Thursday, 4 August 2005

Weblog Lajnah Perpaduan Nasional akan siarkan petikan-petikan artikel dari akhbar mandarin bermula hari ini


Melaka 4 Ogos : Weblog Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka akan menyiarkan petikan-petikan dari akhbar berbahasa Mandarin bermula hari ini. Kenyataan ini disampaikan oleh Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional DPPN Melaka Zein Azeez di sini pagi ini.

Insya Allah Lajnah ini akan sedaya upaya menerbitkan berita-berita dan artikel-artikel yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk maklumat kita semua,tambah beliau.

Alamat Weblog ini adalah www.antarakaum.blogspot.com.


ENOUGH - CUKUPLAH


DIPETIK DARI AKHBAR SIN CHEW JIT POH DAN DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA INGGERIS

The thing that Malaysians had been most worried about finally took place--fuel prices were upped, and as if that was not enough, the hike took place "a day earlier than anticipated."

In the past, when fuel price hikes were announced, they took effect on the first day of a new month. But this time, the price hike came on the last day of the month.

Consequently, we may not have to wait for the beginning of a new month to see any future price adjustment, for the announcement can be made just about any time of the month, probably when we are least prepared for it.

Since the June hike, the government has been constantly reminding Malaysians that if global crude prices were to continue rising, there would be no guarantee that local fuel prices would not be upped again. And when the crude prices surged past USD60 per barrel, our petrol prices were most naturally revised upwards.

Although the government has "forewarned" the country, and as such Malaysians should have been adequately prepared for the shock, the sudden announcement late at night was nevertheless disheartening, as we still believed the government would take into consideration the plight of the people. But the eventuality was that motorists throughout the country had to line up at petrol kiosks to fill up their tanks before midnight Saturday.

Malaysia is one of the oil producers, and higher crude oil prices can well translate into additional revenues for Petronas. Having said that, ordinary people like us do not seem to have the access to the benefits derived from our natural resources. Instead, we have to continue worrying about escalating oil prices. Should we really take heart that our petrol prices are still cheaper than those in oil importing countries, and feel totally contented?

The government has repeatedly stressed that it is no longer able to bear the cost of billions of ringgit of fuel subsidies, and to reduce the government's financial burden, it has no choice but to increase petrol prices.

As a matter of fact, the government must not feel that it is "doing the people a big favour," but should rather take it as a measure which will benefit the entire populace. Moreover, the oil money is derived from the country and therefore has to be used for the well-being of the people, so that ordinary Malaysians are able to benefit from the country's natural resources. This is what the government should learn to see.

Subsidising the people is for the well-being of the people. Moreover, compared to tens of billions of ringgit profits Petronas makes each year, the government should not have too much difficulty forking out a few billion ringgit of fuel subsidies.

If lessening the treasury' burden is the government's ultimate objective, perhaps it should review those wasteful and extravagant projects and slash unnecessary expenses. Does it make sense at all for the Kuala Kangsar municipality council to dig deep into taxpayers' pockets to finance beautification projects worth tens of millions of ringgit? Or for the Selangor state government to spend tens of millions of ringgit to celebrate the self-proclaimed elevation to a "developed state" status?

The most recent fuel price hike is bound to trigger a new round of price hikes. In the end, people in the street are the ones to suffer.

The government must never transfer the cost onto the people simply because of rising crude prices. This is certainly unfavourable to the government as well as national development.


KOLEKSI KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 1959-2004


Kepada sesiapa yang berhajat untuk memiliki koleksi keputusan penuh Pilihanraya Umum 1959-2004 saudara/saudari boleh menghantar email sdr/i ke mstcmal@miosh.net.

Pihak kami akan mengenakan sedikit bayaran. Wang ini akan disumbangkan ke tabung Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. Untuk keterangan lanjut saudara/saudari boleh menghubungi atau sms ke talian 019-682 1318.

Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil


KERAJAAN DIGESA BIAYAI SUBSIDI MINYAK MELALUI CUKAI KE ATAS PETRONAS


Dipetik dari Malaysiakini.....

Kerajaan dicadang mengenakan cukai ke atas Petronas bagi membolehkannya membiayai RM1 bilion subsidi bahan api tanpa perlu menaikkan harga petrol dan diesel.

Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata, Petronas memperolehi keuntungan yang besar hasil kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran dunia.

Pada tahun 2003, katanya, hasil Petronas ialah RM24.32 bilion, meningkat kepada RM35.5 bilion pada 2004 dan melonjak kepada RM58.03 bilion tahun ini.

“Ternyata sekali, Petronas mendapat keuntungan besar hasil kenaikan harga minyak dunia. Mengapakah keuntungan ini tidak dapat disalurkan bagi faedah ekonomi dan rakyat?” katanya dalam satu kenyataan.

Selama ini, katanya, Petronas melaburkan wangnya dalam projek mewah seperti pembinaan Putrajaya dan Menara Berkembar KLCC.

Beliau berkata, hujah bahawa kenaikan harga minyak dunia telah memaksa kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, hanya menggambarkan ketidakpekaan dan kemampuan kerajaan menguruskan lebihan pendapatan Petronas, hasil peningkatan harga minyak dunia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Mohamad berkata, penjimatan RM1 bilion ringgit daripada subsidi itu boleh dibelanjakan untuk pembangunan.

Kerajaan masih mampu

Bagaimanapun, Husam berkata, tanpa RM1 bilion itu pun kerajaan masih boleh menjanakan ekonomi negara melalui perbelanjaan rakyat dalam pelbagai cara.

“Kenyataan pemimpin kerajaan untuk menurunkan subsidi petrol dan diesel bagi membolehkan kita mempunyai wang yang lebih untuk pembangunan menggambarkan negara seolah-olah negara kehabisan wang,” katanya.

Menurut Husam lagi, khazanah minyak dan gas cukup untuk mengapungkan kedudukan ekonomi negara kerana apabila harga naik, pendapatan turut meningkat.

“Kita juga tidak boleh bandingkan kedudukan harga minyak negara ini dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand. Ini kerana purata pengeluaran minyak berbanding penduduk, kedudukan kita adalah jauh lebih besar,” katanya.

Lagi pula, katanya, Thailand tidak mengenakan cukai jalan serta tol dan ini bermakna kos pengangkutan di negara tersebut lebih rendah.

Menurutnya, buat kali pertama, harga diesel di negara kita lebih mahal dari pasaran Indonesia.

Berikutan itu, Husam menggesa kerajaan mengkaji satu mekanisme di mana keuntungan besar yang diperolehi daripada minyak berikutan kenaikan harga minyak dunia, dapat disalurkan untuk rakyat, terutama dalam menentukan harga petrol dan diesel.


SISTERS IN AYAH PIN


ROSLAN SMS menulis.........

Pada 14 Julai yang lalu saya menulis berkenaan artikel Marina Mahathir dalam ruangan minggunannya dalam akhbar THE STAR yang telah mempertahankan hak Ayah Pin dan para pengikutnya untk mengamalkan amalan dan kepercayaan mereka.

Dalam artikelnya itu Marina menulis:

Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah. Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.

Marina sesungguhnya terkapar-kapar dan lemas apabila membicarakan bab murtad seolah beranggapan dalam Islam seseorang Muslim mempunyai pilihan untuk keluar agama sesuka hati. Bab kufur setelah beriman ini adalah satu kesalahan yang serius dalam Islam sebagaimana difirmankan Allah swt dalam Surah an Nahl:106 (maksudnya)

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Dan seperti yang saya jangkakan aliran fikiran yang berbahaya (bagi Islam) seperti Marina ini akan pasti ada pengikut dan penyokongnya. Terbukti dalam akhbar THE SUN hari ini fikiran seumpama Marina ini dalam zaman Islam Hadhari yang penuh fitnah memang ada pun peyokongnya.

Masjaliza Hamzah dari Sisters in Islam telah sebagaimana Marina turut menyokong dan mempertahankan hak Ayah Pin dan para pengikutnya. Beliau mempertikaikan mengapa orang yang telah Islam tidak boleh diberi hak untuk menggugurkan aqidahnya, beliau menulis:

How can religious authorities and Muslims demand that those wishing to convert to Islam should have all the freedom to do so, and at the same time, deny this freedom to Muslims who wish to leave their faith or believe otherwise?

