Tuesday, 30 August 2005

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA ANJURKAN EKSPEDISI DAKWAH MALAM INI DI AYER KEROH


Melaka 30 Ogos : DPPN Melaka akan menganjurkan program ekspedisi dakwah bertemu orang ramai sambil mengedarkan risalah gejala sosial dan maksiat di tapak sambutan di Ambang Merdeka di Ayer Keroh malam ini, bermula jam 11.30 malam.

Difahamkan program gema kemerdekaan ini akan turut disertai oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Wira Ali Rustam. Seperti biasa pertunjukan nyanyian dijangka akan diadakan kerana ianya sudah menjadi 'rukun' wajib dalam setiap program kerajaan Islam HAD HARI.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah menyeru seluruh pemuda PAS negeri Melaka agar sama-sama turun menjayakan program tersebut yang turut dihadiri oleh Naib Ketua DPP Pusat Sdr Mazlan Aliman.

Sebelum itu Mazlan akan memeriahkan sambutan gema kemerdekaan anjuran DPP Kawasan Masjid Tanah di Dataran Pasir Gembur, Tg Bidara. Majlis dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api. Selepas program pertunjukan ini Mazlan Aliman akan berceramah di dataran tersebut.




DIPETIK DARI LAMAN MALAYSIATODAY BACALAH PETIKAN DI BAWAH ....
------------------------------------------------------

Saya sertakan rentetan ringkas tindakan anjing-anjing
UMNO bertopi merah menghalang ceramah PAS dari
1.7.2001 sehingga sekarang:

1. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd.Noor Hamat [anak
kelahiran negeri Kelantan] dan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Selangor, SAC II Abu Bakar Mustafa telah
menceroboh Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari
khamis 20.11.2003 jam 3.20 ketika Mesyuarat Ketiga
Penggal Kelima berlangsung [ kerebutan berlaku kerana
Teng telah digantung [mengemukakan usul membincang kes
dakwaan rasuah Khir Toyo] dan diarah meninggalkan
dewan oleh Yang DiPertua tetapi Teng enggan kerana
penggantungannya tidak mengikut peraturan dan pihak
polis dipanggil ] dan mengheret YB. Teng Chang Khim [
ADUN Bandar Klang dari DAP ] keluar dewan. Saya telah
meneliti Akta Polis 1967, tidak ada peruntukan
undang-undang yang membolehkan mana-mana pegawai polis
masuk ke dalam dewan menganggu persidangan dewan
kerana dewan membenarkan ahli-ahlinya berbahas apa
saja yang menyentuh kepentingan rakyat [bukan
peribadi] dan ahli-ahli ini ada imunitinya tersendiri.


2. Seorang lagi Ketua Polis Negeri yang bertugas
kerana untuk mu UMNO, iaitu bekas Ketua Polis Negeri
Terangganu, SAC 1 Othman Talib yang kemudiannya
ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai Ketua Polis Negeri.
Semasa beliau bertugas di Terangganu, beliau tidak
menghormati langsung kerajaan negeri yang ditadbir
oleh PAS yang dipilih oleh rakyat secara sah. Oleh itu
timbul konflik di antara kerajaan negeri pimpinan PAS
dengan pasokan polis. Pasokan polis di bawah pimpinan
Talib bersikap begitu keras terhadap PAS. Kebanyakan
aktiviti-aktiviti PAS dihalang seperti menghalang
program HIMPIT 2002 sehinggakan pihak PAS terpaksa
mengadakan tipu-helah mengelirukan pihak polis dengan
memindahkan tempat program secara �short notice� yang
menyebabkan pihak polis terpinga-pinga mengepong
padang bandaran yang kosong tidak berorang, tetapi
aktiviti-aktiviti UMNO dibenarkan sehinggakan dalam
satu majlis anjuran UMNO, beliau pernah naik ke pentas
UMNO berceramah untuk UMNO.

