Friday, 12 August 2005

PROGRAM PENGEDARAN RISALAH DISIFATKAN BERJAYA


Bukit Katil 12 Ogos : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof menyifatkan program pengedaran risalah di Pasar Malam Ayer Molek semalam amat berjaya kerana mendapat sambutan yang amat baik dari orang ramai. Program anjuran bersama PAS Kawasan, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri serta DPP Negeri Melaka ini telah disertai oleh lebih kurang 30 orang pimpinan ketiga-tiga badan tersebut.

Dalam tinjauan yang dibuat rata-rata orang ramai yang ditemui menerima dengan baik kempen yang dianjurkan oleh PAS ini. Mereka menyifatkan program 'turun padang' seperti itu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa kerana ianya dapat mendekatkan lagi PAS dengan rakyat serta banyak maklumat dapat diketahui oleh mereka samada dari risalah yang disebarkan juga melalui perbualan dengan pimpinan PAS setempat.

Hamzah juga turut menyatakan bahawa program ini akan cuba diteruskan dari masa ke semasa di seluruh Kawasan Bukit Katil kerana ianya terbukti dapat merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat. "Kita mahu rakyat tahu bahawa PAS sentiasa bersama dengan masyarakat dalam apa juga masalah dan kesengsaraan mereka" tegasnya bersungguh-sungguh.

Turut serta dalam program semalam ialah dua orang pimpinan PAS Pusat iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan yang turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya III, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani, Setiausaha Perhubungan Adly Zahari; Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik;Naib Ketua Pemuda yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Harun Mohamed; Ketua Penerangan DPPN, Yuhaizad Abdullah;Timbalan YDP Kawasan, Hj Bakrin Sidek; Ketua Pemuda Kawasan, Hj Salamat Aman serta beberapa orang lagi AJK PAS Kawasan, DPPN, DPP Kawasan Bukit Katil serta ahli-ahli dan penyokong PAS berdekatan.

Pada sebelah malamnya pula kedua-dua pemimpin PAS Pusat tersebut telah berceramah bersama-sama dengan Setiausaha Perhubungan di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59