Tuesday, 13 September 2005

AKHBAR THE STAR MESTI MINTA MAAF - KETUA PENERANGAN PAS KAWASAN


Bukit Katil 13 Sept : Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab menggesa akhbar The Star supaya meminta maaf kepada umat Islam seluruh Malaysia atas laporan akhbar tersebut yang disifatkan oleh beliau sebagai 'mempersendakan' Islam.

Sofi membuat kenyataan tersebut ketika mengulas tulisan Roslan SMS di dalam weblognya n32.blogspot.com yang bertajuk 'Misi merendah-rendahkan Islam'. Dalam tulisannya Roslan menulis bahawa akhbar The Star seolah-olah mempunyai niat untuk merendah-rendah agama Islam apabila laporannya menyebut bahawa pertunjukan fesyen pakaian wanita yang akan dianjurkan oleh kerajaan Kelantan hanya untuk kaum wanita sahaja. Para suami tidak dibenarkan.

Sofi dalam kenyataannya menggesa akhbar The Star supaya berhati-hati dalam menyiarkan berita kerana ianya boleh menyentuh sensiviti orang Islam. Pengarang The Star mesti sedar bahawa orang lelaki diharamkan melihat aurat orang perempuan yang bukan muhrim. Dalam pertunjukkan seperti itu sudah pasti ada aksi-aksi yang menunjukkan aurat perempuan dan mungkin ada pertunjukkan yang menampakkan susuk tubuh perempuan walaupun mungkin ianya ditutup. Pakaian yang menampakkan susuk tubuh perempuan (pakaian ketat) juga diharamkan oleh Islam, tegas Sofi. Tidak timbul soal kerajaan PAS yang mengharamkannya kerana sebenarnya Islamlah yang menetapkan hukumnya sedemikian. Tidak kira apa sesiapa pun, orang Islam mesti mematuhinya.

Akhbar The Star mesti meminta maaf secara terbuka di dalam akhbar mereka. Insya Allah jika The Star tidak mahu meminta maaf mungkin akan ada insan yang akan menyaman mereka. Jelas Sofi lagi yang juga merupakan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Dibawah ini disiarkan tulisan Roslan SMS dalam weblognya........

Ketika berita seekor ular tedung berlingkar disebuah patung berhala Hindu di kuil Puchong baru-baru ini, akhbar THE STAR melaporkan satu muka darihal kejadian yang kononnya ajaib itu. Dipaparkan betapa orang-ramai berpusu-pusu mahu melihat sendiri kejadian aneh itu serta membawa persembahan merupakan telur dan susu untuk dihadiahkan kepada kuil itu bagi mendapat rezeki dan nasib yang baik.

Kini ular ajaib itu telah pun lenyap menghilangkan diri. Apa yang cuba saya ketengahkan di sini bahawa akhbar berkenaan sedikit pun tidak memberi ulasan negatif mengenai kejadian tersebut. Contohnya menyebut bahawa perkara itu adalah berkebetulan dan bahawa mengandaikan ianya sebagai punca rezeki dan nasib baik adalah karut dan tahyul di zaman moden ini. Dan kita umat Islam pun kerana tidak mahu menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang agama dan kepercayaan juga tidak membuat sebarang ulasan terbuka.

Akan tetapi cuba kita lihat tajuk kecil mukadepan akhbar yang sama hari ini. Tajuknya:

Fashion show only for women


NOR & SARIMAH DIJANGKA AMBIL BAHAGIAN

Apakah persepsi pertama pembaca akhbar berkenaan apabila membaca tajuk ini? Sudah pastilah mereka akan menganggap bahawa penganjur kuno atau ketinggalan zaman yang manakah yang menganjurkan majlis sedemikian rupa. Lalu bermain-mainlah di kepala mereka akan gambaran yang hodoh dan menakutkan yang barat pernah berikan terhadap kerajaan Taliban, suasana di sebahagian negara Timur Tengah dan lain-lain.

Perlu diingat masyarakat pembaca akhbar itu sebilangan besar adalah mereka yang berpendidikan Inggeris dan kebanyakkannya adalah masyarakat bukan Melayu/Islam.

