Tuesday, 9 August 2005

PEKUNG UMNO BERTAMBAH BUSUK BILA JAWATANKUASA DISIPLIN PUN TAK BERDISIPLIN


Tiada siapa lagi dalam UMNO yang boleh kita percayai. Seorang demi seorang pemimpin UMNO 'menelanjangi' diri masing-masing. Kes terbaru melibatkan Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Zaki Tun Azmi yang semalam terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO demi menjaga integriti lembaga itu.

Menerusi satu kenyataan Zaki berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan pukul 10 pagi semalam kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail untuk disampaikan kepada Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, Zaki berkata, Keputusan itu beliau lakukan untuk memastikan integriti keanggotaan Lembaga Disiplin UMNO tidak akan dipertikaikan berikutan laporan media berhubung kes rumah tangga beliau yang difailkan di Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Zaki menambah beliau mengambil ketetapan untuk mengundur diri daripada tanggungjawab Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO demi kepentingan UMNO, integriti Lembaga Disiplin dan menghormati prinsip-prinsip ketelusan yang dianjurkan oleh Presiden UMNO. Ini untuk mengelakkan daripada timbul sebarang ketidakselesaan dan rasa ragu-ragu daripada mana-mana pihak jika saya bertindak dalam mana-mana kes disiplin,'' katanya.

Zaki dilantik Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 7 Februari lalu. Beliau juga pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO sebelum dilantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang membuat cadangan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO mengenai politik wang.

Zaki, 60, telah memfailkan permohonan pada 26 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk mengisytiharkan pernikahannya dengan seorang pengurus syarikat di Perlis, Mei lalu adalah tidak sah menurut hukum syarak. Kes itu telah disebut di kamar Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Zaim Md. Udin 5 Ogos lalu.

Beliau dikatakan telah diijabkabulkan dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh seorang kadi dari Thailand. Namun beliau dipercayai telah menceraikan isterinya dengan lafaz cerai talak tiga pada 10 Julai lalu menggunakan perantaraan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Inilah pemimpin Umno yang hampir kesemua mempunyai masalah akhlak, masalah rumah tangga, terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Sehingga orang yang dipercayai untuk menjaga disiplin ahli parti pun tidak mempunyai disiplin. Macamana kita nak percaya kepada UMNO lagi.

UMNO umpama ikan busuk. Pekungnya bukan sahaja di badan tetapi bermula di kepala. Maka kalau kita umpamakan ikan, kalau dah busuk di kepala alamat busuklah kesemuanya. Maka ianya tidak boleh di makan lagi.

Kita mengharapkan semua rakyat Malaysia sedar akan hal ini. Marilah sama-sama kita menolak Umno yang berpekung dan busuk ini. Jangan kita terpalit sama dengan bau yang cukup menusuk hidung. Dibimbangi nanti tiada orang yang sudi mendekati kita disebabkan bau yang meloyakan ini.




KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU TIDAK BERTAMADUN


Kerajaan BN Terengganu semakin hari semakin menampakkan sikap tidak bertamadun. Bermula dengan peristiwa merobohkan rumah dan masjid dan rancangan-rancangan RTB sekarang ini mereka sibuk pula mengarahkan Polis menyuraikan ceramah PAS dengan kekerasan. Terbaru majlis ceramah PAS yang diadakan di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi terpaksa diberhentikan kira-kira jam 11 malam, apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.

Pasukan 'kepala merah' yang tiba di tempat itu terus menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai tanpa perasaan belas kasihan kepada kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita. Mereka mengarahkan supaya majlis ceramah diberhentikan serta merta di mana ketika itu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sedang sedang menyampaikan ucapan. Sebelum itu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua DPP Negeri telah menyampaikan ucapan yang berapi-api.

Selain melepas gas pemedih mata mereka juga menangkap beberapa orang yang mendengar ceramah.

Ramai kalangan pemerhati menyatakan bahawa kejadian malam tadi lebih teruk dari apa yang berlaku di Kg. Mak Cili Kemaman dahulu.

Nampaknya sekarang Derih Jusoh dan kuncu-kuncunya benar-benar menghadapi tekanan di atas perbuatan mereka sendiri merobohkan rumah rakyat dan masjid. Mereka seolah-olah tenggelam punca untuk menghadapi kebangkitan rakyat.

Tindakan menggunakan Polis untuk menghadapi rakyat ini merupakan tindakan kejam yang menyalahi fungsi pasukan polis itu sendiri. Sepatutnya polis mestilah bertindak mengikut budi bicara bukannya bertindak membabi buta. Ini amat bercanggah dengan cadangan Suruhanjaya Penambaikan Polis yang mahukan polis mengambil tindakan yang bersesuaian dengan keadaan. Polis juga tidak sepatutnya menjadi kuda tunggangan kerajaan BN.

Pemimpin-pemimpin PAS pula menyifatkan bahawa tindakan kekerasan ini merupakan tindakan 'berundur kebelakang' kerana tindakan keras seumpama ini pernah berlaku di tahun-tahun 80-an dahulu.

Kita mengharapkan Deris Jusoh dan samseng-samsengnya yang lain supaya kembali waras dan mengambil sikap professional dalam hal ini. Mereka sepatutnya kembali kepada prinsip Islam Hadhari yang mahukan rakyat berjiwa merdeka. Andainya kejadian ini berulang bermakna mereka mengajar rakyat supaya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak berjiwa merdeka.

