Monday, 5 September 2005

JENAYAH KANAK-KANAK BUKTI KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN KERAJAAN


Melaka : Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa jenayah membabitkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Kalau sebelum ianya mungkin tertumpu kepada buli rakan sekolah, mencuri, mengugut tetapi kali ini mereka bertindak dengan lebih 'brutal' iaitu membakar bas sekolah.

Semalam dan hari ini media massa cetak dan elektronik melaporkan bahawa jenayah membabitkan kanak-kanak, yang terbaru tiga kanak-kanak berusia 9, 10, dan 11 tahun ditahan kerana disyaki membakar sebuah bas sekolah di Langkawi, suatu jenayah yang bukan kecil. Aliran ini semakin membimbangkan kerana ianya melibatkan kanak-kanak sekolah.

Dalam kejadian di Kuah kelmarin, tiga kanak-kanak itu disyaki membakar bas sekolah milik Ean Joo Bus Transport Services Sdn Bhd (EJBS) mengakibatkan kerugian RM150,000. Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang. Siasatan awal polis mendapati kebakaran itu ada unsur khianat dan ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian baru-baru ini iaitu Rabu lalu, seorang murid berusia 12 tahun di Kampung Pinang Tunggal, Jalan Klang Lama, di sini, ditahan polis, iaitu kali ketujuh kerana memecah masuk dan mencuri di sebuah pejabat. Jenayah itu dilakukan bersama tiga rakannya yang masing-masing berusia 13, 15 dan 16 tahun. Budak 12 tahun itu mengaku terjebak jenayah sejak berusia sembilan tahun.

Julai lalu, polis Brickfields menumpaskan `Geng Batman’ dianggotai empat bekas pelajar sekolah berusia lingkungan 15 tahun, yang menjadikan pemandu teksi dan kedai internet sebagai sasaran. Jun tahun lalu pula, polis Putrajaya menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 15 tahun kerana mencuri pelbagai peralatan dan barangan kemas bernilai kira-kira RM5,000 di Presint 11.

Beberapa bulan lalu dahulu, kes buli melibatkan pelajar sekolah agama di Pahang mengakibatkan mangsanya lumpuh disamping suatu kes di Negeri Sembilan dimana sa

Dari cerita-cerita diatas tergambar kepada kita bahawa, sistem pendidikan negara kita perlu dikaji semula kerana ianya gagal membentuk akhlaq pelajar. Apa yang membimbangkan ialah pelajar-pelajar yang terlibat bukan hanya pelajar sekolah menengah malah pelajar sekolah rendah. Sistem pendidikan negara sekarang ini sebenarnya lebih berorientasikan peperiksaan bukan mendidik pelajar-pelajar menjadi warganegara yang baik dan berakhlaq. Sepatutnya sistem pendidikan ini dirombak dan dikaji semula. Islam mestilah dijadikan asas kepada sistem pendidikan ini bukannya sistem beorientasikan barat.

Faktor persekitaran dan kurangnya kawalan keluarga juga dilihat menjadi pendorong kepada kegiatan jenayah juvana ini. Kanak-kanak sekarang bebas untuk pergi kemana mereka suka. Kita sering terjumpa kanak-kanak bawah umur ini berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat snooker, Cybercafe dan sebagainya. Mereka ini juga bebas menonton VCD ganas, lucah dan sebagainya samada di rumah atau di panggung-panggung wayang.

Kerajaan sekarang juga lebih suka 'menghadiahkan' rakyat dengan program-program hiburan dan hedonisme yang menggalakkan remaja dan kanak-kanak bersuka-ria dan berhibur. Program-program konsert digalakkan oleh kerajaan samada dianjurkan oleh egensi kerajaan atau swasta. Stesyen-stesyen TV juga menghidangkan rancangan-rancangan yang separa ganas, lucah dan tidak bermanfaat.

Inilah malangnya kita duduk di dalam negara Islam HAD HARI yang tidak langsung memikirkan masa depan rakyat. Apa yang dipentingkan ialah mereka boleh berkuasa.


MAWI: BACAAN TOK GURU SEMAKIN TERSERLAH



Mawi: Bacaan Tok Guru semakin terserlah

ROSLAN SMS MENULIS ........

(Bagi sekian kalinya isu Mawi ini dibicarakan, sesungguhnya Mawi tidak penting, AF tidak penting, yang penting di sini adalah keberanian dan ketekunan gerakan Islam untuk menapak ke ruang yang lebih besar dan mencabar demi mendakap sasaran dakwah yang bertibaran di mayapada Allah swt ini)

Sebelum ini Tok Guru MB Kelantan pernah berkata:

Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya.Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan.



