Thursday, 15 September 2005

JANGAN ANGKAT BAKUL SENDIRI.....PAK LAH BUKTIKAN SEGERA





Bukit Katil 15 Sept. : Sebuah akhbar harian arus perdana hari ini melaporkan bahawa Pak Lah berkata pendekatan pencegahan rasuah yang dilaksanakan Malaysia untuk menjauhkan pegawai kerajaan atau swasta daripada gejala itu sudah menampakkan kesan baik.

Perdana Menteri juga berkata, sudah terbukti kini ada pegawai termasuk polis, yang melaporkan kepada ketua mereka bahawa mereka cuba dirasuah orang tertentu tapi tidak bersedia mengambilnya.
Abdullah menegaskan, kerajaannya sentiasa komited mengurangkan kos tidak langsung terhadap pelaburan dan perniagaan, termasuk membasmi amalan rasuah.

Katanya, ketiadaan tangkapan untuk suatu tempoh tertentu tidak harus disalahertikan sebagai kerajaan sudah mengendurkan kesungguhan kerana kerja yang berkait dengan pencegahan tetap diteruskan.

Kita perlu sentiasa memastikan tindakan pencegahan itu berjaya untuk menjauhkan pegawai kerajaan mahupun swasta. Jika berdasarkan siasatan, ada individu tertentu yang berbuat salah, maka BPR (Badan Pencegah Rasuah) akan mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan,? katanya.

Pada sidang akhbarnya selepas itu, Perdana Menteri menyangkal tanggapan kononnya kerajaan kehilangan momentum dalam usaha memerangi rasuah.

Beliau sebaliknya berkata, langkah pencegahan dilihat sama penting dan berkesan berbanding melakukan tangkapan atau menghukum semata-mata.

Itu hanya persepsi sesetengah orang sedangkan saya sudah jelaskan tiada kehilangan momentum dalam memerangi rasuah kerana tindakan terus dijalankan.

PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Pak Lah supaya membuktikan segera keseriusan beliau untuk membenteras rasuah sehingga ke akar umbi. Ini kerana beliau nampaknya hanya bercakap untuk membenteras rasuah tetapi pelaksanaannya tidak menampakkan sedemikian. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan melalui Setiausahanya, Hamzah Yusof.

Hamzah juga mempersoalkan mengapa siasatan dan tindakan tidak diambil oleh Pak Lah diatas laporan Ezam Mohd Nor terhadap Rafidah Aziz, laporan dan aduan Ahmad Lutfi Othman terhadap Khir Toyo dan banyak lagi laporan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang dan individu-individu tertentu yang melibatkan pemimpin Umno yang gagal disiasat walapun laporan itu telah dibuat bertahun-tahun dahulu.

"Kita juga masih menunggu tindakan yang diambil oleh Pak Lah keatas pesalah-pesalah rasuah politik wang dalam Umno kerana sehingga kini mereka masih tidak didakwa di mahkamah dan mereka juga masih memegang jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan Pak Lah. Antaranya Isa Samad, Menteri Wilayah Persekutuan;Amid Nordin,Exco Kerajaan negeri Melaka;Shahiruddin Moin, Exco kerajaan negeri Pahang dan ramai lagi", tegas Hamzah.

Nampaknya Pak Lah cuba untuk menyelewengkan fakta sebenar dengan menyatakan beliau berjaya mengurangkan rasuah tetapi sebaliknya beliau masih memelihara dan 'menternak' pesalah-pesalah rasuah dikandang kerajaannya, jelas Hamzah dengan keras.

Nota : Jangan cuba angkat bakul sendiri, tetapi bakul itu sendiri yang bocor dan koyak rabak.


PEMUDA UMNO KURANG AJAR



Pemuda Umno yang kurang ajar!


Roslan SMS menulis......

Saya dimaklumkan melalui laman BLOG Jeff Ooi di www.jeffooi.com/ bahawa laman web Pergerakan Pemuda Umno di telah cuba membabitkan pimpinan PAS dalam polemik mentah mereka berkenaan perjuangan kemerdekaan, iaitu kontroversi yang kononnya telah dicetuskan oleh Ronnie Liu dari DAP.

Jika kita berkunjung ke laman berkenaan kita dapat melihat gambar kulit buku karangan Chin Peng (bekas Setiausaha Agung PKM) yang bertajuk:

Alias Chin Peng: My side of history

Akan tetapi apa yang dipaparkan di laman tersebut bukanlah kulit asal buku itu kecuali telah dipinda dengan jahat dengan memuatkan gambar para pemimpin pembangkang termasuklah Tuan Guru Nik Abd Aziz, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kerja jahat ini barangkali bermaksud mahu membabitkan pemimpin-pemimpin ini termasuklah pemimpin DAP sebagai dalang kominis, kerana turut dipaparkan kata-kata yang tidak terdapat pada kulit asal buku itu yang berbunyi:

Komunis selamanya, datuk dan nenek kami turut merasai kekejaman komunis, tetapi itu dahulu

Menurut Jeff Ooi ADUN DAP dari Setiawan telah pun membuat laporan polis berkenaan kerja-kerja jahat Pemuda Umno ini.

Mengapakah begitu kurang ajar dan biadap sekali Pemuda Umno sehingga tergamak meletakkan gambar pemimpin tertinggi PAS, yang diiktiraf sebagai tokoh ulamak Islam dalam kerja jahat mereka itu. Apakah hujah Ronnie tidak boleh dilawan dengan hujah, perlukah kita menggunakan taktik kotor dan jijik seumpama ini?

Ingat tidak pernah dalam sejarah negara, ahli atau pemimpin PAS terlibat dalam fahaman ataupun pergerakan komunis, tetapi satu ketika dahulu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tun Razak dan Dr Mahathir, iaitu Abdullah Ahmad dan Siddiq Ghouse pernah ditahan di bawah ISA kerana kononnya terlibat dengan gerakan ataupun fahaman kominis!

Fakta ini barangkali tidak pernah terdaftar dalam benak kepala Pemuda Umno, kerana mereka sentiasa berada dalam sindrom penyakit Melayu Mudah Lupa, yang telah diagnosis oleh Dr Mahathir sendiri satu ketika dahulu.

Berpada-padalah sedikit tingkah laku biadap itu, jangan sampai marahkan pijat kelambu habis dibakar.
 Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59