert yang dimulakan jam 8 malam dan berakhir 12.15 tengah malam itu dikatakan begitu mengasyikkan penonton terutama warga Indonesia yang dahagakan konsert mengghairahkan.

Menurut jurucakap konsert berkenaan, konsert itu sepatutnya diadakan pada 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-48 tetapi ditangguhkan sehingga malam semalam selepas mendapat permit polis.

Seorang penonton yang menyaksikan konsert itu tetapi enggan namanya disiarkan berkata, dia terkilan melihat umat Islam yang sanggup menyaksikan konsert berkenaan.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab menegaskan bahawa inilah rupa sebenar Umno yang sentiasa berusaha untuk melalaikan golongan muda dengan menganjurkan konsert-konsert seperti ini. Ini kerana bila anak muda lalai maka mereka ini tidak akan menghiraukan apa juga perkara yang berlaku disekeliling mereka. Jadi apa sahaja yang kerajaan hendak buat mereka tidak ambil pusing, tambah beliau.

Itulah sebab Umno sentiasa komited untuk menganjurkan program berunsur maksiat ini supaya jiwa anak-anak muda tidak dibangunkan dan apa yang cuba diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda hanyalah keseronokan dan khayalan sahaja, tegas beliau.

Beliau seterusnya menyatakan kekesalannya kerana sepatutnya pada malam Nisfu Syaaban, anak-anak muda sepatutnya diajak ke Masjid membaca al-Quran tetapi malangnya pada malam bersejarah bagi umat Islam itu Umno menganjurkan konsert memaparkan goyang gerudi dengan pakaian seksi.

Walaupun konsert berkenaan difahamkan khas untuk warga Indonesia tetapi terdapat juga ramai anak-anak muda tempatan yang menontonnya. Tetapi kita juga kena ingat bahawa jangan kita mengundang bala dari Allah dengan mengadakan konsert seumpama ini.

Menurutnya, mereka ikut menari dan menanggalkan pakaian serta melambai-lambaikan tangan apabila penyanyi berkenaan menari.


DISAAT RAKYAT TERHIMPIT DENGAN HARGA BARANGAN YANG MENINGKAT, MB, EXCO DAN WAKIL RAKYAT DAPAT KENAIKAN GAJI


ALOR STAR 20 Sept. - Semua ADUN Kedah termasuk lima wakil termasuk Menteri Besar, Exco dan Speaker akan menikmati kenaikan elaun sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2004.

Banyak tunggakan gaji yang mereka akan dapat. 'Kayo Den'.

Kenaikan itu diluluskan oleh Dewan undangan Negeri Kedah yang bersidang pada 18 September lalu.Kenaikan telah diluluskan tanpa perbahasan oleh anggota dewan.

Elaun ADUN dinaikkan daripada RM3,738. 90 kepada RM4,113.79, Speaker daripada RM5,553.90 kepada RM6,109.29 dan Timbalan Speaker daripada RM3,630 kepada RM3,993.

Bagi elaun anggota pentadbiran yang terdiri dari Menteri Besar, dinaikkan daripada RM12,886.50 kepada RM14, 175.15 dan Exco daripada RM5,553.90 kepada RM6,106.29.

Rang undang-undang ini akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan dianggarkan sebanyak RM163,263 setahun.

Pemangku Menteri Besar, Datuk Mahdzir Khalid ketika ditemui pemberita memberitahu, kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri itu selaras dengan kenaikan elaun anggota Parlimen yang diluluskan oleh kerajaan Pusat baru-baru ini selain faktor kenaikan kos hidup.

Adakah Mahdzir tidak terfikir kalau anggota dewan mengalami kenaikan kos hidup bagaimana pula dengan kenaikan kos hidup rakyat. Macamana dia orang nak hidup.

Dewan juga meluluskan kenaikan elaun peruntukan diraja yang berkuat kuasa 1 November 2005 dengan tambahan peruntukan berjumlah RM870,756 sebulan.

Ada ke duit kerajaan Kedah nak bayar kenaikan elaun ni. Jangan-jangan pinjam kerajaan Pusat tak.

Menurut Mahdzir, elaun diraja itu dinaikkan kerana sejak 1981 ia tidak pernah disemak selain disebabkan kos saraan hidup yang semakin tinggi.

Di bawah Enakmen Peruntukan Diraja (1981) yang dipinda itu, elaun bulanan Sultan ialah sebanyak RM51,600 dan elaun keraian RM15,480 sebulan sementara peruntukan diraja untuk Sultanah dinaikkan kepada RM12,000 dan elaun peribadi RM2,600 sebulan.

Peruntukan diraja bagi Raja Muda termasuk elaun keraian ialah RM13,000, Raja Puan Muda (RM5,200), Tunku Bendahara (RM4,000), isteri Tunku Bendahara (RM1,250), Tunku Temenggung (RM3,500) dan isteri Tunku Temenggung (RM900).

Bagi Tunku Laksamana pula ialah RM3,000, isteri Tunku Laksamana (RM600), Tunku Panglima Besar (RM500), Tunku Puteri (RM3,250) manakala kerabat diraja kategori 1 menerima elaun RM1,000 sebulan dan kerabat diraja kategori 2 pula mendapat elaun RM500 sebulan.