PDRM sebagai pelaksana undang-undang telah mencabul
dan menentang undang-undang yang dibuat oleh kerajaan
negeri iaitu Enekmen Hiburan dan Panggung Wayang
dengan membawa masuk konsert berunsur maksiat tanpa
kelulusan kerajaan negeri. Konsert ini diadakan di dua
tempat berasingan, pada malam 6.9.2002 , konsert
diadakan di padang Batalion ke 9 Pasukan Gerakan Am
[PGA] dan pada malam 7.9.2002 diadakan di padang UiTM
Dungun, Terangganu. Dalam pada itu, Othman telah
mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong dan
memberi kerjasama dalam perlaksanaan Enekmen
Undang-undang Syariah Terangganu yang diluluskan oleh
DUN dalam satu persidangan khas pada 7,8 dan 9.7.2002.

3. SAC I Johar Cik Din ketika itu Ketua Polis Negeri
Selangor merupakan salah seorang penyokong kuat Umno .
Beliau juga yang mengarahkan segala bentuk ceramah dan
program PAS dan KeAdilan diganggu termasuk mengepung
Tuan Guru Dato� Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan dengan
FRU di kawasan masjid di Tanjong Karang. Beliau
jugalah yang bermati-matian meyakinkan anggota
bawahannya bahawa DSAI memang kaki liwat dan
macam-macam lagi. Apa khabar Jo sekarang?

Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau mengetuai
pasokan polis mengganas dalam Perhimpunan 100,000
Rakyat di Lebuhraya Kesas pada petang 5 November 2000.
Majlis ini adalah anjuran parti Keadilan di Kebun
Bunga, Kelang. Pasukan polis bertindak menghalang
perhimpunan ini secara kekerasan sehingga menyebabkan
kesesakan lalu lintas yang panjang berkilo meter di
Lebuh Raya Kesas.

Ketika itu semua pemimpin besar BA termasuk Almarhum
Dato� Fadzil Mohd.Noor, Dr.Syed Hussin Ali, Lim Kiat
Siang dan Datin Seri Wan Azizah [berkerusi roda kerana
sakit kaki] disembur dengan asid dan ditembak dengan
gas pemedih mata dan dihalau seperti anjing kurap.
Yang paling dahsyat apabila beliau mengarahkan
Inspektor Dayang supaya menelanjang bulatkan salah
sorang dari reformis wanita yang ditahan dalam
perhimpunan rakyat itu.

Peristiwa yang amat memalukan dan diluar batas-batas
kemanusiaan itu berlaku di Balai Polis Kapar, apabila
seorang wanita bernama Norazaimah dipaksa bertelanjang
bulat kemudian disuruh `enjut ketampi` 100 kali dalam
keadaan wanita itu datang haid. TV Singapura
menyiarkan Mat Sabu dipukul oleh polis. Tindakan
biadap pasokan polis ini dibawa ke parlimen oleh Ahli
Parlimen Pokok Sena ketika itu saudara Mahfuz Omar
untuk dibincangkan pada 8 November 2000. Tindakan
ganas polis ini telah mendapat teguran dari pihak
SUHAKAM kerana melanggar Akta Polis 1967 seksyen 27(3)
dan seksyen 27B dalam akta yang sama serta melanggar
Hak Asasi Manusia yang digariskan dalam piagam PBB
yang Malaysia juga turut menandatanganinya.

SUHAKAM telah mengeluarkan laporan khas mengenai
peristewa ini pada 20.8.2001 setelah 4 bulan
[29.12.2000 hingga 29.4.2001] menjalankan siasatan
rapi yang melibatkan pelbagai pihak yang terlibat, 30
orang awam dan 16 anggota polis yang terlibat. Apa
yang menarik dalam laporan tersebut ialah : �Saksi
polis memberi testimony yang telah disediakan dan
tidak mampu menjawab soalan spontan dan ada yang
memberi jawaban yang bertentangan. Ramai polis yang
tidak menjawab soalan dan mengatakan saksi berikut
akan menjawab soalan itu dan saksi berikutnya menjawab
soalan terdahulu dan tidak boleh menjawab soalan
baru�.

