Tuesday, 2 August 2005

SELEPAS 5 TAHUN MAKMAL KOMPUTER MASIH TERBENGKALAI


MELAKA: Makmal komputer Sekolah Kebangsaan (SK) Alai yang sepatutnya sudah boleh digunakan sejak lima tahun lalu, kini masih terbengkalai dan gagal dimanfaatkan guru serta murid sekolah itu.

Keadaan itu menyebabkan 507 murid sekolah berkenaan ketinggalan dalam mata pelajaran teknologi maklumat (IT) sehingga menyebabkan ahli keluarga mereka mengambil cara lain untuk mendidik anak mereka mempelajari bidang komputer.

Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, mereka mendapati meja, komputer dan perabot dalam makmal berkenaan berselerak dan tidak tersusun walaupun bangunan terbabit mempunyai kemudahan hawa dingin.

Selain itu, bangunan berkenaan sedang dicat kerana difahamkan pihak kontraktor baru saja menyelesaikan kerja membaik-pulih keretakan dinding serta atap yang bocor.

Keadaan itu menyebabkan pihak pengurusan sekolah tidak berpuas hati dengan kerja yang dilakukan kontraktor di samping kelewatan pihak Mimos Berhad untuk memasang kemudahan talian internet.

Menurut Penyelaras Makmal Komputer SK Alai, Amalia Mohamad walaupun Mimos sudah menghantar 21 komputer, awal bulan lalu tetapi pihak itu masih belum memasang internet.

“Sebelum ini, makmal SK Alai mempunyai 10 komputer tetapi sudah tidak boleh digunakan lagi. Perabot yang dipasang pembekal ke sekolah ini pun tidak sempurna sehingga memaksa pihak sekolah membaikinya. Saya tidak berpuas hati dengan keadaan itu,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Sementara itu Bendahari DPP Negeri Melaka, Tuan Haji Salamat Aman ketika diminta mengulas perkara ini menyatakan bahawa kegagalan ini mesti disiasat dengan telus dan adil. Bagaimana mungkin setelah 5 tahun makmal masih tidak boleh digunakan. Isu makmal roboh, kemudahan tidak cukup, keretakan di sana-sini dan sebagainya sudah lama dilaporkan oleh media dan juga orang ramai.
Tetapi sehingga ke hari ini isu ini masih belum selesai. Tegas beliau yang juga merupakan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil.

Sementara itu Ketua Penerangan DPP Negeri Yuhaizad Abdullah menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa kerajaan BN tidak pandai memerintah dan mentadbir. Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pelajaran iaitu Dato' Hishamuddin Hussein mesti meletakkan jawatan kerana isu ini merupakan isu lama yang sepatutnya telah lama diselesaikan. Tambah beliau yang juga merupakan NYDP PAS Kawasan Jasin.

Beliau juga penuh yakin bahawa terdapatnya penyelewengan dalam kes ini kerana dilaporkan bahawa dindingnya retak dan bocor. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan besar bangunan ini tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya. Menurut beliau suatu ketika dahulu penyelewengan dalam pembinaan makmal komputer sekolah di seluruh negara pernah didedahkan oleh media di mana dari kajian yang dibuat oleh pihak berkuasa mendapati bahawa sebahagian besar makmal yang roboh, retak dan bocor adalah disebabkan bahan-bahan binaan yang digunakan tidak memenuhi spesifikasi dan ada juga yang menggunakan bahan-bahan lama.








JANGAN LUPA BESOK 3 OGOS TARIKH PENENTU HIDUP MATI PASTI DI MELAKA


Bukit Katil 2 ogos : Seluruh ahli dan penyokong PAS di minta bersama-sama berdoa dan bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya memelihara PASTI. Seluruh ahli, penyokong dan simpatisan PAS juga diseru supaya bersama-sama menghadiri perbicaraan PASTI di Mahkamah Tinggi Melaka di Ayer Keroh esok bermula 9.00 pagi.

Sila maklumkan kepada semua umat Islam.