ALAHAI WARAKNYA SHEIKH SHAHIDAN


Roslan SMS menulis ...............

Sekali membaca UTUSAN hari ini berkenaan kenyataan MB Perlis yang mengulas konsert perisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam nampak gaya macam ahli agama sahaja Shahidan Kasim. Mana tidaknya beliau dilaporkan berkata:

Pas tidak sensitif dengan masyarakat Islam Kelantan apabila membenarkan persembahan hiburan yang disertai juara Akademi Fantasia 3, Mawi pada 1 Oktober ini ketika umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadan.

Pas, tegas beliau, seharusnya menganjurkan persembahan yang lebih bercorak keagamaan sebagaimana yang dilakukan oleh BN negeri Kelantan yang menganjurkan Majlis Menggamit Ramadan pada malam yang sama.


Yang hairannya Shahidan tidak pula menyatakan apakah persediaan kerajaan BN Perlis dalam menyambut bulan yang sama. Berapa banyakkah premis judi yang akan ditutup, berapa banyakkah tempat maksiat yang akan ditutup?

Untuk pengetahuan Shahidan kerajaan PAS Kelantan sejak berkuasa pada tahun 1990 memang telah pun membesarkan bulan Ramadhan malah ia satu-satunya kerajaan negeri yang mengambil inisiatif memasukkan program Ihya Ramadhan dalam kalender pelancongannya. Di Perlis bagaimana?

Persembahan hiburan yang dimaksudkan oleh Shahidan itu sebenarnya adalah hiburan alternatif yang menepati ciri-ciri enakmen berkenaan hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan. Ianya bukan macam Sureheboh atau apa sahaja konsert lain yang yang pernah diizinkan oleh Shahidan di Perlis.

Untuk pengetahuan Shahidan lagi kerajaan PAS sejak diberikan mandat pada 1990 bukan sekadar mahu jadikan Islam sebagai majlis dan peraian yang dianjurkan semata-mata dan apabila perlu malah ianya adalah satu-satunya kerajaan negeri yang beriltizam mahu menjelmakan kehidupan Islam itu dalam setiap aspek penghidupan negeri dan rakyatnya.

Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


Bulan Ramadhan itu diturunkan al Quran, bukan untuk dibaca semata-mata, bukan juga untukdijadikan bahan perhiasan tetapi ia turun untuk dilaksana. Sejauh manakah perlaksanaan Islam di Perlis berbanding dengan Kelantan? Ada orang di Perlis yang minuman kegemarannya adalah WHITE WINE, tetapi dalam bab Islam dia bercakap mengalahkan Tok Lebai dan alim ulamak.


BILA UNDANG-UNDANG ISLAM TIDAK DIDAULATKAN, GOLONGAN MURTAD BERANI MEMBUAT PELBAGAI TUNTUTAN


Dipetik dari Malaysiakini.........Betapa seorang perempuan melayu yang murtad membuat tuntutan secara terang-terang

Kuala Lumpur 19 Sept : Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam menolak rayuan seorang wanita yang menfailkan saman pemula supaya digugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dan mendakwa dia bebas mengamalkan ajaran agama pilihannya.

Keputusan 2-1 itu dibacakan oleh Hakim Datuk Gopal Sri Ram. Sri Ram membuat keputusan itu bersama-sama Hakim Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria.

Abdul Aziz dan Arifin dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak betul dengan tidak membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Lina Joy, yang nama asalnya Azlina Jailani, supaya menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya atas alasan tindakan beliau keluar daripada Islam, tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam lain.

"JPN bertindak betul, berhati-hati dan rasional dalam perkara yang penting dan sensitif itu," kata Abdul Aziz dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Sri Ram.

Sri Ram yang menentang keputusan itu berkata, keputusan JPN menolak untuk membuat pindaan dalam kad pengenalan Lina tanpa perintah/sijil Mahkamah Syariah sebagai tidak sah dan batal.

"Saya akan membenarkan satu deklarasi untuknya (Lina) dan mengarahkan ketua pengarah untuk mematuhi terma-terma deklarasi itu," kata Sri Ram.

Lina, 41, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Mahkamah syariah

Faiza Thambi Chik yang menolak permohonan itu berkata sebagai orang Melayu, beliau tidak boleh keluar daripada Islam.

Menurut laporan Bernama, dalam penghakimannya pada 23 April, 2001, hakim itu juga menolak hasrat Lina untuk meninggalkan Islam atas alasan isu itu mesti diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Pada 13 Disember 2004, Mahkamah Rayuan mengarahkan ketua pengarah JPN, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad dimasukkan sebagai pihak dalam saman itu.

Pada 2 Februari 1997, Lina membuat permohonan kepada JPN supaya menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi menganut Islam tetapi ajaran Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997. Dia kemudiannya membuat permohonan kedua kepada JPN untuk mengubah namanya kepada Lina Joy dan permohonannya diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.

Dia mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan pada November 1999, dia diberikan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan perkataan "Islam" tertera pada dokumen itu.

Pada 11 Mac 2000, Lina memohon JPN menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya dan permohonan itu ditolak atas alasan dia diperlukan untuk mengemukakan satu sijil atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam.

Peguam Lina, Datuk Dr C.V.Das, yang ditanya pemberita kemudiannya, berkata beliau akan merayu terhadap keputusan itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59