Semalam melalui temuramah eksklusif dalam akhbar NST, secara tersurat dan tersirat Asmawi Ani ataupun Mawi telah menyatakan sikap, kecenderungan dan pendirian beliau secara terbuka. Dalam wawancara itu beliau berkata:

When my fans scream out for me and saya WORLD, WORLD I reply, WORLD, WORLD juga tapi akhirat jangan lupa. Hopefully they will find a meaning in this underlying message and do something about it.

Bila peminat-peminat saya melaungkan WORLD, WORLD saya jawab, WORLD,WORLD juga tapi akhirat jangan lupa. Mudah-mudahan mereka akan dapat menangkap maksud yang tersirat dari mesej itu dan melakukan sesuatu.

Sikap Mawi yang sebeginilah yang barangkali telah memikat dan menambat hati Tok Guru MB Kelantan dan saya yakin juga sebahagian besar pencinta Islam. Dalam temuramah itu Mawi turut ditanya berkenaan undangan kerajaan negeri Kelantan kepada beliau untuk menjayakan sebuah konsert di sana, kata Mawi:

Like I said earlier my sole intention in joining AF was to support the family. Its pretty simple. If PAS invites me to perform then I will oblige. It goes the same for other political parties, PAS, Dap or Umno. Its my job as a singer to entertain. So why not.

Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, tujuan utama saya menyertai AF adalah untuk membiayai keluarga saya. Ianya mudah. Jika PAS jemput saya untuk beraksi saya akan pergi. Malah sama sahaja untuk lain-lain parti politik samada PAS, Dap atau Umno. Sebagai penyanyi tugas saya adalah untuk menghibur. Mengapa tidak.

NST dalam temuramah itu telah cuba mencungkil kecenderungan politik Mawi, dan Mawi secara pintar menjawab:

Thats a tough one. Lets put it this way. Ive been exposed to politics back home in Kulai. I was a regular at ceramah. I made it appoint to attend them merely to keep up with the latest news, thats all. For now, I dont think I am in the right position to comment on where my political beliefs and convictions stand.

Ini satu soalan yang sukar. Macam nilah, saya telah terdedah kepada politik sejak di kampong di Kulai. Saya salah seorang yang tetap ke majlis-majlis ceramah. Saya hadir semata-mata untuk mengetahui perkembangan semasa, itu sahaja. Buat masa ini saya rasa tidak sesuai untuk saya memaklumkan tentang pendirian dan kecenderungan politik saya.

Bila ditanya lagi parti manakah yang diundinya (dalam pilihanraya umum lalu) , jawapan yang diberi Mawi hampir serupa dengan jawapan mereka yang cenderung kepada gerakan Islam tetapi tertekan kerana situasi sekeliling seumpama Mawi, kata beliau:

Hey isnt that supposed to be confidential. (Hey tidakkah itu sepatutnya satu rahsia).

Bagi saya respon yang diberikan Mawi kepada NST ini adalah respon seorang anak muda yang berhasrat mahu membawa perubahan dalam bidang yang dia memiliki keupayaan. Keberanian beliau untuk menerima undangan kerajaan PAS Kelantan adalah satu langkah yang positif dan bermakna.

Sebagaimana disebut oleh seorang sasterwan yang terkenal iaitu Puan Zurniah Hassan dalam suratnya kepada Astora Jabat di MINGGUAN MALAYSIA semalam yang bertajuk BERILAH PELUANG KEPADA FENOMENA MAWI, Zurinah menulis:




Program macam Akademi Fantasia bersemarak dalam negara. Kalau boleh dihapuskan memang bagus. Tapi kalau tak boleh kita cuba kawal dan bawa kea rah kebaikan.

Astora! Marilah kita beri peluang pada Mawi untuk bawa kebaikan. Kita bimbang kalau boleh. Jangan hentam keran itu boleh membunuhnya dan kita kehilangan satu peluang yang baik untuk kebaikan generasi muda dan masyarakat seluruhnya.

Terpulanglah kepada penerimaan kita masing-masing. Bagi saya dalam hal ini saya selesa dan akur dengan bacaan dan firasat Tok Guru serta langkah-langkah yang sedang beliau ambil, dan insyallah saya tidak akan sekali-kali berkongsi pandangan apa lagi bersetuju pula dengan Astora. Wallahualam.
 Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59