Monday, 15 August 2005





LAPORAN HARIAN METRO SEMALAM CUKUP MEMBIMBANGKAN

TREND SERAH TUBUH

KUALA LUMPUR: Menyerahkan tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah seolah-olah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun.

Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18,805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 hingga 20 tahun paling aktif melakukan hubungan seks.

?Bagaimanapun, secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 23 tahun,? katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18,805 responden, 73 peratus (13,691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 peratus (1,361) pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Katanya, jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5,114, dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan seks.

?Ini bermakna 1,809 (9.6 peratus) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin,? katanya.

Dr Rampal berkata, 38 daripada 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan seks mengaku kali pertama melakukannya pada usia 12 dan 15 tahun, manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu diberi perhatian serius, terutama oleh ibu bapa.

?Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah, kalau perlu, hari ini kita kena jaga tepi kain orang,? katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

?Di laman web saya, banyak soalan dikemukakan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan.

?Antaranya, bolehkah seseorang mengandung jika melakukan seks di luar tabii (liwat),? katanya.

Sementara itu, Dr Rampal berkata, kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada dua topik utama, iaitu mengkaji pemahaman masyarakat mengenai penyakit jantung dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV, termasuk sejarah atau kehidupan seksual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10,599 orang, Cina (3,875), India (2104), Bumiputera Sabah (1302), Bumiputera Sarawak (692) dan lain-lain (233).

Beliau berkata, pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai Kementerian Kesihatan, 22 graduan pelbagai universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh negara.

?Responden dipilih secara rawak melalui maklumat daripada Jabatan Statistik Malaysia.

?Selain sesi soal jawab dijalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif,? katanya.

Dr Rampal berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan diambil dan selepas tiga tahun, penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat sama ada wujud perubahan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka yang melakukan hubungan seks supaya menggunakan kondom bagi mengelak penyebaran wabak HIV jika seseorang itu kerap bertukar pasangan, terutama dengan pelacur.

?Sebenarnya semua agama melarang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi jika ia terus berlaku, kondom adalah langkah terbaik, selain setiap pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin atau mengadakan seks,? katanya.


 Posted by Picasa




Berpelukan-pelukan dengan lelaki dan perempuan tak boleh......Bersalam-salam apa kurangnya Posted by Picasa


JANGAN AMALKAN LARANGAN ALLAH


Roslan SMS menulis.......

No hugging please we are Muslims:

Harap jangan berpeluk-pelukan, kita umat Islam.

Demikianlah komen TPM Najib Tun Razak apabila mengkritik aksi di dalam beberapa rancangan realiti TV yang popular dewasa ini.

Kata Najib lagi sebagaimana yang dipetik oleh THE STAR ketika berada di Langkawi:

This is not a question of young or old people hugging. This is about religion. It is forbidden in the religion

Ianya bukan soal yang muda memeluk yang tua. Ini soal agama. Ianya dilarang oleh agama.

Barangkali Najib merujuk kepada batas hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam sebagaimana yang terkandung dalam Surah an Nisa ayat 30 dan 31 yang antara lain berbunyi:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki (sehingga penghujung ayat).

Sememangnya aksi para remaja yang digalakkan berpeluk-pelukan dalam rancangan-rancangan seumpama ini sungguh memberikan gambaran yang buruk dan hodoh terhadap Islam dan budaya Melayu. Lalu layaklah sangat TPM mengeluarkan teguran sedemikian.



Tapi jangan berhenti setakat itu. Najib pasti tahu bahawa bukan berpelukan-pelukan sahaja yang merupakan larangan agama. Najib perlu membuka matanya serta toleh disekelilingnya. Mudah-mudahan teguran itu dibuatnya dengan niat yang ikhlas. Mudah-mudahan ianya akan turut disusuli dengan teguran-teguran lain termasuklah berjabat tangan antara bukan mahram, memelihara aurat dan lain-lain.

Kuasa dan pemerintahan terletak ditangannya. Dengan yang demikianlah sepatutnya dipimpin rakyat kearah mencinta dan mentaati peraturan Allah. Kuncinya, mahu ataupun tidak.

Yang anehnya, mereka yang berilmu agama dalam kerajaan tidak pula kedengaran mengeluarkan teguran-teguran seumpama ini. Seorang pemimpin wanita yang memiliki Phd berlatarbelakangkan agama, biasa dilihat di kaca TV berjabat tangan dan bersalaman dengan bersahaja sesama bukan mahramnya, sedangkan sebelum bercakap berdegar-degar berkenaan syariat dan hukum.


Benarlah firman Allah yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Al Baqarah: 208.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59