4. Begitu juga pasukan polis mengambil tindakan
kekerasan ketika menyuraikan ceramah PAS di Kampung
Malau, Jitra, Kedah pada 14 Februari 2001, ceramah
Tuan Guru Dato� Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika itu
sebagai MB Terangganu dan Mat Sabu di Sabak Bernam,
Selangor pada 17 Februari 2001. Allahyarham Dato�
Fadzil Noor di Bukit Hijau pada 6 Julai 2001, Kuala
Selangor Sempena Sambutan 50 Tahun PAS di Markasnya
sendiri. Ustaz Fadzil telah menulis surat bantahan
kepada Ketua Polis Selangor ketika itu Nik Ismail dan
salinan kepada Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad
Badawi dan kepada Ketua Polis Negara. Pada 12 Julai
2001 juga, di Kubang Pasu pasokan polis menahan 18
orang dan menyembur air kimia bagi menyuraikan
perhimpunan. Pada 11 April 2002, pasukan polis
menghalang ceramah PAS di markas Kubang Rotan, Kedah
sebaik sahaja Mat Sabu hendak berucap pasokan polis
menganas dan menceroboh ke dalam perkarangan Markas
PAS dan menahan 4 orang. Operasi ini diketuai oleh
Timbalan OCPD Abdul Jalil Abdul Wahab dan dibantu oleh
DSP Zahari Ahmad. Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Mohd.
Nasir Mustafa bertindak menyaman Ketua Polis Kota
Setar, KPN dan Kerajaan di Ibupejabat Polis Daerah
Kota Setar pada 30 April 2002 jam 9.30 pagi. Pasokan
polis selamat kerana ia dilindungi oleh UMNO, yang
mana UMNO juga memerlukan khidmat pasokan polis untuk
survivalnya. Perlu memerlukan satu sama lain.

5. Ada satu peristiwa di Kampung Kubang Bok, Kuala
Ketil pada 10 Febuari 2002 yang menjadi kontroversi di
peringkat negara sehingga kini tidak terjawab.
Peristiwa pasukan FRU, PGA, SB dan polis trafik
mengepung kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit
di sekeliling kawasan ceramah menggempur kawasan itu
dengan melepaskan gas pemedih mata, mengejar,
menangkap dan malah ada yang kena pukul bertempiaran
lari, kanak-kanak menangis terkena gas pemedih mata
dan Nik Aziz MB Kelantan dibawa lari dengan motosikal
dari kepungan polis meredah sungai dan belukar di
tengah malam buta dalam kesejukan dini hari.

Bayangkan betapa hapraknya UMNO memperalatkan pasokan
polis, seorang MB diperlakukan sebegitu rupa, hendak
berucap saja dan hendak bertemu mata dengan rakyat,
bukan menghasut rakyat berarak menentang UMNO secara
kekerasan. Dalam peristiwa itu sebuah trak polis buruk
terbakar dan seorang pegawai polis bernama Supt.
Hassan Ismail, OCPD Baling mendakwa beliau dilontar
plastik berisi cuka getah menyebabkan badannya terasa
gatal-gatal. Hassan dengan sombong menyebut bahawa: �
dia laksanakan undang-undang dan dia tidak menghormati
undang-undang�. Disamping itu, Hassan juga tidak
membenarkan ADUN Bukit Raya, Kedah seorang peguam YB
Taulan Rasul berjumpa dengan orang-orang yang ditahan
pada malam itu bertentangan dengan Perlembagaan
perkara 5(3) artikel hak asasi manusia. Allahyarham
Dato' Fadzil Mohd Noor dengan beberapa pemimpin PAS
kedah telah membuat laporan polis dan sehingga kini
tidak ketahui kedudukan perkara sebenar dan
Allahyarham bangkitkan peristewa ini di parlimen untuk
dijadikan rekod rujukan genarasi akan datang.

6. Siri �brutal� yang dilakukan oleh seorang lagi
pegawai polis, Hussein Bappo, Ketua Polis Alor Setar,
Kedah mengetuai pasokan polis melakukan keganasan
seperti berikut:

i. Pada 28.7.2001 - Menyembur air kimia, gas pemedih
mata, merampas kamera, merampas pembesar suara dan
menangkap 3 orang yang bertanggungjawab menganjurkan
ceramah di markas UPU Kampung Tualang, Pokok Sena.

ii. Pada 8.8.2001-Mengempur dan menangkap 3 orang yang
menganjurkan ceramah di SM Agama Taklimiah, Telok
Keling, Pokok Sena.

iii. Pada 20.9.2001- Mengempur ceramah PAS di markas
PAS UPU Anak Bukit, di Alor Pial. Alor Setar. Operasi
ini dibantu oleh DSP Nagaratnam dan ASP Abdullah Sani.
Pada masa yang sama UMNO juga membuat satu ceramah di
Suka Menanti, Alor Setar, pasokan polis tidak
menganggunya dan majlis yang dianjurkan oleh UMNO
dapat berjalan dengan lancar.

