Friday, 2 September 2005



Tuan Guru sedang di temuramah selepas pertemuan beliau dengan Ketua Polis Negara. .......Apakah ada harapan untuk demokrasi bersinar semula. Itulah harapan kita setelah beberapa peristiwa yang menyayat hati di Terengganu baru-baru ini. Rakyat yang tidak berdosa dihukum dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air oleh water canon. Kezaliman dan keangkuhan Polis sampai ke kemuncak apabila sanggup melepas gas pemedih mata ke dalam Masjid Batu Enam. Posted by Picasa




Orang ramai disaran supaya berhati-hati memakai Gelang Getah bertulis I love Jesus. Sejak kebelakangan trend memakai gelang getah ini dilihat menular dikalangan muda-mudi. Tetapi apa yang mengejutkan seorang bapa di Negeri Sembilan terkejut apabila mendapati sehelai gelang getah yang dibeli oleh anaknya tertulis I love jesus.  Posted by Picasa




Roslan SMS menulis...........Selesaikah masalah AP dengan satu pelukan?

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan still shots drama Rafidah Aziz menerpa dan memeluk Tun Dr Mahathir sejurus selesai perarakan Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke 48 di Putrajaya semalam.

Dan sebagaimana yang dijangka gambar detik-detik dramatik itu telah disiarkan dihampir kesemua akhbar tempatan hari ini. UTUSAN membawa tajuk:

Rafidah menangis peluk Dr Mahathir

Walaubagaimana pun UTUSAN tidak pula merakamkan perbualan yang berlaku antara kedua-dua pihak yang berlangsung selama lebih kurang 2 minit yang disaksikan oleh kalangan VIP dan para pegawai yang bertugas di pentas kenamaan itu.



Menurut NST:

Several Cabinet Ministers and VIPs, who witnessed the scene, applauded approvingly. An aide of Dr Mahathir said he heard Rafidah seeking forgiveness from the former prime minister.She said something to this effect, saya minta maaf, Tun (I am sorry, Tun). Tun (Mahathir) smiled and said, sabar, sabar (be patient).

Dan NST turut memuatkan reaksi Tun Dr M dengan menyebut:

One parliamentary secretary said Dr Mahathir looked tidak selesa (uncomfortable) when Rafidah hugged him. He was just smiling.

Dalam keadaan tertekan Rafidah dikira cuba mencuri kesempatan ketika mengetahui pihak pemberita dan jurugambar berada di sekeliling pentas kenamaan. Pelukan beliau yang tidak dijangka tu sudah pasti telah memeranjatkan Tun Dr M yang memang kelihatan kurang senang namun memaksa dirinya tersenyum kerana menghormati majlis.

Melalui aksi sedemikian Rafidah cuba menunjukkan kepada dunia bahawa tidak ada lagi masalah antara beliau dan Dr M. Semuanya dah forgive and forget (dimaaf dan dilupakan).

Sedangkan isu yang dibangkitkan oleh Dr M berkenaan masalah pasaran kereta nasional, masalah AP yang berleluasa semuanya adalah masalah yang membabitkan kestabilan ekonomi negara yang tidak ada hubung kait dengan hubungan peribadi kedua belah pihak.

Pelukan murah Rafidah itu sudah pasti tidak dapat meluputkan seribu satu persoalan yang bebangkit dari pendedahan Dr M dahulu. Takkanlah dengan satu dakapan habis semua isu yang dibangkitkan hangus begitu sahaja. Seorang VIP yang memerhatikan aksi drama itu dengan senang hati berkata dalam NST:

This happy ending should be good for everyone. (Kesudahan yang bahagia ini sudah pasti mengembirakan semua pihak).

Yang pasti Rafidah masih berhutang jawapan dan penjelasan dengan rakyat dan kerajaan Pak Lah masih berhutang tindakan yang masih belum diambil terhadap mana-mana pihak yang telah didedahkan dalam skandal ini.

Sementara itu banyak pihak tidak senang hati dengan cara Rafidah memeluk erat Dr M di khalayak ramai. Sungguhpun Rafidah barangkali menganggap Dr M itu sebagai bertaraf bapa beliau, namun mereka berdua bukanlah mahram dari sudut hukum.

Ini mengingatkan kita kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada awal bulan Ogos lalu ketika mengulas insiden berpeluk-pelukan antara para peserta dalam satu rancangan realiti TV, kata Najib sebagaimana dipetik THE STAR (13/8/05):

No hugging please we are Muslims (Harap jangan berpeluk-pelukan, kita umat Islam)

Najib menambah dalam kenyataan itu:

This is not a question of young or old people hugging. This is about religion. It is forbidden in the religion(Ianya bukan soal yang muda memeluk yang tua. Ini soal agama. Ianya dilarang oleh agama.)

Harap Najib jangan tegur realiti TV sahaja, Menteri yang menerkam dan beraksi macam realiti TV pun harus ditegur. Kesihan Tun Dr M.
 Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59