Thursday, 1 September 2005

SURAT TERBUKA OLEH Dr LO' LO' KEPADA PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR


PENOLAKAN LAWATAN DAN SUMBANGAN CENDEREHATI PIMPINAN
BARISAN ALTERNATIF KEPADA PESAKIT-PESAKIT SEMPENA
SAMBUTAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 2005

SAYA MEWAKILI URUSETIA PROGRAM ZIARAH MERDEKA 2005
ANJURAN WANITA BARISAN ALTERNATIVE YANG TERDIRI DARI
MUSLIMAT PAS DAN WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT MERASA
TERPANGGIL UNTUK MENYATAKAN BANTAHAN DAN KEKESALAN
ATAS PENOLAKAN TERSEBUT. WAKIL WANITA BA TELAH MEMBUAT
PERMOHONAN RASMI KEPADA PIHAK TUAN SEJAK PERTENGAHAN
BULAN OGOS, TETAPI AKHIRNYA SETELAH 5 HARI LAGI
SEBELUM PROGRAM WAKIL TERSEBUT TELAH DIMAKLUMKAN
TENTANG PENOLAKAN TERSEBUT ATAS ALASAN 'ARAHAN DARI
ORANG ATAS'. INI TELAH MENYEBABKAN PIHAK URUSETIA
ZIARAH YANG TELAH BANYAK MEMBUAT PERSIAPAN TERPAKSA
SECARA TERGESA-GESA MEMBUAT PERMOHONAN LAIN KEPADA
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

ADALAH AMAT DIKESALKAN SEMASA PERAYAAN MERDEKA PIHAK
TUAN MASIH TIDAK BEBAS DAN TIDAK MERDEKA LAGI DARI
MENTALITI YANG DIJAJAH SEHINGGA MEMBUAT KEPUTUSAN
MENOLAK PERMOHONAN RASMI LAWATAN DAN SUMBANGAN
CENDERAHATI DARI PIMPINAN PARTI POLITIK YANG
BERFDAFTAR SECARA SAH DI MALAYSIA.

PERLUKAH PIHAK KAMI MENGINATKAN BAHAWA HOSPITAL KUALA
LUMPUR DIDIRIKAN ATAS DUIT RAKYAT SELAKU PEMBAYAR
CUKAI, BEGITU JUGA GAJI TUAN PENGARAH DAN SELURUH
KAKITANGAN HOSPITAL JUGA DIBIAYAI OLEH
PEMBAYAR-PEMBAYAR CUKAI SAMADA YANG MENYOKONG PARTI
YANG MEMERINTAH MAHUPUN PARTI PEMBANGKANG. OLEH ITU
KAMI DARI PARTI PEMBANGKANG BERHAK UNTUK DILAYAN
SEWAJARNYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERDAULAT.

SAYA SENDIRI SELAKU DOKTOR PERUBATAN TELAH MENYUMBANG
KHIDMAT SAYA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA SELAMA 22
TAHUN IAITU 7 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM TERMASUK
DI HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUL ( SEKARANG HOSPITAL
KUALA LUMPUR ). APAKAH SELAKU SEORANG DOKTOR
PERUBATAN, PEMBAYAR CUKAI DAN RAKYAT MALAYSIA YANG SAH
SERTA DOKTOR YANG BERTAULIYAH SAYA DAN SELURUH
PIMPINAN, AHLI DAN PENDOKONG BARISAN ALTERNATIF LAYAK
DILAYAN SEBEGINI RUPA.

TINDAKAN TUAN MENCERMINKAN SIKAP TIDAK PROFESIONAL
PIHAK DAN DIRI TUAN SELAKU PEGAWAI TINGGI KERAJAAN.
SIKAP TUAN JUGA MEMBERIKAN IMEJ 'MENTALITI DUNIA
KETIGA' KEPADA HOSPITAL KUALA LUMPUR YANG DIBAWAH
PENTADBIRAN TUAN. SAYA MENGHARAPKAN PIHAK TUAN MEMINTA
MAAF SECARA TERBUKA DAN TIDAK MENGULANGI TINDAKAN YANG
SAMA PADA MASA KAN DATANG.

SAYA JUGA DISINI MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN
JUTAAN TERIMKASIH KEPADA PENGARAH PUSAT PERUBATAN
UNIVERSITI MALAYA DAN SELURUH KAKITANG BELIAU YANG
TELAH MEMBERI KERJASAMA YANG SANGAT BAIK. SIKAP
PROFESIONAL PENGARAH PPUM DAN PENGHARGAAN BELIAU
SESAMA RAKAN SENEGARA YANG DICINTAI INI AMAT KAMI
SANJUNG TINGGI.

SEKIAN, TERIMAKASIH DAN SALAM SEJAHTERA.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DR LO'LO' BT HJ MOHAMAD GHAZALI
PENYELARAS I PROGRAM
PIKNIK DAN ZIARAH MERDEKA 2005
WANITA BARISAN ALTERNATIF


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59