Monday, 12 September 2005

DPP PUSAT TEMPA LEMBARAN BARU MAIN BOLA LAWAN ARTIS















DPP Pusat menempa lembaran dalam perjuangannya dengan mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan artis-artis tempatan. Perlawanan yang diadakan padang bolasepak seksyen 17, Shah Alam tersebut telah dimulakan dengan sepakmula oleh Timbalan Presiden PAS, Us Nasaruddin Mat Isa.

Walaupun pasukan DPP Pusat telah tewas namum objektif program ini diadakan adalah amat berjaya untuk mendekatkan hubungan artis dengan PAS. Rata-rata penonton yang datang dari jauh dan dekat terhibur menyaksikan permainan mereka yang penuh dengan semangat kesukanan dan juga sekali-sekala tidak kering gusi dengan gelagat pemain-pemain kedua-dua pasukan.


BERITA GEMPAR : DIPETIK DARI TRANUNGKITE.NET





12 Sept - Mufti Islam Hadhari Terengganu Bestari, Dato' Dr. Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang telah mengulangi kenyataan beliau bertaubat dan menarik semua buku-buku karangan beliau mengenai Hudud dan Negara Islam pada Majlis Penyampaian Elaun Imam dan Bilai di Masjid Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Semasa beliau berucap ada usaha-usaha untuk menghalang ucapan ini yang dipercayai mereka ini adalah antara orang kuat Dato' Idris Jusoh.

Antara kenyataan beliau, beliau bertaubat dan mengaku silap dalam karangan beliau berhubung buku "Negara Islam" atau "Pemerintahan Islam".

Beliau juga mengaku silap dalam tulisan berkaitan dengan peratusan masyarakat Islam untuk melaksanakan hukum hudud.

Dalam akhir kenyataan beliau, beliau memohon keampunan daripada Allah s.w.t. dan tidak mahu lagi bertanggungjawab dengan buku-buku berkenaan dan mengaku kesilapan serta bertaubat kepada Allah Taala.

Sila lawati www.tranungkite.net untuk berita penuh dan surat asal yang dikepilkan.


PAS ciplak Islam Hadhari : Dr Mashitah


ROSLAN SMS menulis........

Akhbar THE STAR Jumaat lalu ( 9 Sept)banyak memberikan liputan kepada PAS. Sebanyak tiga mukasurat diperuntukkan bagi sessi temuramah dengan Setiausaha Agung parti Datuk Kamaruddin Jaafar. Manakala satu muka lain memberikan liputan berkenaan pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam yang dijadualkan pada 1 Oktober nanti.

Meskipun temuramah bersama Datuk KJ itu dikira padat khususnya dalam membincangkan halatuju dan masadepan PAS, artikel berkenaan Kota Bharu pula kelihatan agak kritikal. Dalam artikel bertajuk:

Dont just talk do something (Jangan hanya bercakapa, lakukan sesuatu)

itu dimuatkan pandangan dua orang ahli akademik dari UKM iaitu Dr Agus Mohamed Yusof dan Dr Ahmad Nidzamuddin. Sememangnya pandangan para ahli akademik yang bebas dan profesyional perlulah dipertimbang dan diambil-kira oleh pihak kerajaan negeri.



Akan tetapi dalam artikel itu juga dimuatkan komen oleh seorang bekas ahli akademik, yang kini pemimpin Umno, yang komennya pasti condong terhadap Umno dan kritikal terhadap PAS. Beliau adalah Dr Mashitah Ibrahim.

Apabila diterangkan darihal konsep 5K Kota Bharu Bandaraya Islam iaitu:

Keilmuan, kesetiaan, kebersihan, kemakmuran dan kebajikan.

Dengan sombong Dr Mashitah mentertawakan usaha kerjaan negeri itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh THE STAR beliau berkata:

The way I see it that PAS is trying to ciplak (copy) our Islam Hadhari. In fact all of PASs 5Ks are adapted form Islam Hadhari. PAS should just come out and say that it has accepted Islam Hadhari.

Dari pengamatan saya PAS sedang cuba menciplak Islam Hadhari kami. Malah kesemua konsep 5K yang disebut sebenarnya diceduk dari Islam Hadhari. PAS sepatutnya memperakui bahawa ia telah menerima Islam Hadhari.