iv. Pada 5.10.2001 - Memotong kunci pintu pagar dan
menceroboh masuk menghentikan program pelancaran
kempen �sekampit beras�. Operasi ini diketuai oleh
Supt. Abdul Jalil Abdul Hamid dan dibantun oleh ASP
Che Man, Inspektor Zahari dan Inspektor Suhaimi.

v. Pada 19.10.2001 - Menangkap 5 orang dan
menghentikan demontrasi bantah keganasan AS terhadap
umat Islam di Masjid Derga, Alor Setar.

vi. Pada 20.10.2001 - Menceroboh dan menghentikan
program ceramah di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah, di
Kubang Roran[ kawasan MB Kedah Syed Razak]. Ketua
Pemuda PAS Kedah, Aris Awang membuat laporan polis
pada 29.10.2001.

vii. Pada 30.11.2001- Menceroboh dan menghentikan
ceramah yang disampaikan oleh Presiden PAS yang juga
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Allahyarham Dato�
Fadzil Mohd. Noor dengan 7 buah trak FRU dan sebuah
kren di Kampung Huma Padang Hang [MTD Anak Bukit].
Komen Fadzil : �Semua syaitan dalam bulan puasa ini
dirantai, tetapi kita tidak tahu kalau-kalau masih ada
yang tidak dirantai atau masih ada mereka yang lebih
jahat dari syaitan�.

7. Penghinaan terhadap Haji Hadi, Nik Aziz dan
lain-lain pemimpin kanan PAS terus dilakukan oleh
pasokan polis dengan tidak dibenarkan berucap dalam
Majlis Makan Malam Sempena Gagasan Selatan yang
diadakan di Lot 1476 Kampung Ismail Ampangan, Negeri
Sembilan pada malam 31 Ogos 2003 sempena hari
Kemerdekaan ke-46.

8. Satu lagi peristiwa yang juga turut menimpa Haji
Hadi ialah yang berlaku pada 7 September 2003 di
markas PAS Kampung Chempaka Lancang, Temerloh, Pahang.
Pasukan polis telah mengepung kawasan itu dengan
mengadakan sekatan jalan raya dari semua arah yang
menuju ke kawasan tersebut. Ini adalah majlis taklimat
dalaman parti dan majlis perasmian yang dilakukan oleh
pemimpin tertinggi PAS yang juga seorang MB [ketika
itu]yang sah yang memerintah sebuah negeri yang
berdaulat, seperti juga dengan MB-MB yang lain. Sama
taraf dan sama kedudukan. Haji Hadi dibenarkan berucap
30 minit sahaja dan memaksa majlis tersebut
dihentikan.

Pencerobohan dan gangguan pasokan polis di negeri
Melaka adalah seperti berikut :

i. Ganggu ceramah Allahyarham Fadzil Noor di Madrasah
Munawwarah Durian Tunggal [ sepatutnya majlis ini
diadakan di Markas PAS di Alor Gajah, pasokan polis
menyekatnya].

ii. Ganggu ceramah Haji Hadi di Markas PAS di Dataran
Sri Hamas.

iii. Ceramah Mat Sabu terpaksa dibatalkan yang cadang
diadakan di Kampung China Besar, Alor Gajah. Dr. Syed
Azman Ahmad di Tampoi, Dato� Ishak Baharom di
Pengkalan Rama, Sidik Nor di Alai dan membatalkan
program pelancaran Buletin PAS Melaka di Batu
Berendam.

vi. Ceramah Dato� Dr.Hassan Ali di Pejabat PAS Negeri
terpaksa dibatalkan. Cermah Mahfoz Omar juga terpaksa
dibatalkan di Madrasah Al-Munawarah, Kampung Pulau,
Durian Tunggal. Program Mat Sabu untuk melancarkan
pelancaran tabung pelarian Afghanistan di Pasti Jaya
Insan, di Bukit Katil juga pasokan polis memaksa
dihentikan. Program UMNO di Bukit Katil, Air Molek,
Bukit Beringin dan Durian Tunggal, pihak polis biarkan
tanpa diganggu.

