Wednesday, 24 August 2005

KERJA DI TV3 JADI JAMBATAN UNTUK DILAMAR ORANG BESAR DAN KAYA


Nampaknya sejak kebelakangan ini begitu ramai personaliti TV3 atau bekas staff TV3 yang dilamar dan dijadikan isteri oleh orang-orang kenamaan.

Malam ini Dato' Azmi Khalid, 64, Menteri Dalam Negeri mengaku bahawa beliau akan berkahwin dengan Normala Shamsudin, 41 tidak berapa lama lagi. Sebelum itu akhbar melaporkan bahawa Azrinas Mazhar Hakim, 26 bekas wartawan TV3 telah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hasanak Bolkiah, 50-an, di Kuala Lumpur. Beberapa bulan lepas, Dato' Nazim Razak, 43, telah berkahwin Nurjuma, 24 bekas pengacara Nona.

Nampaknya mana-mana wanita yang hendak berkahwin dengan orang-orang besar dan kaya silalah bekerja dengan TV3. Insya Allah anda akan dilamar oleh mereka itu. Syaratnya anda mesti bersedia untuk menjadi isteri kepada orang yang anda boleh panggil 'bapak' atau 'atuk.'

Kita tidak mempertikaikan perkahwinan mereka malah kita menyokong supaya ianya dipercepatkan untuk mengelakkan fitnah. Alangkah baiknya kalau ianya dibuat secara sah bukannya dijadikan perempuan simpanan seperti yang kita selalu dengar.

Semoga berbahagia semua pasangan yang sudah dan akan berkahwin. SELAMAT PENGANTIN BARU


PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT JUDI MEMPUNYAI PENDAPATAN PALING LUMAYAN DALAM NEGARA ISLAM HADHARI


Bukit Katil 24 Ogos : Berita TV3 1.30 tengahari melaporkan bahawa Pengarah Syarikat Judi Genting, Lim Kok Thay merupakan Pengarah Syarikat yang mempunyai pendapatan paling lumayan dalam negara Islam Hadhari Malaysia. Alangkah malunya kita bagaimana dalam negara yang mengamalkan Islam Hadhari ini syarikat judilah yang paling maju sebab itu syarikat ini dapat membayar gaji pengarahnya bernilai berjuta-juta ringgit setahun. Tetapi kita tidak merasa pelik kerana Islam Hadhari tidak mengharamkan judi. Sebab kedai-kedai judi, toto dan sebagainya bercambah bagai lepas hujan di Malaysia.

Berita itu juga menyebut ada 3 orang Pengarah Bumiputera yang menduduki 20 tempat paling atas dalam senarai Pengarah Eksekutif yang mempunyai gaji paling tinggi di Malaysia. Mereka ialah Tan Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib Mahmud, RHB Capital; Tan Sri Mustapha Kamal, Emkay Holding dan Tan Sri Azman Hashim, Arab Malaysian Bank.

Malu sungguh rasanya hendak mengaku kita ini rakyat negara Islam Hadhari yang tiada HAD dan HARI. Hendak apa semuanya boleh tiada HAD dan HARI.


SEPATUTNYA BUKAN HANYA 78 ORANG DAPAT BANTUAN PERUBATAN PERCUMA TETAPI SEMUA RAKYAT


BUKIT KATIL 24 OGOS : PAS telah lama mencadangkan supaya perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negara ini hendaklah diberi percuma tanpa sebarang bayaran. Ini kerana selain dari bidang pendidikan, kesihatan rakyat juga merupakan tanggungjawab pemerintah. Rakyat sepatutnya tidak dibebankan dengan kos perubatan yang kadang-kadang tidak mampu dibayar oleh mereka. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil terhadap laporan akhbar perdana hari ini yang menyatakan bahawa 78 orang rakyat Melaka mendapat perubatan percuma di Hospital Melaka.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa seramai 78 pesakit dikenal pasti menikmati kemudahan perubatan percuma melalui Tabung Kebajikan Perubatan Hospital Melaka membabitkan bantuan perubatan sebanyak RM12,138.