Bagaimana boleh pihak berkuasa agama dan umat Islam menuntut agar sesiapa yang berhasrat memeluk Islam diberikan kebebasan berbuat deminian, akan tetapi dalam waktu yang sama menafikan hak ini kepada orang Islam yang berhasrat meninggalkan agamaya atau menganut kepercayaan lain?

Tulisan di atas pasti memual dan menjijikkan untuk dibaca, malah lebih biadap lagi apabila penulis ini mewakili sebuah NGO Muslim! Penulis yang sungguh keliru dan serabut ini terus menulis:

Freedom of religion must recognise the right to practise one's religion, however unorthodox the beliefs may be. This right includes the freedom to change one's religion or belief, either alone or in community with others, in public or private.

Kebebasan agama perlulah mengiktiraf kebebasan seseorang untuk mengamalkan kepercayaannya, walau bagaimana pelik sekalipun amalannya. Hak ini perlulah termasuk hak mengubah kepercayaan atau agama seseorang, samada secara individu maupun satu-satu masyarakat di dalamnya, samada secara terbuka ataupun sebaliknya.

Sampai bilakah pihak berkuasa agama akan membenarkan Sisters in Islam ini berterusan mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang sesat dan menyesatkan ini? Ianya bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

Kita berada dalam satu zaman dimana Islam diserang hebat oleh pihak luar dari berbagai penjuru. Umat Islam sendiri pula terlalu lesu, semakin jauh meminggirkan agama, dan tiba-tiba dalam keadaan tenat ini kita mengizinkan pula malapetaka besar seumapama Sisters in Islam ini untuk bebas mengeluarkan pandangan kononnya sebagai sebuah NGO Muslim.

Segala hujah dan logik yang dikemukakan oleh SIS melalui tulisan Masjaliza ini sungguh kabur, songsang dan dengan sewenang-wenangnya telah memutarkan ayat-ayat Allah.

Kalau sayang dan cintakan sangat SIS ini kepada Ayah Pin (dan mereka yang seumpamanya) maka SIS sepatutnya ikut saja jejak langkah beliau menguasai kerajaan langit. Tukar saja akronim SIS kepada SIAP iaitu Sisters in Ayah Pin, kan jelas dan cantik bunyinya itu. Jangan lupa lantik Marina Mahathir sebagai penaungnya.


RAFIDAH CUTI SEBULAN


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bercuti panjang selama kira-kira sebulan bermula hari ini, ketika isu ‘panas’ mengenai pengeluaran Permit Import (AP) masih belum terungkai.

Sejak kebelakangan ini juga, Ketua Pergerakan Wanita Umno itu yang terkenal dengan sifat peramahnya, cuba mengelak daripada bertemu wartawan yang sentiasa `memburu’ dalam setiap majlis rasmi yang dihadirinya untuk bertanyakan isu berkenaan.

Beliau terus mengambil sikap membisu setiap kali soalan dilontarkan kepadanya dan sering memberikan jawapan “Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa dan tiada sidang akhbar hari ini” sekali gus menghampakan petugas media yang hadir dalam jumlah ‘luar biasa’ , sejak akhir-akhir ini.

Difahamkan, Rafidah juga tidak menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet, semalam dengan memberi alasan masalah kesihatan.

Sumber berkata, Rafidah akan bertolak ke Australia untuk bercuti dan keputusannya mengambil cuti panjang itu menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini, beliau sudah bercuti selama seminggu iaitu sebelum Perhimpunan Agung Umno 2005, baru-baru ini.

Rafidah memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 sehingga sekarang selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tengku Razaleigh Hamzah (1984-1987).

Kronologi isu pengeluaran AP mencetuskan kontroversi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa daripada 67,000 AP yang dikeluarkan pada 2004, hanya 12,600 diberi kepada 82 syarikat, manakala 20 syarikat mendapat 54,400 AP.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyuarakan kebimbangannya bahawa pemberian AP yang terlalu banyak menyebabkan persaingan tidak adil kepada kereta nasional, Proton.

Rafidah sehingga semalam juga enggan membuat sebarang ulasan termasuk berkaitan dakwaan Dr Mahathir yang beliau tidak bercakap benar berhubung isu AP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 20 Julai lalu berkata, kerajaan mengambil keputusan mendedahkan senarai penerima AP kereta kerana tidak mahu timbul pelbagai spekulasi berhubung isu itu.