9. Pada 17.1.2004 Menteri Besar Selangor, Dr Mohd.Khir
Toyo memperalatkan pasukan polis bagi menggagalkan
program anjuran Barisan Alternatif yang pada asalnya
dijadualkan berlangsung di Tapak keADILan, Batu 39,
Sabak Bernam akibat terpaksa dipindahka ke Tebuk
Pulai, di Sabak Bernam Selangor. Pasukan polis menutup
dan mengadakan sekatan jalan raya seluruh jalan dan
lorong menuju ke tempat majlis yang akan diadakan itu
mengakibatkan kesesakan lalulintas amat teruk sekali
dan majlis tersebut lewat diadakan hampir pukul 10.45
malam. Majlis di Sabak Bernam merupakan destinasi
ketiga, selepas Arau dan Alor Setar dalam siri
road-show pimpinan Pemuda BA menjelaskan isu-isu
semasa ke seluruh Negara dalam program �Jelajah
Perdana Pemuda BA �.

10. Pada malam 24.1.2004 dalam Majlis Pelancaran
Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di Markas keADILan
Pasir Salak di Permatang Pelanduk, pasokan polis
dengan 8 buah trak dengan lebi 200 orang FRU lengkap
bersenjata dan water canon telah menyerbu ke dalam
kawasan markas membelasah dan menyepak terajang rakyat
marhaen yang hadir untuk menyokong perjuangan Anwar
Ibrahim yang sudah pun boleh terbang bebas.
Berikut cacatan rentetan peristiwe di atas:

1. Roadblock oleh pasokan polis telah dibuat di setiap
pintu masuk ke lokasi program seawal jam 6.00 petang
lagi. Antaranya jalan masuk utama ke Kpg.Gajah dari
Teluk Intan � Cenderung Balai. Semua kenderaan melalui
kawasan itu akan digeledah luar-dalam.

2. Sebaik-baik saja Sdr. Muhaimin Sulam Ketua Dewan
Pemuda PAS Perak selaku MC memulakan program pada jam
9.30 malam, kunjungan rakyat marhaen mula bertambah.

3. Ketika Tuan. Hj. Othman Abd. Rahman selaku
Pengerusi keADILan Negeri Perak yang juga Ketua
keADILan Bahagian Pasir Salak berucap, Ezam Mohd. Noor
Ketua Pemuda keADILan bersama rombongannya tiba di
lokasi. Di saat itu kawasan markas mula sesak dengan
ribuan rakyat .

4. Beberapa minit kemudian seorang lelaki pertengahan
umur dengan walkie talkie di tangannya [SB] dan pada
ketika itu mantan YB Usaili Adun Bota juga selaku Ahli
MPT keAdilan sedang berucap. Di luar kawasan markas
sudah menanti ratusan FRU, 8 buah trak dan sebuah
water canon serta puluhan SB untuk bertindak
membatalkan program.

5. Apabila Sdr. Muhaimin Sulam selaku MC mempersilakan
Ezam seawal jam 10.20 malam untuk berucap dan
seterusnye melancarkan GAB peringkat Negeri Perak.
Tidak sampai pun 20 minit Ezam berucap OCPD Teluk
Intan Sup. Ismail bersama pembantunya DSP Arjunaidi
menerjah masuk dan terus naik ke pentas untuk
menghalang Ezam daripada terus berucap. Mengiringi
Ismail adalah ratusan FRU lengkap dengan senjata
anti-rusuhan.

6. Situasi mula tegang, para reformis dari KL dan
warga tempatan mula mempertikaikan tindak tanduk polis
yang menganggu program rakyat itu. Macam-macam suara
yang dapat didengar: �Ini program rakyat, kami buat di
premis yang didaftarkan, apa pasal nak kacau.� �Gaji
engkau orang kami bayar, sedarlah diri sikit, jangan
jadi barua pemimpin zalim.� Malah seorang tua dengan
beraninya mencabar FRU: �Umur saya dah 65 tahun, kalau
nak buat apa buat lah..saya tak takut mati.�

7. Ezam meminta hadirin bertenang sementara
perbincangan di atas pentas dengan Ismail dibuat.
Ketika perbincangan dijalankan ketua FRU bername
Inspektor Aziz cuba mengadakan perbincangan dengan
beberapa orang reformis tetapi tidak mendapat layanan.
Kata Aziz: �Saya hanya mengikut arahan OCPD.� Dilema
yang terpaka ditempohi oleh anggota polis.

