Tuesday, 6 September 2005

POLIS : KAMI TETAP MESRA, CEPAT DAN BETUL



Kami memang 'MESRA', CEPAT, BETUL'. Cara kami ber'MESRA' ialah dengan menembak gas pemedih mata kepada orang-orang kampung, pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, kanak-kanak dan orang tua. Mereka pun 'suka' menyedut gas pemedih mata kami sebab ianya boleh 'menyembuh'kan penyakit asma dan lelah. Tidak perlulah mereka pergi ke klinik atau hospital untuk mengubati penyakit ini. Kalau di hospital atau klinik mungkin mereka kena bayar pula. Ke'MESRA'an kami ini juga disenangi oleh rakyat. Sebab itu mereka tetap hadir ke ceramah PAS sebab mereka tahu mereka dapat gas percuma.

Baru-baru ini telah menunjukkan cara kami berMESRA dengan rakyat Terengganu di Kg Mak Chili, Kemaman, di Batu Rakit dan Kg. Batu Enam, Kuala Terengganu. Malah di Masjid Batu Enam kami telah memberikan perubatan 'percuma' kepada orang ramai yang sedang mendengar ceramah pemimpin PAS. Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS dan lain-lain pemimpin PAS Terengganu telah merasai nikmat perubatan percuma ini. Ada yang 'menitis' air mata 'kegembiraan' ketika mendapatkan gas percuma ini. Ada yang sampai jatuh meniarap dan tersungkur seolah-olah sujud syukur atas kemurahan hati kami memberikan gas percuma ini.

Kami juga memberi minum dan membuat hujan tiruan kepada rakyat dengan air bercampur bahan KIMIA yang rasanya lebih enak dari Air Batu Campur (ABC). Sebab itu rakyat tidak perlu membawa bekal air ke ceramah PAS sebab kami memang menyediakan air percuma berbentuk hujan yang tidak perlu kepada pembenihan awan. Di Terengganu sekarang ini jika ada ceramah PAS sudah tentu ada hujan air KIMIA yang kami turunkan untuk 'menyamankan' suasana ceramag supaya lebih selesa dan sejuk. Malahan kadang-kadang peniaga air minuman mengeluh sebah air mereka tidak laku walaupun ramai yang hadir pada ceramah PAS. Kami juga sering bermesra dengan jemaah di MASJID dengan cara menyembur gas dan air KIMIA ini. Ini membuatkan mereka lebih khusyuk mendengar ceramah agama dan berwirid.

Kadang-kadang kami menolong mengawal rakyat supaya memberikan kerjasama ketika MASJID hendak dirobohkan. Kami juga CEPAT bertindak terutama ketika ceramah PAS. Pantang sahaja kami diarahkan oleh Kerajaan BN kami akan bertindak dengan CEPAT walaupun ianya diadakan diceruk mana sekalipun. Kami tetap mencarinya. Malah kami akan lebih CEPAT bertindak daripada kes jenayah sebab penceramah PAS ini lebih 'BAHAYA' dari penjenayah. Seringkali kami datang lebih 'CEPAT' dari penceramah PAS dan rakyat.Oleh kerana CEPAT bertindak kadang-kadang kami datang tersalah tempat demi untuk memastikan slogan kami dipenuhi iaitu CEPAT bertindak. Walaupun kadang-kadang kami tersalah tempat.

Kami juga 'BETUL' setiap kali menjalankan tugas. Kami tidak kira samada ianya BETUL di sisi Allah atau tidak, yang penting kami BETUL dimata pemerintah. Kami tetap memBETULkan apa yang ketua kami suruh walaupun ianya tidak BETUL disisi Allah. Kami amat bangga dengan slogan ini kerana ianya terbukti 'disenangi' dan 'diterima' oleh rakyat. Kami seolah-olah LURUS BENDUL tanpa memikirkan tindakan kami ini BETUL atau SALAH.