Orang biasa melihat dan mendengar pertunjukkan fesyen terbuka kepada semua masyarakat. Ini sudah menjadi lumrah hari ini. Jadi apabila ada pertunjukkan fesyen yang hanya terbuka untuk tontonan wanita sahaja, ini luarbiasa, ini ekstrim, ini menyekat hak kebebasan.

Kerana itulah saya menganggap paparan muka depan akhbar berkenaan sebagai sebahagian dari misi untuk merendah-rendahkan Islam pada pandangan ramai.

Laporannya:

You can have your fashion show but no husbands please, thats the order from the PAS government of Kelantan to the womenfolk.

Anda boleh menganjurkan pertunjukkan fesyen tetapi tiada suami yang dibenarkan (hadir), itulah arahan dari kerajaan PAS Kelantan kepada maysrakat wanita (di sana).

Ini bukan soal PAS atau apa sahaja fahaman politik, ini soal hukum agama, sama sahaja kena pada setiap individu Muslim. Walaupun ianya barangkali datang dari kerajaan PAS Kelantan, tetapi ianya bersandarkan hukum syariat.

Lantaran itu jika demi mematuhi peraturan dan hukum agama kami maka apa sahaja yang kami syaratkan adalah hak kami. Jangan sesiapa mencabar apa lagi menggunakannya sebagai bahan senda gurau atau main-mainan. Sebagaimana kami menghormati kepercayaan pihak lain maka demikianlah juga sepatutnya bagi yang bukan Islam terhadap kami.arkan suatu berita tentang Kelantan


SIAPA JAHAT AHLI PAS ATAU Umno?


Pukul ahli PAS: Penyokong Umno didenda RM2,500

Terbukti sejak dahulu, kini dan selamanya Umno memang parti ganas dan tidak menghormati undang-undang.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawam seorang penyokong Umno, Tuan Abdullah Tuan Sulong, 62, didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengaku bersalah terhadap tuduhan memukul ahli PAS pada 26 April lalu.

Majistret Irwan Suainbon membuat keputusan itu pada jam 9.32 pagi setelah mengambil kira pengakuan tertuduh, rayuan dan kepentingan umum.
Tuan Abdullah dari Felda Kerteh 1 yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Acara Jenayah mengaku bersalah di atas pertuduhan mencederakan Ketua PAS Cawangan Felda tersebut, Mohamad Abdul Ghani, 54.

Mengikut pertuduhan, pada 26 April, jam 1.55 petang di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya, Dungun, beliau dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Mohamad dengan menggunakan senjata kayu untuk memukul yang boleh mendatangkan kematian.

Tuan Abdullah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut dan meminta supaya dibicarakan semasa kes itu mula didengar pada 4 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau membuat pengakuan bersalah apabila kes itu dibicarakan semula pada 14 Ogos lalu dan Irwan menetapkan hari ini untuk membuat keputusan.

Dipetik dari Harakahdaily.


PAS KAWASAN SAMBUT BAIK PEMENDEKKAN TEMPOH PERMOHONAN PERMIT CERAMAH




Bukit Katil 13 September : PAS Kawasan Bukit Katil menyambut baik tempoh permohonan permit disingkatkan dari 14 hari kepada 5 hari. Ini memudahkan pihak kami membuat permohonan tersebut. Ujar jurucakap Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof yang juga merupakan setiusaha lajnah tersebut.

Media semalam melaporkan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Dato? Othman Talib berkata keputusan itu dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar bagi memudahkan parti-parti politik menganjurkan ceramah.

Beliau memaklumkan, semua Ketua Polis Daerah sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan mereka akan meluluskan permit ceramah jika didapati permohonan tidak mengganggu lalu lintas dan menggugat ketenteraman awam.

Insya Allah PAS Kawasan akan sentiasa mematuhi peraturan ini. Ini merupakan satu perkembangan positif kerana selama ini program kita selalu diganggu oleh pihak berkuasa, tambah beliau. Walaubagaimanapun beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa akhir-akhir dimana ceramah-ceramah kita kebelakangan berjalan dengan aman dan baik.


 Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59