RAKYAT MESTI BERTINDAK TERHADAP KENAIKAN HARGA MINYAK - HARUN


Melaka 2 Ogos 2005 : Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya bangkit menentang kenaikan harga minyak yang telah 3 kali dinaikkan oleh kerajaan Malaysia tahun ini.

Kenaikan harga minyak ini telah semakin membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah, tegasnya ketika ditemui selepas mesyuarat lajnah penerangan negeri di sini malam tadi. Harun menjelaskan bahawa kerajaan sepatutnya berusaha untuk mengekalkan harga minyak ini kerana ianya menjadi indikator penting kepada kenaikan harga barangan lain.

Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak sepatutnya berupaya untuk menampung kenaikan harga minyak ini supaya ianya tidak membebankan rakyat. Keutungan lebih 50 billion yang dicatatkan oleh Petronas tahun ini sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat. Sebaliknya sebelum ini terbukti kerajaan menggunakan wang keuntungan Petronas ini untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah, menjalankan projek-projek mega seperti Twin Towers, Formula One dan sebagainya.

Apakah pemimpin yang ada sekarang ini tidak berhati perut langsung sehingga tidak nampak penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kesan dari kenaikan harga minyak dan harga barangan ini. Soal Harun yang juga merupakan Naib Ketua DPP Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru seluruh rakyat Melaka supaya bangkit bersama-sama PAS menangani isu ini. Ketika ditanya apakah reaksi dan tindakan PAS Melaka beliau menjawab bahawa lajnahnya akan 'turun padang' bertemu rakyat untuk menjelaskan isu ini. Program pertama yang akan dijalankan ialah program pengedaran risalah di tapak Pasar Malam Ayer Molek pada 11 Ogos ini bermula pada jam 6.00 petang bersama-sama dengan Bendahari PAS Pusat Dr.Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat Dr. Syed Azman Syed Ahmad An-Nawawi.

Beliau menyeru rakyat Melaka supaya menjadikan pengumuman kenaikan harga minyak ini sebagai titik permulaan untuk rakyat Melaka khasnya dan Malaysia amnya supaya bangkit menolak kerajaan BN Islam Hadhari yang jelas gagal menjagka kebajikan rakya. BN mesti ditumbangkan dalam Pilihanraya akan datang tegasnya dengan penuh semangat.


MAIM MAHU NAIK TARAF, PULIHARA BANGUNAN - PAS DIMINTA PANTAU


MELAKA: Majlis Agama Islam Melaka (Maim) bercadang bekerjasama dengan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk menaik taraf dan mengubah suai premisnya di zon pemuliharaan bangunan warisan di pusat bandar bagi mengekalkan keaslian reka bentuk serta konsepnya.

Setiausahanya, Abd Halim Tawil, berkata cadangan itu selaras usaha Perzim memulihara bangunan warisan di negeri ini berdasarkan Enakmen Pemeliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 pindaan 1993 (Enakmen Pemeliharaan).

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 20 premis daripada keseluruhan 87 premis milik Maim terletak dalam zon itu di pusat bandar termasuk sebahagian besarnya membabitkan harta wakaf yang ditadbir Jawatankuasa Masjid Kampung Hulu.

Beliau berkata, kebanyakan bangunan terbabit berusia lebih 30 tahun dan sebelum ini sudah diubah suai mengikut keperluan.

"Pelaksanaan usaha ini sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negeri kerana sebelum adanya Enakmen Pemeliharaan, pemilik premis tiada pengawalan dan garis panduan dalam mengubah suai bangunan masing-masing.

"Bagaimanapun, projek menaik taraf bangunan ini akan dibuat secara bersama. Maim akan turut mengeluarkan perbelanjaan hasil sewaan bangunan kita kepada peniaga sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan bangunan nombor 27 Jalan Hang Kasturi serta lain-lain projek pemeliharaan dan pemugaran di sini.

Majlis dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ahmad Rusli Joharie yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemuliharaan dan Pemugaran Melaka.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Ibrahim Durum dan Pengurus Besar Perzim, Datuk Prof Dr Ramlah Adam.

