Tuesday, 23 August 2005

BONDA KETUA MTD BUKIT BARU MENINGGAL



Bonda kepada En. Mat Dan Sirun (Gambar) telah meninggal dunia di Kampung Paya Ikan pagi ini. Jenazah Bonda beliau akan dikebumikan tanah perkuburan Bukit Baru disebelah Masjid Bukit Baru selepas waktu Zohor hari ini.

PAS Kawasan dan DPP Kawasan mengucapkan takziah kepada keluarga EN. Mat Dan semoga beliau bersabar dengan ujian Allah ini. PAS Kawasan dan DPP Kawasan juga mendoakan agar roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan para anbia, sahabat, pejuang dan penegak Islam yang pergi terdahulu.  Posted by Picasa


SEKALI LAGI WANG KWSP JADI SASARAN.


Bukit Katil 23 Ogos : PAS Kawasan Bukit Katil menyelarkan sikap kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan BN yang menjadikan wang KWSP milik para pekerja sebagai sasaran untuk melunaskan hutang masing-masing. Paling baru ialah Kerajaan BN Negeri Sembilan yang dilaporkan sedang memohon pinjaman dari KWSP untuk melangsaikan hutang lapok sejak 1996. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan melalui Setiausahanya, Hamzah Yusof.

Harian Metro melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan mendapatkan pinjaman KWSP untuk menyelesaikan pembayaran hutang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) bagi pembelian tanah Felda Sendayan sejak 1996.

Dalam laporan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan telah bersetuju memberi pinjaman berjangka sebanyak RM250 juta kepada Negeri Sembilan dengan syarat pinjaman itu perlu mendapat jaminan Kerajaan Pusat.

Laporan itu menyebut bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (seorang bekas ahli korporat) berkata KWSP sudah bersetuju dengan permohonan pinjaman kerajaan negeri tetapi pihak berkenaan meletakkan syarat supaya ia dijamin Kerajaan Pusat.

Mohamad berharap permohonan pinjaman itu akan diluluskan segera bagi menyelesaikan hutang 513 peneroka Felda Sendayan melaksanakan projek Bandar Wawasan Sendayan. Menurut Mohamad, kerajaan negeri memohon pinjaman untuk diselesaikan dalam tempoh lima tahun.

Pada Jun lalu, peneroka terbabit bersetuju dengan skim penyelesaian kerajaan negeri yang akan membangunkan tapak tanah rancangan itu sebagai Bandar Wawasan Sendayan di mana peneroka dibayar pampasan berbentuk wang tunai, tanah dan rumah bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Pinjaman KWSP itu adalah bertujuan membuat pembayaran 50 peratus daripada hasil jualan tanah mereka dalam bentuk tunai dianggarkan RM550,000 setiap pemilik.

Baki nilai jualan tanah Sendayan akan dibayar dalam bentuk tanah seluas 0.4 hektar bernilai kira-kira RM300,000 dan banglo bernilai lebih RM200,000.

Dari laporan di atas sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan pimpinan BN merupakan kerajaan yang lemah dan tidak tahu mentadbir negeri. Bagaimana hutang yang sudah lapuk sejak 1996 itu gagal dibayar sedangkan mereka seringkali menyatakan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik berbanding kerajaan PAS Kelantan. Kes ini sebenarnya berlarutan semenjak Isa Samad menjadi MB. Inilah antara bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin BN ini hanya tahu bercakap tetapi kepimpinannya penuh dengan rasuah, kelemahan dan penyelewengan.

Apakah kerajaan BN ini sudah buntu untuk mencari wang sehingga terpaksa meminjam wang untuk melangsaikan hutang lapuk. Berhutang untuk menyelesaikan hutang terdahulu bukanlah langkah bijak. "

Ini samalah seperti 'kutu-kutu kampung' yang menganggur yang terpaksa meminjam wang kawan mereka untuk membayar hutang lama" . Jelas Hamzah bersungguh-sungguh. Nampaknya MB Negeri Sembilan semakin teruk kerana krisis demi krisis melanda negerinya.

"Isu air pun belum selesai sekarang timbul pula isu hutang ini. Kebijakan beliau semasa pemimpin organisasi korporat dulu gagal digunakan untuk memimpin negeri. Nampaknya orang cerdik pun jadi bodoh bila jadi pemimpin Umno" sindir Hamzah lagi.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini menyeru seluruh para pekerja di Malaysia supaya membuat bantahan kepada KWSP supaya wang para pekerja ini tidak sewenang-wenangnya disalahgunakan untuk kepentingan kerajaan BN. Marilah kita semua menyatakan bantahan ini dengan menghantar surat-surat bantahan, email dan fax kepada KWSP supaya wang kita tidak disalahgunakan oleh KWSP dan kerajaan, kata Hamzah mengakhiri kenyataannya.





Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59