Kami tetap 'MESRA, CEPAT dan BETUL' Posted by Picasa


INILAH PRODUK ISLAM HAD HARI YANG 'MENGGEMBIRAKAN' KITA SEMUA


Ikutilah laporan sebuah akhbar harian perdana yang menyiarkan 'hasil dan produk' ISLAM HAD HARI Pak Lah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Cemerlang dari segi melakukan jenayah, gemilang kerana kompetensi melakukan jenayah mengatasi bangsa lain serta terbilang di mata dunia kerana menjadi penjenayah semasa umur muda.

Perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak atau pelajar bukan saja kesalahan ringan seperti mencuri atau pecah rumah, malah jenayah berat, termasuk bunuh, rogol, samun bersenjata api dan keganasan.

Mengikut perangkaan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kanak-kanak terbabit dalam 27 kes rogol, bunuh (tiga), keganasan yang menyebabkan kecederaan parah (76), kesalahan menyebabkan kecederaan ringan (33), samun berkumpulan (dua), samun bersenjata api (satu) dan 10 kes samun tanpa senjata api.

Selain itu, 246 kes membabitkan curi kenderaan, curi malam hari (112), curi siang hari (29), ragut (18) dan 188 kes jenayah lain.

Dalam tempoh sama tahun lalu pula, enam membabitkan kes bunuh, rogol (25), keganasan yang menyebabkan kecederaan parah (110), kesalahan menyebabkan kecederaan ringan (61), samun berkumpulan (tujuh), samun bersenjata api (dua) dan 19 kes samun tanpa senjata api.

Selain itu, 76 kes curi malam hari, curi siang hari (29), ragut (16) dan lain-lain jenayah 158 kes.

Setiausaha Kehormat YPJM, Superintendan Rosniah Ramli, berkata pembabitan kanak-kanak atau pelajar dalam jenayah amat membimbangkan kerana statistik menunjukkan ada di antara mereka yang terjebak dengan jenayah seawal usia tujuh tahun.

“Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini misalnya, 76 kes membabitkan mereka yang berusia antara tujuh dan 12 tahun, 668 kes antara 13 dan 15 tahun manakala 1,008 kes lagi mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun.

“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana mereka dikhuatiri dengan mudah akan mempengaruhi rakan sebaya untuk terbabit dengan jenayah.

“Pada usia terlalu mentah begitu, mereka belum dapat berfikir dengan waras untuk menentukan yang mana baik, yang mana buruk dan dalam hal ini kawalan ibu bapa amat penting,” katanya kepada akhbar tersebut semalam.

Muka depan akhbar itu semalam melaporkan, pelbagai pihak bimbang dengan mengenai aliran peningkatan jenayah membabitkan kanak-kanak.

Sabtu lalu, tiga kanak-kanak berusia 9, 10 dan 11 tahun ditahan kerana disyaki membakar sebuah bas sekolah di Kuah, Langkawi.

Rabu lalu pula, seorang murid berusia 12 tahun di Kampung Pinang Tunggal, Jalan Klang Lama, di sini, ditahan polis untuk kali ketujuh kerana memecah masuk dan mencuri di sebuah pejabat. Budak itu mengaku terjebak dengan jenayah sejak berusia sembilan tahun.

Rosniah berkata, adalah kurang tepat jika dikatakan pembangunan yang terlalu pesat dialami negara kebelakangan ini menjadi faktor ramai kanak-kanak terbabit jenayah.

Katanya, ini kerana statistik menunjukkan ada di antara negeri yang kurang maju, termasuk Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Melaka mencatatkan kes yang tinggi, berbanding Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor yang sektor perbandarannya lebih pesat membangun. (Rujuk statistik).

SATU LAGI PROJEK ISLAM HAD HARI


MURAHNYA MARUAH DAN HARGA DIRI PEMIMPIN UMNO


Bernama melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad masih lagi menjalankan tugasnya di kementerian walaupun keanggotaan naib presiden Umno itu dalam parti digantung kerana terbabit dalam rasuah pada akhir Jun lepas.

