Saturday, 17 September 2005

PAK LAH JANGAN BUAT-BUAT TERKEJUT DENGAN PERANGAI ANAK BUAH YANG SUKA BERMEWAH-MEWAH


Pak Lah kononnya terkejut bila diberitahu ada jamuan persaraan pegawai kanan kerajaan melibatkan belanja sampai 5 juta. Tak kan Pak Lah tak biasa dengan perangai pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawainya yang suka bermewah-mewah.

Baru-baru ini salah MB Perlis berbelanja lebih RM100,000 untuk mendapatkan plat kereta yang beliau sukai. Perkara ini didedahkan secara terbuka oleh Harakah.

Kerajaannya sendiri pun diberitakan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membuat 'renovation' 'istana' seorang pemimpin tertinggi kerajaan. Sedangkan 'istana' itu baru berumur lebih kurang 5 tahun. Tak kan 'istana' yang kukuh dan kuat macam itu dah nak roboh sehingga terpaksa belanja sampai berjuta-juta untuk diperbaiki.

Kalau ketua pun perangai macam tu sudah tentulah anak buah ikut sama. Tak kan ketam hendak mengajar anaknya berjalan betul.

Persoalannya sekarang dari mana wang itu diperolehi. Adakah ianya datang dari wang kerajaan ertinya wang rakyat. Kalau betul perkara itu bagaimana wang boleh dibelanjakan sedemikian rupa.

Kalau wang itu diperolehi dari orang lain, kita takut pula wang itu adalah 'hadiah' kepada pegawai tersebut yang mungkin telah 'berjasa' kepada si pemberi. Semua ini bermain di kepala kita.

Nampaknya slogan Pak Lah untuk menjadikan kerajaan pimpinannya bersih, berhemah dan berjimat cermat hanyalah omongan kosong yang sampai ke hari ini kita tak percaya.

Isu rasuah masih gagal ditangani, isu bermewah-mewah menjadi-jadi, ekonomi tidaklah sekukuh mana.

Pak Lah jangan bermimpi lagi. Buktikan kata-kata mu...........


MENYELESAIKAN MASALAH REMAJA ISLAM TAK CUKUP DENGAN MENUDING JARI


Gambar Hiasan














Roslan SMS menulis............

Kita pernah melihat gejala lepak dikalangan remaja, kita pernah melihat gelagat golongan remaja semasa menghadiri konsert dan perayaan, kita pernah melihat golongan remaja tanpa segan silu berfoya-foya dengan berlainan jantina secara bebas, kita pernah melihat aksi golongan remaja mat rempet. Kita-kita yang dimaksudkan ini adalah kita umat Melayu Islam.

Umat Islam di Malaysia menurut angka terbaru sekitar 58.6 peratus dari jumlah penduduk yang seramai 26.22 juta. Dan dari jumlah itu hampir separuh adalah golongan remaja, golongan yang bakal mengambil-alih teraju negara sekitar 10 ke 15 tahun dari sekarang.

Keruntuhan moral dikalangan remaja Melayu Islam kini berada ditahap yang sungguh membimbangkan. Sedangkan Islam sepatutnya membawa keselamatan dan keamanan kepada umat manusia bukan sekadar di dunia malah terus sehingga ke hari akhirat.

Teraju dan kepimpinan negara sejak merdeka sehingga kini dikuasai oleh umat Islam belaka. Penjawat awam yang tertinggi dalam negara rata-rata dikalangan sebangsa dan seagama jua, namun kita seolah tiada berdaya membentuk remaja kita sehingga sebahagian besar mereka tergelincir, lemas dan rebah dalam arus penghidupan semasa.

Ringkasnya umat Melayu Islam gagal membentuk akhlak dan syahsiah anak-anak bangsa mereka. Ini bukan isu kecil, ini bukan perkara main-mainan, ianya jika tidak diatasi dengan serius akan bakal meranapkan masa depan umat dan negara.

Lalu adalah seorang ketua negeri dari bangsa dan agama yang sama turut mahu membantu menyumbang ke arah mengubati barah ini. Beliau seorang ahli agama dengan ilmu yang tidak pernah dipertikaikan oleh kawan dan lawan.

Mungkin kalau kita kumpulkan golongan remaja ini, kita adakan majlis yang tidak asing bagi mereka, kita selitkan unsur agama, kita jalinkan kepentingan dunia dan akhirat, mungkin boleh membuka hati dan mata mereka.

Mudah-mudahan majlis pertama ini jika berjaya boleh terus diadakan, dari segenggam jadi segantang, dengan harapan anak-anak muda akan semakin terangsang minda mereka. Dan dengan cara itu kelak mereka mungkin mudah dibentuk untuk membuat perubahan yang lebih besar dan akhirnya yang paling penting memiliki kesedaran agama, beriman dan bertaqwa.

Ketua negeri ini bersedia membuat suatu kejutan besar, suatu pendekatan berani, yang tidak pernah terbayang dibenak masyarakat. Namun demi mahu menyelamatkan anak bangsanya beliau sanggup melakukannya dengan berserah kepada Allah swt.

Dalam hal ini, menyederai kepincangan anak-anak bangsa kita kini, yang ubatnya masih tidak mampu kita beli atau temui sewajarnya kita menggabungkan tenaga menyokong usaha ini berdoa semoga ia berjaya. Siapa sahaja kita, profesional atau tidak, ulamak atau tidak, kaya atau miskin, PAS atau Umno, tua atau muda sepatutnya bersama-sama berbaik sangka mengharapkan kejayaan eksperimen ini agar ia boleh digunakan untuk mengubat mudarat yang sangat besar ini.



Oleh itu kepada Tok Guru MB Kelantan kita salut, mudah-mudahan usaha Tok Guru berjaya, mudah-mudahan anak-anak bangsa kami dapat dipimpin ke arah kebaikan. Teruslah Tok Guru berfikir, berbincang, berdoa agar anak-anak kami semua akhirnya akan berjaya sebagaimana anak-anak muda di zaman kekasih kita Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a

Dewasa ini tidak cukup dengan kita berkhutbah dan berceramah di masjid dan surau-surau sahaja, sasaran tidak kena rata. Dewasa ini kita perlu melangkah keluar, mendakap masyarakat, membelai dan memujuk mereka. Bercakap bahasa mereka, makan makanan mereka, ketika itu nanti mereka tidak akan merasa asing dan janggal untuk mendekati kita pula, insyallah

Sekurang-kurangnya dalam hal ini kita telah berusaha. Yang penting kita berusaha kerana yang bulat sampai bila pun pasti tak datang bergolek, dan yang pipih manakan mahu datang melayang. Tok Guru sanggup mengayun langkah, kita bagaimana?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59