Friday, 5 August 2005

TARIKH BICARA PASTI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN AKAN DITENTUKAN OLEH MAHKAMAH KEMUDIAN


Melaka 5 Ogos 2005 :Tarikh perbicaraan Pasti Al-Kauthar, Melaka di Mahkamah Persekutuan akan ditentukan oleh mahkamah kemudian.


KES BICARA PASTI AL-KAUTHAR MELAKA DIPINDAHKAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN


Melaka 5 Ogos : Kes saman Pasti Al-Kauthar yang didengar di Mahkamah Tinggi Melaka 9.00 pagi tadi dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Demikian keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka dalam perbicaraan yang telahpun ditangguhkan beberapa kali.


BALA KENAIKAN HARGA MINYAK MULA DIRASAI


Bala kenaikan harga barangan ekoran kenaikan harga minyak mula dirasai oleh rakyat. Seperti yang dijangkakan para peniaga sudah pasti menaikkan harga barangan jualan masing-masing ekoran dari peningkatan kos pengangkutan dan pemprosesan barangan.

Ini kerana selain dari peningkatan kos pengangkutan, kos pemprosesan sesetengah barangan juga meningkat kerana pemprosesan ini juga menggunakan jentera atau mesin yang menggunakan bahanapi.

Janji untuk memantau dan mengawal harga barangan hanyalah janji kosong yang memang mustahil untuk dikotakan. Ianyanya hanyalah sebagai 'pemanis' mulut untuk menyedapkan hari rakyat.

Setiap kali kenaikan minyak dilakukan oleh kerajaan , maka rakyatlah yang akan menjadi mangsa. Penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah semakin parah.

Dibawah ini disiarkan tinjauan yang dibuat sebuah akhbar tempatan terhadap kenaikan harga barangan di beberapa buah bandar.

Harga pelbagai barangan keperluan harian di beberapa bandar utama termasuk di ibu kota meningkat, dipercayai berikutan kenaikan harga diesel dan petrol pada Isnin lalu.

Pemantauan Berita Harian semalam mendapati harga barangan naik berbanding pemantauan mulai 5 Mei hingga 2 Jun lalu, iaitu selepas kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Mei.

Harga udang di Seremban semalam dijual RM26 hingga RM28 sekilogram berbanding RM19 sekilogram sebelum ini, manakala bawal putih berharga RM27 hingga RM29 sekilogram berbanding hanya RM22 hingga RM25 sebelum ini.

Santan pula naik sebanyak RM1.50 kepada RM6 sekilo, manakala bawang besar meningkat 10 sen kepada RM1.50 sekilo dan telur gred C naik satu sen daripada 27 sen kepada 28 sen sebutir.

Di Kuantan, harga ikan tenggiri melambung sebanyak RM6.40 daripada RM13.50 kepada RM19.90 sekilo. Cili merah pula naik sebanyak RM2.90 kepada RM8.90 sekilo, sotong 90 sen kepada RM10.90, kacang panjang 40 sen kepada RM3.90 sekilo, bawang besar 20 sen kepada RM1.40 sekilo dan telur empat sen kepada 30 sen sebutir.

Di ibu kota, harga cili merah meningkat sebanyak RM3 kepada RM10 sekilo dan bawang besar daripada RM1.20 kepada RM1.50 sekilo. Harga daging, udang dan kubis bulat masing-masing meningkat RM1 daripada RM17 kepada RM18, RM13.50 kepada RM14.50 dan RM2.50 kepada RM3.50 sekilo.

Di kangar harga ikan tenggiri naik daripada RM8 kepada RM13 sekilo dan bawal daripada RM16 kepada RM18 sekilo. Harga kacang panjang dan ayam masing-masing naik 50 sen iaitu daripada RM2 kepada RM2.50 dan RM6 kepada RM6.50 sekilo, manakala telur naik dua sen kepada 27 sen sebutir.

Di Ipoh, cili merah naik daripada RM5.50 kepada RM10 sekilo, ikan bawal putih naik RM2 kepada RM30 sekilo dan kacang panjang meningkat RM1 kepada RM3 sekilo.

Di Johor Bahru pula harga cili merah meningkat sebanyak RM2.50 kepada RM9.50 sekilo, udang naik RM1 kepada RM18, kacang panjang naik 60 sen kepada RM4.60 sekilo, kubis bulat naik 50 sen kepada RM3 sekilo dan telur satu sen kepada 29 sen sebutir.

Di Sarawak, ikan bawal hitam naik RM3 menjadikan harga semalam RM16 sekilo dan santan naik RM1.80 daripada RM2 kepada RM3.80 sekilo.

Di Melaka selain ikan kembung naik daripada RM6 kepada RM7 sekilo, harga udang dan cili merah masing-masing naik sebanyak RM2 iaitu daripada RM10 kepada RM12 dan RM7 kepada RM9 sekilo.

Harga ikan kembung di Kota Kinabalu dan kota Bharu naik RM1, manakala di Alor Star naik RM2 kepada RM5 dan Pulau Pinang naik 50 sen menjadikannya RM7 sekilo.

Maka sekarang ini tiada jalan lain yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat melainkan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu memilih kerajaan baru selepas pilihanraya umum akan datang. Ini kerana kerajaan yang ada sekarang ini gagal mentadbir dengan baik. Subsidi minyak yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan tidak dapat ditunaikan kerana kerajaan sudah tidak ada duit akibat kelemahan jentera pentadbiran serta sikap suka membazir dan bermewah-mewah.

Mulai saat ini marilah kita semua berusaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia supaya menyedari bahawa kerajaan yang ada ini sepatutnya ditukar. Setiap kali kita semua berbual atau bersembang di pejabat, kedai kopi, stesen bas dan sebagainya, utarakan perkara kelemahan kerajaan BN ini berikan contoh-contoh tentang pembaziran, penyelewengan dan kelemahan mereka. Begitu banyak perkara dan program yang kita boleh beri contoh.

Bergeraklah dari sekarang wahai rakyat Malaysia. Jangan biarkan dirimu dibelenggu dan diperbodohkan oleh kerajaan yang tidak langsung memikirkan kebajikan rakyat ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59