Thursday, 8 September 2005

ISLAM HADHARI MENGAJAR PENGIKUTNYA BERMUKA-MUKA


Bukit Katil 8 Ogos 2005 : Kewujudan sebuah disko yang turut menjual arak milik seorang pemimpin Umno Melaka sebagaimana dilaporkan oleh Harakahdaily semalam bukanlah suatu yang mengejutkan kita kerana memang adat orang Umno suka bermuka-muka. Di hadapan rakyat berlakon bagaikan kuat berpegang dengan agama pada masa yang sama menjadi 'taukeh disko'. Demikian komen Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Bukit Katil, Hamzah Yusof. Begitu pemimpin Islam HAD-HARI bukan kita tidak tahu, kata Hamzah. Baru-baru bekas Ketua Menteri Sabah yang kelihatan lemah lembut dan baik pun main judi sampai berjuta-juta ringgit di luar negeri, tambah Hamzah.

Ini kerana Islam HAD HARI menghalalkan 'benda-benda' itu , sindir Hamzah. Disko itu dilaporkan beroperasi sehingga jam 2.00 pagi terletak di Bangunan Merah yang telah diwartakan sebagai kawasan bersejarah.

Semalam Harakahdaily telah menemui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang disko ini yang berdekatan dengan Pejabat ADUN Kota Laksamana, Betty Chew yang juga isteri Guan Eng.

Guan Eng dilaporkan berkata: "Kenapa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) boleh meluluskan lesen disko tersebut yang terletak di kawasan bangunan bersejarah."
Apa yang menghairankan, dakwa Guan Eng, lesen yang telah diluluskan oleh MBMB itu adalah kepunyaan salah seorang pimpinan Umno peringkat Negeri Melaka.

laporan itu juga menyebut Guan Eng berkata bangunan yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah termasuk bangunan yang digunakan sebagai tempat disko telah diubah suai dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.

Setahunya agama Islam melarang orang Islam minum dan menjual arak, oleh itu beliau bertanya apakah Islam Hadhari Dato' Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri) berbeza dengan Islam Hadhari PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Malu rasanya kita bagaimana Guan Eng pun pelik dengan Islam HAD HARI Pak Lah yang menghalalkan perkara seperti ini.

Sepatutnya kawasan bersejarah rumah kedai yang telah diisytiharkan tempat bersejarah tidak sesuai dijadikan tempat disko dan tari menari, apalagi tempat tersebut didiami oleh peniaga di situ.

Disko tersebut dilaporkan beroperasi sehingga jam 1.00 pagi pada hari biasa dan pada hari Sabtu dan Ahad beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.

Katanya, laporan telah dibuat kepada pihak polis, Majlis Bandaraya dan Jabatan Agama Islam tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang telah dilakukan.

Guan Eng turut mempersoalkan di mana letaknya moral seorang Ketua Menteri Umno yang membiarkan orang Islam Umno diberikan lesen perniagaan disko yang menjual arak.

Tambahnya, petugas balai polis yang berhampiran tempat tersebut seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga apa yang berlaku terhadap disko tersebut yang dimiliki oleh orang kuat Melayu Umno, katanya.

Beliau berharap MBMB dan Jabatan Agama Islam bertindak tegas kepada pengusaha disko tersebut berbangsa Melayu beragama Islam.

Itulah Islam HAD-HARI yang tiada HAD dan HARI. Semua boleh bikin tanpa HAD dan HARI-HARI pun boleh. Tambah Hamzah lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59