Abdullah sekali lagi mengarahkan Rafidah mendedahkan senarai terbaru dan segala butiran mengenai AP termasuk bilik pameran kereta penerima permit berkenaan ketika beliau mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan, minggu lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas Dr Mahathir mempertikaikan penjelasan Rafidah dengan mendakwa menteri itu tidak membuat kenyataan benar mengenai isu AP ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno lalu.

Pelbagai reaksi timbul ketika isu AP itu dibangkitkan termasuk di kalangan ahli Umno dan menjadi topik perbahasan sepanjang perhimpunan agung itu berlangsung.

Rafidah yang membuat penjelasan panjang lebar mengenai isu itu juga tidak dapat menahan kesedihan ketika menjelaskan hubungannya dengan Dr Mahathir yang dianggap seperti bapa.

Beliau yang sebelum itu ceria dan bersemangat menjelaskan isu AP yang mencetuskan kontroversi selepas dibangkitkan Dr Mahathir, sebak dan menangis ketika membaca perenggan terakhir surat penjelasannya yang diserahkan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, sumber memberitahu Harian Metro, organisasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan dipecahkan kepada dua serta diterajui seorang menteri kanan.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan sesebuah kementerian itu lebih telus.

DIPETIK DARI HARIAN METRO.


KESIHAN RAFIDAH SAMPAI SAKIT MEMIKIRKAN MASALAH AP


PUTRAJAYA: Isu pengeluaran Permit Import (AP) kereta tidak dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam, kerana 'Menteri AP' Rafidah Aziz sedang cuti sakit. (Kesihan dia sampai sakit-sakit memikirkan masalah AP dan bergaduh dengan Tun)

Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membincangkan isu berkenaan AP serta mendengar penjelasan lanjut Rafidah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsuddin Osman, merangkap Setiausaha Kabinet ketika dihubungi mengesahkan bahawa Rafidah cuti sakit kerana bengkak kaki dan cecair dalamnya perlu dikeluarkan. Pembantu Rafidah ketika dihubungi mengesahkan bahawa menteri itu bercuti tetapi tidak tahu untuk berapa lama.

Sabtu lalu, Najib berkata, Kabinet akan meminta Rafidah memberikan pandangannya berhubung perkara yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini mengenai pengeluaran AP.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, Kabinet ingin tahu penjelasan Rafidah kerana ada kenyataan Dr Mahathir dan jawapan balik daripada bekas Perdana Menteri itu. Dr Mahathir yang juga Penasihat Proton sebelum ini mendakwa Rafidah tidak membuat kenyataan benar kepada perwakilan di Perhimpunan Agung Umno mengenai pengeluaran AP.

Sementara itu, beberapa menteri semalam turut mengesahkan bahawa isu AP itu tidak dibincangkan kerana Rafidah tidak hadir.

Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap isu berkaitan AP dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia membabitkan tiga perkara pokok. (Engkau tak payah sibuk-sibuk dengan AP isu makmal komputer roboh sampai sekarang pun tak selesai).


"Pertama ialah berikutan pertikaian antara Rafidah dan Dr Mahathir, kedua berkaitan dasar automotif negara dan ketiga mengenai isu AP itu sendiri. Antaranya yang menjadi persoalan ialah mengapa kementerian terbabit mengeluarkan AP sebanyak mungkin dan tidak dihadkan.


"Rafidah tidak sepatutnya membisu kerana Perdana Menteri sudah beri isyarat supaya beliau menjawab semua perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir. Terpulang kepada Rafidah bagaimana cara menjawab.


“Ini kerana setiap menteri harus menjawab isu berkaitan dengan kementerian masing-masing," Jelas Hishamuddin yang nampaknya suka menyibuk ni.


BICARA PASTI TANGGUH LAGI KE 5 OGOS. PAS BUKIT KATIL ARAH SEMBAHYANG HAJAT


MELAKA 4 OGOS : Perbicaraan PASTI yang sepatutnya dijalankan semalam ditangguhkan pula kepada esok 5 Ogos.

Menurut sumber, keputusan ini dibuat oleh mahkamah.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengarahkan seluruh cawangan di dalam Bukit Katil untuk mengadakan solat hajat untuk memohon keselamatan PASTI. Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan YDP Kawasan Bukit Katil, Hj. Bakrin Sidek semalam.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59