Monday, 19 September 2005

DATUK MOHD NOOR HAMAT MENINGGAL DUNIA PAGI TADI


Kuala Lumpur 19 Sept. : Datuk Mohd Noor Hamat Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Pakar Damansara jam 5 pagi tadi.

Menurut Bernama, jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Aman tengah hari ini.

Datuk Mohd Noor pernah menjadi Ketua Polis Pahang sebelum ditukarkan ke Selangor selepas Pilihanraya Kecil Ketari, Bentong.

PAS Kawasan Bukit Katil mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan berharap keluarga beliau bersabar dengan ujian Allah ini.


SATU LAGI PENCAPAIAN BUMI ISLAM HADHARI


Roslan SMS menulis.......

Akhbar THE SUN edisi hujung minggunya di ruangan Media & Marketing telah menyiarkan satu lagi pencapaian negara yang seharusnya dibanggakan oleh mereka yang bertanggungjawab, siapa sahaja mereka yang dimaksudkan.

Dipaparkan wajah gadis-gadis muda negara (saya tak pasti kalau ada gadis Melayu yang terlibat) dalam pakaian separuh telanjang semuanya berwarna hitam berkerumun disekitar taukeh dan teraju industri ini.

Upacara maksiat ini diadakan dimana lagi jika tidak di pusat maksiat negara iaitu di Zouk Kuala Lumpur, nama yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur dimana kuasa penguatkuasaan agama pernah dicabar dan diperlekehkan satu ketika dahulu.

Menurut Pegurus Besar Pemasaran Guiness Anchor, Malaysia adalah pasaran terbesar Guiness (jenama arak jenis stout) diperingkat Asia! Dan kerana itu Malaysia dijadikan pusat untuk melancarkan identiti terbaru jenama Guiness iaitu Guiness Foreign Extra Stout.

Syabas Darul Islam Malaysia!

Menurut syarikat arak ini lagi sasaran mereka untuk jenama baru ini adalah dikalangan anak-anak muda sekitar usia 25 ke 35 tahun. Mereka dijangka berbelanja sekitar RM13 juta untuk tujuan promosi semata-mata. Menurut syarikat itu lagi:

We are proud to say that Malaysia was the first market to test it out and succeeded. The next step was to create an occasion such as the Black Party to gather the younger people to enjoy and sample Guiness.

Kami berbangga mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah pasaran pertama yang kita gunakan untuk menguji jenama ini dan kami berjaya. Langkah seterusnya adalah untuk menganjurkan majlis-majlis hiburan Parti Hitam untuk mengumpulkan anak-anak muda bagi mencuba Guiness

Demikianlah realiti yang kita hadapi pada hari ini. Siapakah dapat memastikan anak-anak muda, remaja kita tidak akan turut terjebak dalam majlis-majlis maksiat yang dirancangkan ini? Yang terbaru Jabatan agama pun mengeluh kerana kononnya tidak cukup tenaga untuk melakukan pengutakuasaan, kalau cukup pun stigma di Zouk dahulu masih belum dapat dikikis lagi.

Ini masalah serius. Dan ianya perlu ditangani dengan mendekati golongan remaja kita dan membuka channel ataupun saluran dimana kita boleh berbicara, menyampaikan mesej dan terus menyelamatkan kita. Atau apakah cadangan kita?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59