Wednesday, 3 August 2005

DEWAN PEMUDA PAS MELAKA BERJAYA SERAH MEMO KEPADA KM MELAKA


MELAKA 3 OGOS : DPPN Melaka berjaya menyerahkan memo bantahan kenaikan harga minyak kepada Ketua Menteri Melaka melalui Ketua Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Puan Rusnani Latip kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Rombongan DPPN Melaka yang diketuai oleh Ketuanya Us. Kamaruddin Sedik telah memasuki Seri Negeri kira-kira jam 3.05 petang. Dalam pertemuan tersebut Puan Rusnani Latip memberitahu bahawa Dato' Wira Ali Rustam sedang menghadiri suatu mesyuarat dan tidak dapat menemui rombongan tersebut. Bagaimanapun Puan Rusnani berjanji akan menyerahkan memo tersebut kepada Dato' Wira Ali Rustam.

Turut mengiringi Us. Kamaruddin ialah Adly Zahari Exco DPP Pusat yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Melaka; Harun Mohamed Naib Ketua DPPNM, Yuhaizad Abdullah Ketua Penerangan DPPNM serta beberapa orang AJK DPPN Melaka.


DPP NEGERI MELAKA SERAH MEMO BANTAHAN HARGA MINYAK KEPADA KETUA MENTERI MELAKA PETANG INI


Melaka 3 Ogos : DPPN Melaka akan menyerahkan memo bantahan kepada KM Melaka pada pukul 2.30 petang ini di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri. Kenyataan ini telah dibuat oleh Setiausaha DPPN Melaka Shahrom Daud sebentar tadi.

Oleh itu DPPN Melaka menjemput seluruh ahli dan penyokong PAS terutama pemuda untuk bersama-sama mengiringi kepimpinan DPPN Melaka semasa penyerahan memo tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59