8. Untuk mententeramkan suasana gerombolan FRU tadi
dimintak beredar dari kawasan premis. Mereke pun
beredar tetapi berkumpul 30 metre dari situ. Setelah
berbincang lebih kurang 10 minit persetujuan telah
dicapai majlis berkenaan akan digantikan dengan
jamuan. Sdr. Abd.Ghani Harun Exco Pemude keADILan
Pusat meminta hadirin jangan beredar lagi. Ternyata
kesemua yang hadir tidak berganjak.

9. Lima minit selepas itu YB Usaili selaku ketua
perunding mewakili GAB bertekak dengan Ismail apabila
OCPD Teluk Intan merobah pendiriannya untuk tidak
mengizinkan program diteruskan walaupun diganti dengan
majlis jamuan kerana ini juga boleh menarik perhatian
rakyat .

10. Ismail dan Arjunaidi dikerumuni semula oleh para
petugas GAB sementara Usaili terus mempertikaikan
`lidah biawak` Ismail. Situasi kembali tegang. Ismail
mengarahkan agar FRU masuk semula kedalam premis.

11. Pentas mula dipenuhi para petugas GAB. Sdr.
Zoolhelmi Ketua Pemuda keADILan Negeri Perak dan
beberape pemuda lain bediri diatas tangga pentas.
Arjunaidi yang begitu ghairah untuk naik ke pentas.

12. Akhirnye setelah puas YB Usaili bertekak dengan
Ismail, maka penganjur pun memutuskan untuk
menangguhkan majlis dengan bacaan doa. Ismail dan para
anggotanya diminta beredar oleh Usaili.

13. Ismail tidak mahu beredar kerana katanya dia mahu
mengaminkan sama doa tersebut.

14. Doa dibacakan oleh Sdr.Nor Fazli Musa, pimpinan
Dewan Pemuda Pas Perak.Kata orang beliau juga
merupakan pegawai kanan di Mahkamah Syariyyah Daerah
Manjung. Bacaan doa mengambil masa lebih kurang 10
minit. Ketika doa dibaca, Ismail seolah-olah tidak
sabar-sabar untuk mengarahkan pasokannya bertindak
ganas terhadap para hadirin.

15. Sebaik-baik sahaja doa berakhir, tiba-tiba
Arjunaidi merampas pembesar suara di atas pentas. Zool
Helmi terpaksa menghalang Arjunaidi. Maka berlakulah
tarik menarik diantara kedua-duanya. Usaili dan Hj
Othman mempertikaikan apa hak polis merampas pembesar
suara. Ismail buat-buat tidak dengar saja. Ketika
tarik menarik pembesar suara itu berlaku tiba-tiba
sahaja lampu terpadam dan di saat gelap gelita itulah
FRU menyerbu terus membelasah menyepak terajang rakyat
yang memenuhi ruangan di premis keADILan Pasir Salak.
Hadiah istimewa dterima rakyat.

16. Setelah lampu dihidupkan semula lebih kurang lima
minit kemudian, Zool Helmi didapati cedera parah.
Ghani Harun, Muhaimin, Nor Fazli benjol dan ramai lagi
yang lebam biru. Di saat inilah Zool Helmi, Muhaimin
dan Nor Fazli diheret oleh polis tanpa belas kasihan.
YB Usaili pun sudah diheret tetapi dilepaskan setelah
beliau berkata: �Saya wakil rakyat, mengapa layan saya
seperti ini.� Ini layanan mesra rakyat.

17. SD Johari, Ketua Pemuda keADILan Selangor, Zamil
Ketua Pemuda keADILan Kedah dan seorang pimpinan
Pemuda Pas dicekup ketika melalui road block polis
pada kira-kira jam 1.00 pagi. Keenam-enam pemimpin
pemuda gagah berani itu ditahan semalaman di Lokap
Polis Teluk Intan sebelum dibebaskan pade tengah hari
25 Januar 2004 [Nota : Ubah sesuai catatan Saudara
SiSongkok Tinggi Kapar yang disiarkan di Laman Marhaen
pada 25.1.2004].