Premis nombor 27 berkenaan adalah bangunan kedua milik Maim yang dibaik pulih oleh Perzim melalui peruntukan Tabung Pemuliharaan negeri selepas premis nombor 29 yang kini digunakan sebagai kedai jualan cendera hati.

Prof Dr Ramlah berkata, selain bangunan terbabit, Perzim berjaya menyiapkan projek membaik pulih 12 unit gerai di bangunan Stadthyus yang bermula pada 18 April dan berakhir pada 10 Julai lalu.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah ketika diminta mengulas perkara ini berkata, DPPN Melaka menyokong usaha untuk menaik taraf dan memulihara bangunan ini, namun kita akan memantau perkara ini kerana kita tidak mahu adanya unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan sebagainya seperti mana yang berlaku ke atas sebuah bangunan di atas Tanah Wakaf di mana ianya telah dijual kepada bangsa asing suatu ketika dahulu.

Peristiwa malang itu sungguh menyayat dan mengguris hati umat Islam Melaka kerana kerajaan negeri sanggup melakukan perkara itu semata-mata untuk mendapatkan wang. Tegasnya yang juga merupakan Naib YDP PAS Kawasan Jasin.


AGENDA BARU NASIONAL (ANB)- TIADA YANG BARU HANYA NAMA SAHAJA YANG BERLAINAN & BARU


Bukit Katil 2 Ogos 2005 : Agenda Baru Nasional (ANB) yang riuh diperkatakan kerajaan sekarang sebenarnya hanyalah sebuah cerita lama yang diberi nama baru. Ianya ibarat cerita 'DO RE MI' yang dilakukan semula oleh anak-anak A.R Tompel, P.Ramlee dan Ibrahim Din iaitu A.R Badul, Nasir P.Ramlee dan anak Ibrahim Din (kalau ada). Semua agendanya adalah agenda lama yang diberi nama baru dan perkataan baru.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan agar apa juga dasar yang akan dilaksanakan kerajaan mesti mengambil kira perpaduan kaum dan memastikan hubungan baik antara kaum dipelihara sepanjang masa demi kestabilan politik.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, usaha juga perlu diambil dalam menghapuskan jurang kemajuan yang masih terdapat antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.

Setelah DEB dilancarkan kira-kira 30 tahun lalu, kaum bumiputera masih ketinggalan jauh di mana matlamat untuk mencapai 30 % hanya tinggal angan-angan kosong. Sehingga kini orang melayu hanya memegang 18 % kepentingan ekonomi di dalam negara. Peratus tertinggi yang pernah dicatat oleh orang melayu ialah ketika Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan iaitu 22 % suatu ketika dulu.

Selagi kerajaan Islam Hadhari yang memerintah sekarang tidak membuat perubahan drastik terhadap kepimpinan, sistem pentadbiran, perangai, akhlaq pemimpin, amalan demokrasi dan sebagainya selagi itulah matlamat ini akan menjadi angan-angan 'Mat Jenin' sahaja.

Bagaimana mungkin orang melayu boleh mencapai tahap tersebut sedangkan kepentingan ekonomi dan perniangaan mereka di'Ali Baba'kan, pilih kasih berleluasa, kronisme & nepotisme menjadi amalan wajib, kontrak dan peluang perniagaan dibolot oleh pemimpin, ahli dan suku sakat Umno, rasuah dan penyelewengan menjadi pakaian pemimpin kerajaan dan kakitangan mereka.

Perkara ini sudah lama diperkatakan oleh PAS. Ini kerana PAS sedar bahawa selagi sistem diubah selagi itu matlamat murni ini tidak akan menjadi kenyataan.


Web TV untuk ditonton


DPP Kawasan Bukit Katil ingin mengajak sahabat-sahabat semua menonton sebuah web TV yang dipancarkan dari UK. Sahabat-sahabat boleh melawat web site ini www.islamchannel.tv/index.aspx.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59