Thursday, 18 August 2005

DPP CAWANGAN UMBAI ANJURKAN PERTANDINGAN MEMANCING PANTAI


Pemuda Pas Cawangan Umbai akan menganjurkan satu pertandingan memancing kategori Pantai pada
21 Ogos 2005 bermula pada pukul 8 pagi hingga 1tengahari. Pertandingan ini akan diadakan di Kompleks Jeti Anjung Batu, Umbai, Merlimau Melaka.

Jurucakap penganjur menyatakan bahawa yuran Penyertaan sebanyak RM25 akan dikenakan kepada semua peserta. Tarikh Tutup Penyertaan ialah pada 20 Ogos 2005.

Menurut jurucakap tersebut hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Kepada kaki-kaki pancing yang beminat bolehlah berhubung dengan saudara Razali (0122552725) , Nizam (0123951457) atau Ahmad (0136362493)

Pertandingan hanya terhad kepada 150 orang peserta terawal sahaja.

Sumber : kawjasindaily.blogspot.com


SINDROM TIDAK APA TENTANG APA JUGA KEDURJANAAN PEMIMPIN AMAT MERBAHAYA



Bukit Beruang 17 Ogos : Sindrom 'tidak apa' kepada apa juga keburukan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan hari ini akhirnya akan membawa kemusnahan kepada rakyat dan negara. Sekarang rakyat sudah boleh menerima amalan rasuah, judi, maksiat, skandal seks sebagai perkara biasa dan disifatkan sebagai isu lapok. Demikian rintihan yang diucapkan oleh Dr.Badrul Amin Bahron ketika menyampaikan ucapan beliau pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Markaz PAS Cawangan Bukit Beruang malam tadi.

Beliau juga turut merasa kesal dengan tiadanya sensitiviti rakyat terhadap kezaliman UMNO apabila mereka terus menahan rakyat dengan ISA tanpa dibicarakan. Selain itu tegas kerajaan UMNO juga sanggup merobohkan masjid yang dibina oleh rakyat semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa.

Menyentuh tentang Islam Hadhari Dr. Badrul menjelaskan bahawa Islam Hadhari jelas sesat kerana ianya tidak mengambilkira semua perkara yang berkaitan dengan Undang-undang dan Syariat Islam. Apa pandangan Islam Hadhari tentang HUDUD, Soal beliau dengan tegas. HUDUD tidak diambil pusing oleh Islam Hadhari kerana ianya dilihat sebagai kolot dan tidak membawa sebarang kemajuan kepada umat.

Selain itu Dr.Badrul juga menyeru seluruh pendukung BA supaya melipatgandakan usaha mendekati dan berdakwah kepada masyarakat kerana sekarang ini terlalu banyak isu yang memihak kepada pembangkang tegasnya. Isu yang paling besar ialah isu tuntutan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang menuntut 14 perkara supaya ianya diiktiraf dan diterimapakai di Malaysia. 14 perkara jelas merupakan tuntutan yang biadap kepada kesucian dan kedaulatan Islam, tegas beliau yang membacakan kesemua 14 tuntutan tersebut satu persatu. Apa yang malangnya tuntutan IFC ini disokong oleh sebahagian besar Ahli Parlimen dan juga terdapat menteri yang turut menyokongnya iaitu Rais Yatim, Shahrizat Jalil, Azalina Othman dan Nazri Aziz.

Dr.Badrul juga menjelaskan andainya tuntutan ini diterima nanti maka sudah tentu kedaulatan umat Islam semakin tercabar dan gajala riddah akan lebih parah tegas beliau yang juga merupakan Ahli MT PKR. Beliau akhirnya berharap pendukung BA meneruskan perjuangan menentang BN/UMNO dengan penuh komitmen dan bersungguh demi untuk memenangkan BA supaya sebuah kerajaan yang adil dan berlandaskan Islam dapat ditegakkandi Malaysia ini.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Timbalan Persuruhjaya III PAS Melaka Tuan Haji Mohd Yassin Ghani yang juga merupakan YDP PAS Bukit Katil. Posted by Picasa


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59