Dalam hal ini mengapa Mashitah lebih pentingkan isu siapa ciplak siapa? Sebagai seorang bekas ahli akademik Mashitah sepatutnya memberikan galakkan kepada sebuah Majils Perbandaran seumpama Kota Bharu yang sedang mencuba secara serius untuk melahirkan sebuah bandaraya Islam yang sebenar. Tolak tepilah sebentar sentimen politik, dan berkatalah secara penuh jujur dan berhikmah.

Sebagai seorang Islam sebagaimana warga Islam yang lain di seluruh negara Mashitah sepatutnya berbangga dan berdoa agar usaha murni pihak kerajaan negeri ini akhirnya berjaya dan tercapai.

Mengulas kenyataan Mashitah Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata:

This has nothing to do with Islam Hadhari. If we ciplak anything we ciplak from Islam not from Islam Hadhari.

Ini tidak ada kena mengena dengan Islam Hadhari. Sekiranya ada yang kami ciplak, kami sebenarnya menciplak dari Islam dan bukannya dari Islam Hadhari.

Dalam keghairahan Mashitah mentertawakan usaha PAS Kelantan itu beliau barangkali terlupa beberapa cadangan dan aksi beliau sebelum ini yang benar-benar telah menjadi bahan gelak-ketawa rakyat jelata sehingga ke hari ini. Antaranya kes pelacur dan darurat, kes pertikaian tanah milik peribadi beliau dengan seorang lain dan aksi beliau bersalaman dengan rakan-rakan pemimpin lelaki yang bukan mahramnya walaupun dalam majlis yang sengit membincangkan berkenaan Islam Hadhari.


Tandatanya di sebalik Misi Jelajah Niaga Malaysia


ROSLAN SMS menulis.........

Kedua-dua berita di RTM dan Buletin Utama TV3 memaklumkan darihal Misi Jelajah Niaga Malaysia yang diketuai oleh PM ke London dan New York. Tujuan misi tersebut menurut BERNAMA adalah:

Untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik kepada para pelabur.

Dan menurut BERNAMA lagi ini merupakan jelajah pertama seumpama ini yang diketuai Pak Lah sejak menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003.

Baguslah Pak Lah membuat kunjungan seumpama itu dalam keadaan negara memerlukan sangat pelaburan asing khasnya ketika harga minyak mentah dunia sedang mencacak naik. Saya mengharapkan misi ini akan benar-benar berjaya membawa pulang hasil, walaupun tindakan Tun Dr M mengecam Barat khasnya Britain dan Amerika Syarikat dalam majlis SUHAKAM beberapa hari lalu mungkin memberi kesan kepada misi ini.

Dalam pada itu apa yang lebih menarik minat saya adalah apabila kedua-dua berita di RTM dan TV3 menyebut darihal penglibatan ECM Libra Berhad dalam misi Pak Lah ini.



Siapakah ECM Libra ini?

ECM Libra adalah sebuah syarikat pelaburan dan kewangan swasta yang terlibat dalam memberi khidmat perundingan dan nasihat kepada syarikat-syarikat koperat dan individu yang memilki kewangan yang teguh.

Siapakah yang terlibat dalam ECM Libra ini?

Salah seorang Pengarahnya yang terlibat dalam bidang investment banking adalah menantu Pak Lah sendiri, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno. Khairy sebelum ini adalah Timbalan Setiausaha Sulit Kanan kepada PM dan Pengarah Bahagian Komunikasi dan Polisi di Pejabat PM.


Pak Lah dan menantu kesayangan

Mengapa kerajaan Malaysia perlu menggunakan khidmat ECM Libra dalam misi ini? Mengapa badan-badan atau syarikat milik kerajaan tidak digunakan memandangkan ini adalah misi rasmi kerajaan? Apakah pulangan yang dijanjikan oleh kerajaan kepada ECM Libra?

Bagi saya penglibatan ECM Libra yang salah seorang Pengarahnya adalah menantu Perdana Menteri sendiri, akan mencetuskan pelbagai konflik ketidaktelusan dan menimbulkan banyak tanda tanya, sedangkan Pak Lah selama ini cuba memprojekkan diri sebagai PM yang menitik-beratkan ketelusan. Apa peranan Khairy disini? Sebagai broker, sebagai orang tengah?

Saya rasa rakyat Malaysia berhak bertanya dan berhak mendapatkan penjelasan dalam hal ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59