Thursday, 25 August 2005

PENGAYUH BECA PUN DITIPU


Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa sekumpulan 11 pengayuh beca Muar yang menyertai pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2005 peringkat kebangsaan pada 17 Ogos lalu di Teluk Danga, Johor Bahru, mendakwa wang sagu hati RM100 yang dijanjikan dilesapkan orang tengah. (Siapa orang tengah ini?). Kejadian ini sungguh memalukan kerana orang susah macam pengayuh beca inipun ditipu.

Malah, rata-rata pengayuh beca berusia 50 tahun ke atas itu mendakwa mereka hanya diberikan RM10 oleh orang tengah yang dipertanggungjawabkan itu apabila kembali ke Muar keesokan harinya.

Seorang daripada pengayuh beca terbabit, Manap Khamis, 73, berkata lelaki terbabit menawarkan tempat kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam pelancaran program berkenaan dan dijanjikan kemudahan tempat tinggal dan makan minum.

Malah, turut dijanjikan wang sagu hati RM100 seorang yang akan diberikan apabila selesai majlis.

“Tetapi apa yang kami dapat hanyalah RM10 seorang yang diberikan ketika kami sampai ke Muar selepas pulang dari majlis itu.

“Kami bertanya kepada orang tengah terbabit berkaitan dengan baki RM90 lagi dan dimaklumkan akan diberi kemudian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Manap, malangnya sehingga semalam, semua pengayuh beca terbabit masih belum mendapat apa-apa bayaran selebihnya daripada lelaki berkenaan.

“Usahkan bayaran, kami pun tidak tahu di mana lelaki itu berada sekarang kerana sebelum ini dia sentiasa datang bertemu kami di Perhentian Bas Pagoh,” katanya.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu sebenarnya dikenali kebanyakan pengayuh beca di sini dan sejak 18 Ogos lalu, ramai mendakwa tidak lagi melihat kelibat lelaki itu.

“Kami ini sudahlah ibarat kais pagi makan pagi, tapi masih ada lagi orang yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu kami,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abdul Rahim Hamid, 58, berkata dia dan beberapa rakannya yang lain cuba untuk menghubungi lelaki berkenaan tetapi gagal.

“Kami mahu mendapatkan penjelasan daripadanya dan menuntut semula hak kami seperti dijanjikan.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada wang itu, tetapi yang pastinya ia sudah diselewengkan oleh lelaki berkenaan kerana sehingga sekarang saya masih belum mendapat bakinya.

“Walaupun bakinya hanya RM90 tetapi bagi kami pengayuh beca yang pendapatannya tidak seberapa ini, jumlah itu banyak kegunaannya untuk menanggung keluarga,” katanya.

Dalam negara Islam Hadhari ini gejala penipuan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman ini sudah menjadi 'wirid' harian kebanyakan pemimpin dan orang ramai. Ini kerana sudah terbukti sekarang ini gejala ini menular dengan meluas dari pemimpin atasan (kalangan menteri, exco, wakil rakyat, pegawai) sehinggalah ke peringkat bawah. (Tok Sidang, Ketua Kampung, pengerusi JKKK, Peon, kerani dan lain-lain).

Dari itu janganlah mempercayai mereka ini 100 % kerana puak-puak 'hidung belang' ini sentiasa mencari mangsa, tidak kira orang miskin atau kaya. Masih ingatkah kita bagaimana wang PPRT (Projek Pembangunan Rakyat Termiskin) bernilai berjuta ringgit telah dilesapkan suatu ketika dahulu.? Sekarang bekas Menteri yang terlibat dengan kes itu hidup senang lenang. Tidak didakwa di Mahkamah. Tidak tahu dia salah atau tidak.

Dalam zaman Islam HAD HARI ini sesiapa pun terutama pendokong Islam HAD HARI ini kita tak boleh percaya. Sebab Islam dia orang ini ada HAD dan HARInya bukan Islam sepenuhnya yang pelaksanaannya menyeluruh tanpa batasan HAD dan HARI.


BEKAS KETUA PEMUDA PAS TANGGA BATU MASUK HOSPITAL


Bukit Katil 25 Ogos : Bekas Ketua DPP Kawasan Tangga, Saufee Othman dimasukkan ke Hospital Melaka (HM) akibat sakit darah tinggi, sakit kepala, muntah-muntah dan gastritis.

Perkara ini dimaklumkan oleh Naib Ketua DPP Negeri, Harun Mohamad malam tadi. Beliau sekarang ini ditempatkan di wad lelaki aras 3-2.

Saufee yang menjadi Ketua DPP Kawasan Tangga Batu sejak sessi lalu melepaskan jawatannya beberapa bulan selepas muktamar tahun ini. Jawatan itu sekarang dipangku oleh Us. Nordin Mohd Dahan.

DPP Kawasan Bukit Katil mendoakan agar Saufee cepat sembuh dan boleh meneruskan kerja-kerja perjuangan Islam ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59