11. Dan akhir sekali pada 26.8.2005 sempena
Kemerdekaan negara ke 48 dalam dalam bulan Rejab bulan
Israq dan Mikraj, sekali lagi anjing-anjing ini
bertindak ganas menghentikan ceramah PAS di Batu 6,
Masjid Taqwa dengan melepaskan gas pemedih mata atas
perintah Idris Jusuh MB barua yang penakut untuk
berlawan secara anak jantan. Bertindak memperkudakan
dan memperalatkan anjing-anjing ini untuk berhadapan
dengan PAS.


 Posted by Picasa


SAYA TIDAK AKAN PASANG JALUR GEMILANG - DATO' DR HJ HASSAN ALI



Gambar Hiasan

Durian Tunggal, Melaka 30 Ogos : Naib Presiden PAS, Dato' Hj Hassan Mohd Ali menegaskan bahawa beliau tidak akan memasang jalur gemilang samada di kereta atau di rumahnya selagi segala penyelewengan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan Islam HAD HARI sekarang ini tidak diberhentikan. Beliau menyatakan demikian ketika berceramah di Rumah Ayahanda kepada Hj Ibrahim Abdul Rahman (YDP PAS Kawasan Seremban) di Kampung Gangsa di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya, Dato' Hassan menegaskan bahawa bila terpandang saja bendera Malaysia, beliau terbayangkan wajah Rafidah Aziz yang terkenal dengan 'perniagaan' APnya. Sehingga ke hari ini Rafidah gagal menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, tambah beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Antara permintaan Tun Mahathir ialah agar Rafidah menyenaraikan semua penerima-penerima AP individu kerana senarai AP yang dikeluarkan sebelum ini adalah penerima AP Syarikat. "Kegagalan mengeluarkan senarai AP ini menunjukkan kepada kita bahawa seolah-olah yang tidak kena kerana kita mengjangkakan bahawa terdapat nama-nama yang hendak disembunyikan" tambah Dr. Hassan.

Selain itu Dr. Hassan juga mengkritik cara sambutan perayaan bulan kemerdekaan ini kerana ianya sering diisi dengan program-program yang melalaikan seperti percampuran lelaki dan wanita, konsert, tidak menghormati waktu sembahyang dan sebagainya. Kita juga bimbang dengan keadaan sekarang kerana masjid-masjid juga kosong tanpa manusia ketika waktu sembahyang.

Rakyat juga semakin hari semakin dibebankan dengan harga barang yang semakin naik sekarang. Bayangkan suami isteri yang bekerja kilang dengan gaji RM600 atau RM700, apa yang mereka boleh beli dengan beban menanggung persekolahan anak, belanja seharian dan sebagainya kata Dr. Hassan, bagaimana mereka ini hendak 'survive' tanya Dr. Hassan. Apa ertinya kemerdekaan kalau perkara-perkara tidak dapat diatasi dan rakyat semakin sengsara, jelas beliau.

Selagi perkara-perkara ini tidak diselesaikan selagi itulah saya tidak akan menggantung bendera Malaysia tegas Dr. Hassan lagi. Turut berceramah malam tadi ialah Us. Minghat Mamut, Timb. Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga YDP PAS Kawasan Alor Gajah serta Haji Ibrahim Abdul Rahman (YDP Kawasan Seremban) yang semata-mata pulang dari Seremban untuk meraikan majlis.

Ceramah yang dianjurkan di kawasan terbuka di perkarangan rumah tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak keselamatan di mana tiada seorang pun anggota-anggota Polis yang ber'uniform'. Cuma seorang dua sahaja anggota cawangan khas (SB) yang berpakaian 'freeman' yang hadir. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM atas kerjasama seperti ini Posted by Picasa


KHALID JAFFRI MENINGGAL


Sumber : Malaysiakini

Kuala Lumpur 30 Ogos : Penulis buku 'terkenal' iaitu "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri", Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, meninggal dunia kira-kira jam 3 petang tadi di Hospital Selayang di Kuala Lumpur akibat sakit yang dideritai beliau iaitu kencing manis.

Allahyarham Dato' Khalid, 65, meninggalkan seorang balu Datin Rozihan Abdul Ghani, 40, serta empat anak lelaki dan seorang perempuan iaitu Rezza, 20, Najib, 19, Nabila, 16, Nabil, 14, serta Iqbal, 10.


"


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59