Wednesday, 17 August 2005



PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR JENTERA BELUM BERGERAK Posted by Picasa

Bukit Katil : Pilihanraya Umum ke-12 sudah semakin hampir iaitu kira-kita 2 tahun 6 bulan sahaja lagi. Tetapi di Melaka ini belum nampak gerakerja Jentera Pilihanraya di pelbagai peringkat bergerak dengan sistematik. Pertanyaan timbul di fikiran kita, apakah kita masih mahu menjalankan kerja-kerja Pilihanraya ini di saat-saat akhir sebagaimana sebelas pilihanraya yang lalu.

Sebagai seorang pemerhati dan juga petugas parti, saya masih belum nampak kelibat Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) bergerak. Lebih parah dari itu sehingga ke hari ini Pengarah Pilihanraya Negeri belum diumumkan secara rasmi. 'Kabinet' JPN juga belum dibentuk lagi (setakat awal Ogos).

Saya sebagai seorang petugas parti merasakan perkara ini mesti disegerakan kerana kita semakin kesuntukan masa sekarang. Apa ditunggu lagi. Terlalu banyak kerja yang mesti dilakukan. Kita tidak mahu melihat JPN ini dibentuk-bentuk disaat akhir. Ini kerana setelah perlantikan Pengarahnya maka lain-lain jawatan pula mesti dibentuk. Setelah itu sudah tentu pembentukan ini memakan masa kerana sudah menjadi perkara biasa sudah tentu ada yang menerima dan menolak.

Perlantikan AJK-AJK ini juga mestilah dilakukan dengan cermat kerana kita tidak mahu ianya dibuat secara tangkap muat sahaja. Pengarah mesti melihat bahawa mereka mempunyai kemahiran asas dan komited kepada tugasan dan amanah yang diberi.

Taklimat dan kursus juga mesti dijalankan kepada AJK JPN ini kerana bukan semua yang dilantik ini pakar dan mahir dalam gerakerja potfolio masing-masing. Mengambilkira prestasi AJK JPN lalu, kita tidak mahu ianya berulang. Ada antara mereka yang tidak berfungsi langsung yang menyebabkan kelesuan ini menular sehingga ke peringkat MTD dan UPU.

Saya mendoakan jentera JPN yang dibentuk kali ini merupakan 'team' yang kuat, komited, kompeten dan bersemangat untuk melaksanakan tugas yang maha mencabar ini.


Semangat berjaya.

PEMERHATI SETIA


PAS SOKONG PENUH USAHA JAIM PANTAU TEMPAT MAKSIAT


Bukit Katil: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh usaha Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memantau hotel dan rumah tumpangan yang disyaki menjalankan kegiatan maksiat disekitar Bandar Melaka.

Dalam sebuah akhbar harian hari ini JAIM dilaporkan sedang memantau lapan rumah tumpangan dan hotel murah di bandar ini yang menutup operasi selepas jam 7 malam setiap hari, untuk tujuan maksiat. Laporan itu menyebut bahawa selepas jam 7 malam semua bilik di rumah tumpangan atau hotel murah itu tidak boleh ditempah lagi kerana sudah penuh.

Dalam kenyataan itu Ketua Bahagian Penguatkuasa Agama negeri, Rahimin Bani berkata siasatan yang dijalankan mendapati kebanyakan bilik itu sudah dihuni oleh wanita yang menunggu pelanggan untuk kegiatan maksiat.

“Mereka berselindung dalam kegiatan urut dan akan melayan pelanggan dalam bilik yang disewa itu. “Apabila terdapat pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan seks, mereka akan masuk ke bilik itu dan berikutan itu pihak hotel tidak akan menyewakan bilik itu kepada pelancong yang benar-benar memerlukan bilik untuk disewa selepas jam 7 malam.

“Daripada lebih 10 operasi yang dijalankan sepanjang tahun ini terdapat bukti kegiatan maksiat dilakukan di hotel itu, berdasarkan bungkusan kondom dan tisu yang sudah dipakai dijumpai dalam plastik yang dibuang dalam tong sampah.

“Taktik terbaru untuk mengelak bukti (kondom terpakai) itu dikesan dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini ialah dengan meletakkan kondom itu dalam plastik dan disimpan dalam stor,” katanya di sini semalam kepada akhbar tersebut.

Antara hotel murah dan rumah tumpangan yang dikesan terdapat kegiatan maksiat itu ialah di Jalan Kee Ann, Jalan Bunga Raya, Jalan Bukit Cina, Jalan Munsyi dan Jalan Bendahara.

Rahimin dilaporkan berkata, sehingga ini terdapat empat hingga lima kes lelaki Islam yang ditangkap bersama pelacur bukan Islam dalam bilik di hotel dan rumah tumpangan berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa pelanggan yang ditangkap boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991 kerana cuba melakukan persetubuhan haram.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua sekali.

Menurutnya, Jaim sentiasa memantau operasi hotel dan rumah tumpangan itu untuk mengelak kegiatan maksiat di situ dan operasi dilakukan dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis.

“Sekiranya tidak dipantau berterusan, Jaim bimbang golongan muda akan lebih mudah terjebak ke kancah maksiat dengan melanggan pelacur hingga boleh menimbulkan pelbagai implikasi seperti penyakit,” katanya.

Jaim juga katanya, sedang menyiapkan laporan lengkap mengenai kegiatan pelacuran yang dikesan di hotel dan rumah tumpangan murah itu untuk diserahkan kepada MBMB supaya tindakan menutup premis itu dapat diambil.

Sehubungan dengan ini Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Selamat Amin menggesa MBMB supaya mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis ini. Jangan nanti apabila JAIM telah menyiapkan laporan dan menyenaraikan hotel-hotel yang terlibat, MBMB pula gagal mengambil tindakan terhadap premis-premis berkenaan. Kita tidak mahu MBMB mengambil sikap sambil lewa atau pilih kasih dalam hal ini kerana kegiatan ini amat merbahaya kerana kebelakangan peningkatan kegiatan kes maksiat begitu mendadak di negeri ini, tegas beliau.

Selain itu DPP Kawasan Bukit Katil juga mengharapkan supaya JAIM tidak hanya memantau lapan premis yang disebutkan tadi sahaja tetapi juga melipatgandakan usaha memantau semua tempat-tempat maksiat lain seperti Disko, Dangdut, Kelab Malam, Laser Disc, Karaoke, pantai dan sebagainya, tambah beliau yang juga merupakan Bendahari DPPN Melaka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59