Laporan itu menyatakan bahawa Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Zulkarnain Awang berkata penggantungan Mohamed Isa tidak menjejaskan perjalanan kementerian kerana beliau masih lagi mempengerusikan mesyuarat dan menandatangani dokumen rasmi.

"Menteri masih menjalankan tugasnya dan kementerian berjalan seperti biasa. Ia (penggantungan) tidak menjejaskan projek pembangunan yang dirancangkan.

"Saya selalu berjumpa dengannya dan kadangkala ke rumahnya," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Merdeka "Cycle N Hunt" di Taman Botani di sini hari Ahad lalu.

Zulkarnain dilaporkan berkata walaupun Mohamed Isa tidak masuk pejabat, ia tidak bermakna kerja tidak boleh dilakukan kerana ia boleh dibuat di mana-mana termasuk di rumah. Bagaimanapun ketika ditanya samada Isa masih mempengerusikan mesyuarat kementerian beliau enggan mengulas.

"Apa-apa keputusan kabinet berkaitan kementerian, akan diberikan satu salinan kepada saya," katanya.

Inilah maruah dan harga diri pemimpin Umno. Mereka langsung tidak rasa malu atau bersalah walaupun telah didapati bersalah. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Isa sewajibnya meletakkan jawatan secara terhormat. Tetapi inilah 'tarbiah' Umno mereka tidak akan meletakkan jawatan selagi 'boss' tidak melucutkan jawatan mereka. 'Boss' mereka pun tidak mempunyai maruah kerana masih 'menyimpan' pesalah-pesalah rasuah seperti ini.

ISLAM HAD HARI TIDAK MELETAKKAN RASUAH SEBAGAI KESALAHAN AGAKNYA

Mohamed Isa telah dijatuhkan hukuman gantung keanggotaan Umno selama enam tahun atau dua penggal oleh Lembaga Disiplin Umno pada 27 Jun lepas setelah didapati bersalah terllibat dengan rasuah ketika pemilihan UMNO tahun lepas.

Beliau membuat rayuan terhadap hukuman itu dan keputusannya dijangka diketahui pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) akhir bulan ini.


TAUFAN KATRINA LUMPUHKAN INDUSTRI JUDI


Dipetik dari Blog Rozmal Malakan.......

Taufan Katrina Lumpuhkan Industri Perjudian Di Kawasan Teluk – Demikianlah tajuk berita Associated Press pada 30 Ogos 2005. Apakah industri perjudian di Malaysia juga akan menerima nasib yang serupa, tidak berjaya dilumpuhkan melalui seruan Amar Maaruf tetapi hanya berjaya dilumpuhkan dengan taufan seumpama Katrina bahkan lebih dahsyat lagi ?

Laporan AP menyebut sekurang-kurangnya tiga kasino terapung yang terbesar telah dicampak oleh taufan yang membawa air setinggi 25 kaki dan terdampar lebih 200 ela ke darat.
Katrina Cripples Gulf Gambling Industry

Separuh bangunan Palace Casino di Biloxi, Mississipi telah tenggelam dalam air.

Harrah's Entertainment Inc., pemilik syarikat judi terbesar pula menyatakan ada kasino terapung yang tercampak sehingga ke tengah lebuh raya.

Di Beau Rivage, sebuah kasino telah lenyap sama sekali tingkat pertama dan keduanya.

Hard Rock Café Casino yang belum lagi dibuka dan akan hanya dirasmikan pada 8 September telah hilang dua tingkat bangunannya.

Begitu juga Grand Casino Gulfport yang telah tercampak ke daratan.

Taufan Katrina menyebabkan kerugian $400,000 ke $500,000 dollar sehari dalam industri perjudian. Tahun lepas sahaja Misssissipi menghasilkan 2.7 billion dollar dari aktiviti perjudian.

Orang Islam yang main judi tu , bertaubatlah. Janganlah berjudi lagi. Orang Islam yang keluarkan lesen judi tu juga bertaubatlah, jangan keluarkan lagi lesen judi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59