Kenyataan ini dibuat oleh Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Seah Kwi Tong. Dalam laporan itu, Seah berkata selain tabung itu, kemudahan perubatan percuma lain yang turut disediakan ialah Tabung Bantuan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepatutnya perkara ini bukanlah perkara pelik kerana perubatan ini merupakan hak asasi rakyat yang sepatutnya ditangani oleh kerajaan. Tetapi sebaliknya kerajaan BN samada pusat atau negeri sekarang ini lebih sibuk membela penagih dadah dengan membelanjakan 150 juta untuk memberikan kondom dan jarum percuma kepada mereka. Pesakit-pesakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, barah dan sebagainya terpaksa pula membayar kos perubatan yang kadang-kadang mencecah sampai beribu-ribu ringgit, tambah Hamzah ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan di Bukit Katil.

Seah dalam laporan itu juga berkata, melalui Tabung Bantuan Perubatan berkenaan, seramai 10 pesakit mendapat faedah membabitkan perbelanjaan RM102,930.

Beliau juga dilaporkan berkata "Selain itu, sejak Januari sehingga 15 Julai lalu, sebanyak RM166,442 berjaya dikutip oleh Unit Hasil Hospital Melaka".

Jumlah yang dijelaskan oleh Datuk Seah tersebut amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah-jumlah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri seperti pembinaan air terjun Bukit Sebukor yang bernilai berjuta-juta ringgit, tegas Hamzah.

Inilah kerajaan BN yang tidak tahu yang mana lebih utama dalam merancang pembangunan dan perbelanjaan kerajaan negeri. Mereka lebih suka membazirkan wang rakyat daripada melihat kebajikan rakyat terbela.


MTD Bukit Baru berjaya tembusi kubu Umno di Bukit Baru Dalam



Bukit Baru 24 Ogos 2005 :Majlis Tindakan DUN Bukit Baru mengorak selangkah lagi apabila berjaya membuka pejabatnya ditengah-tengah Pekan Bukit Baru berhadapan dengan Flat Sri Siantan. Pejabat ini terletak di dalam Peti Undi Bukit Baru Dalam. Pembukaan Pejabat MTD ini membuka lembaran baru kepada PAS Kawasan Bukit Katil khasnya kerana berjaya menembusi kubu kuat Umno di dalam peti undi Bukit Baru Dalam itu sendiri. Pengarah MTD Bukit Baru En. Mat Dan Siron (gambar atas) menyifatkan pembukaan pejabat MTD akan merancakkan lagi aktiviti MTD Bukit Baru untuk mendekati masyarakat setempat. Beliau menyatakan MTD Bukit Baru sekarang sedang merangka beberapa dalam masa terdekat untuk memanfaatkan pejabat barunya ini. Difahamkan sebelum ini dalam beberapa pilihanraya sebelum Peti Undi Bukit Baru Dalam ini amat susah untuk ditembusi kerana tiada penduduk yang berani untuk memberikan rumah atau kedai mereka untuk dijadikan Markaz PAS. Mat Dan berharap dengan pembukaan Pejabat MTD ini lebih ramai penduduk setempat akan tampil untuk bersama-sama dengan PAS. Sementara itu bekas calon DUN Bukit Baru dalam Pilihanraya Umum lalu, Hj Bakrin Sidek menyatakan kesyukuran beliau di atas kejayaan MTD Bukit Baru membuka pejabat barunya ini. Ini merupakan tamparan hebat kepada Umno tegasnya yang juga merupakan TYDP PAS Kawasan Bukit Katil. Dalam Pilihanraya Umum lalu beliau tewas di tangan KM Melaka Dato' Wira Ali Rustam dengan majoriti melebihi 4000 undi di DUN tersebut. Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59