Insaflah Derih Jusoh sebelum terlambat. Anda tidak semestinya sentiasa duduk di atas. Satu hari anda akan tersungkur atau yang pasti akan mati menemui Allah. Takutlah akan doa orang yang kena zalim. Sesungguhnya doa itu tiada hijab disisi Allah.


SATU LAGI WEBLOG PEMUDA DILANCARKAN


DPP Kawasan Jasin melangkah maju setapak lagi dengan melancarkan weblognya sendiri baru-baru ini. Weblog ini boleh dilayari di alamat www.kawjasindaily.blogspot.com.

Banyak artikel-artikel menarik dan berita-berita terkini dimuatkan dalam weblog ini.

Hidup www.kawjasindaily.blogspot.com


AHLI PAS DISERU SERTAI PROGRAM KAWASAN DALAM BULAN INI


Bukit Katil 9 Ogos : Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan beberapa program penerangan berupa ceramah, pengedaran risalah dan ijtimak dalam bulan Ogos ini.

Antara program yang akan dijalankan ialah :-

11 Ogos 2005 jam 6.15 petang - Pengedaran Risalah Kempen Kenaikan harga minyak dan barangan di Pasar Malam Ayer Molek bersama Dr. Hatta Ramli dan Dr. Syed Azman.

11 Ogos 2005 (9.00 malam) - Ceramah Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman di Markas PAS Paya Dalam, Ayer Molek.

12 Ogos 2005 (5.00 ptg) - Hi Tea dan Motivasi Pilihanraya oleh Hj Mohd Sabu di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil.

17 Ogos 2005 (9.00 mlm) - Ceramah Dr. Badrul Amin, AJK Parti KeADILan Rakyat Pusat di Markaz PAS Bukit Beruang.

20 Ogos 2005 (9.00 mlm) - Ijtimak Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan bersama Us. Nasaruddin Daud, ADUN Meranti, Ketua Penerangan PAS Kelantan di Markas PAS Kawasan.

Dalam kenyataan kepada weblog ini Setiausaha Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof berharap seluruh ahli PAS Bukit Katil agar turut serta dalam semua program yang disusun oleh Lajnah Penerangan ini. Beliau juga turut menjemput ahli PAS seluruh Melaka untuk turut serta dalam program-program di atas segala pertanyaan berhubung program di atas boleh diajukan melalui talian 019-682 1318.


Hanya 10 % ahli PAS yang beli dan baca HARAKAH - Rashidi


Melaka 8 Ogos 2005 : Pengurus Pemasaran HARAKAH, Rashidi Hassan menyatakan bahawa hanya lebih 10 % ahli PAS yang membeli dan membaca HARAKAH. Fakta ini diperolehi oleh HARAKAH dari hasil kajian dan tinjauan dibuat seluruh negara. Perkara ini amat dikesalkan kerana seperti yang kita semua maklum, cuma HARAKAH satu-satunya saluran maklumat yang tepat dan benar, tegas beliau dalam program taklimat kepada AJK Lajnah Penerangan PAS Melaka malam tadi di Pejabat Perhubungan Negeri.

Majoriti pelanggan HARAKAH adalah orang perseorangan seperti pegawai kerajaan, pensyarah, peniaga dan sebagainya. Ahli PAS sepatutnya menjadikan HARAKAH sebagai bahan bacaan wajib kerana berita dan artikel yang dimuatkan adalah melambangkan hasrat dan cita-cita jemaah, tambah beliau sungguh-sungguh.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru petugas penerangan negeri supaya bekerja lebih kuat untuk memberikan penerangan kepada seluruh ahli dan penyokong PAS supaya membeli dan membaca HARAKAH. Jumlah jualan HARAKAH di Melaka mesti ditingkatkan dari masa ke semasa demi untuk memastikan mesej yang ingin di sampaikan oleh PAS sampai ke peringkat akar umbi.

Petugas penerangan mestilah menjalankan kajian dan 'survey' untuk mengenalpasti 'market-market' baru seperti kedai-kedai mamak, 'outlet-outlet' menjual surat khabar yang banyak di seluruh negeri. Beliau tidak menolak kemungkinan yang HARAKAH akan menawarkan Lajnah Penerangan negeri supaya menjadi pengedar HARAKAH disamping pengedar yang ada sekarang.

Selain itu dalam taklimat itu juga, Rashidi berharap akhbar baru iaitu SIASAH akan mendapat pasaran luas di Melaka. Ini kerana SIASAH yang mempunyai sedikit kelainan dari HARAKAH sebenarnya amat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat bukannya pencinta politik sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PAS Negeri, Yusof Wahab akan memberikan taklimat kepada semua Bendahari-Bendahari PAS Kawasan dan Cawangan tentang pengedaran HARAKAH dan SIASAH. Beliau menjelaskan sekiranya Kawasan dan Cawangan bersedia menjadi pengedar kepada kedua-dua akhbar ini, mereka akan dapat menjana kewangan masing-masing kerana pulangan penjualan akhbar ini juga agak tinggi. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Adly Zahari, Naib Ketua Pemuda Negeri, Harun Mohamed, wartawan HARAKAH Melaka, Hj Yassim Musa serta beberapa orang kakitangan SIASAH.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59