Monday, 1 August 2005

PENGEDARAN RISALAH KENAIKAN MINYAK DAPAT SAMBUTAN BAIK


Bukit Katil 1 Ogos 2005 : Program pengedaran risalah kenaikan harga minyak di Pasar Malam Batu Berendam semalam mendapat sambutan yang amat baik dari orang ramai. Program anjuran DPP Negeri Melaka dengan kerjasama DPP Kawasan Bukit Katil telah dimulakan pada jam 6.15 petang hingga 7.15 petang.

Program ini turut disertai oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka, Us. Zulkifli Ismail dan beberapa orang ahli PAS Bukit Katil. Pimpinan DPP Negeri Melaka yang menjayakan program ini adalah Ketua DPP, Timbalan dan Naib Ketua DPP Negeri Melaka iaitu Us. Kamaruddin, Us. A.Mukhlis dan Harun Mohamed. Turut serta ialah Ketua Penerangan Yuhaizad Abdullah, Bendahari Hj Salamat Aman serta beberapa AJK DPPN Melaka.

Yuhaizad dalam kenyataannya menyatakan program ini adalah program berterusan yang akan dijalankan oleh DPPN Melaka. Maklum balas yang ditunjukkan oleh orang ramai cukup baik dan ini menunjukkan bahawa PAS tetap mendapat simpati dari orang ramai.







TAKZIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Bukit Katil : PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan takziah kepada rakyat Malaysia ekoran pengumuman kenaikan harga minyak semalam. Ini merupakan rentetan peristiwa malang untuk rakyat Malaysia yang terpaksa menghadapi kenaikan harga minyak sebanyak 3 kali tahun ini. Kenaikan itu bermula pada bulan Mac diikuti dengan bulan Mei dan semalam sekali kerajaan mengumumkan kenaikan petrol 10 sen dan diesel 20 sen.

Inilah sebenarnya bala yang menimpa rakyat Malaysia yang masih belum sedar dengan kezaliman dan kedurjanaan kerajaan Islam Hadhari Umno. Bunga yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada BN dalam Pilihanraya lalu dibalas dengan 'tahi' oleh BN kepada rakyat.

PAS Kawasan juga menjangkakan harga barangan akan dinaikkan walaupun kerajaan memberikan amaran supaya peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barangan jualan masing-masing. Bagaimana mungkin peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barangan dengan kenaikan kos pengangkutan. Adakah kerajaan BN ini tidak memahami perkara asas dalam perniagaan. Apabila kos pengangkutan naik, maka terpaksalah harga barangan dinaikkan. Takan itupun bangang tidak boleh fikir. Kita tidak boleh menyalahkan peniaga 100 % kerana mereka terpaksa menanggung kos ini. Sudah 3 kali minyak naik tahun ini maka sudah pasti kos pengangkutan melambung tinggi.

Maka yang menanggung bebannya ialah rakyat bawahan. Bayangkan individu yang bergaji RM500.00, apa yang boleh mereka beli dengan duit sebanyak itu. Dengan persekolahan anak-anak, makan pakai dan sebagainya.

Apa yang menghairankan dengan keuntungan Petronas lebih 50 billion, tidakkah wang ini boleh menampung subsidi minyak kepada rakyat. Bila lagi hasil negara ini hendak digunakan untuk membela rakyat. Adakah wang ini hendakkan digunakan untuk membeli kondon dan jarum untuk pesakit HIV atau wang ini digunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sudah sampai masanya kehidupan bermewah-mewah pemimpin dihentikan. Istana berharga 200 juta, kos ubahsuai istana PM13 juta, main judi berhutang sampai RM7.1 juta dan lain-lain adalah antara rentetan kemewahan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara Islam Hadhari ini.

PAS Kawasan menyeru sekelian rakyat Malaysia supaya bangkit menentang kenaikan harga minyak ini kerana isu ini adalah isu semua orang tidak mengira bangsa, agaman dan warna kulit.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59