Thursday, 21 July 2005

MUNGKINAH RAFIDAH DITENDANG, TERBUANG DAN TERUS MENGHILANG


Roslan SMS menulis ......

UTUSAN MALAYSIA hari ini meneruskan tindakannya menyerang Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz. Ekoran kejadian Rafidah menangis di depan media semalam, UTUSAN membawa tajuk mukadepan:

Saya tidak akan letak jawatan. Rafidah menangis pada sidang akhbar.

Manakala kartun Senyum Kambingnya pula membuat lawak:



Tidak cukup dengan itu, dalam ruangan Dalam Negeri akhbar yang sama, mukasurat 5 dikeluarkan contoh borang AP JK69 sebenar yang menunjukkan seorang pemegang AP mengisytiharkan kereta baru Subaru Impreeza yang nilai pasarannya sekitar RM201,000 sebuah sebagai bernilai cuma RM20,000 sebuah, iaitu perbezaan sebanyak RM181,000!

Dalam muka sama penulis Asuki Abas yang menulis artikel bertajuk:

Rakyat tunggu langkah seterusnya

Telah menulis antara lain:

Terbukti system AP memang bersandarkan naugan politik. Memang benar semua orang boleh memohonnya tetapi hanya mereka yang teristimewa yang mendapatnya.

Daripada nama-nama yang disenaraikan ada yang berulang-ulang. Nama dua daripada tiga Datuk itu, sebagai contoh, dicatat dalam enam buah syarikat yang memegang AP francais.

Dan pada sidang akhbar di PWTC siang tadi jelas Rafidah tidak senang dengan gelagat pihak UTUSAN itu. Beliau bising-bising dan tidak dapat memahami apakah hasrat dan agenda sebenar akhbar tersebut, terutama berita mukadepannya itu. Menurut beliau barangkali akhbar itu sudah ada calon untuk menggantikan beliau ditempatnya.

Dan siang tadi juga para perwakilan di Persidangan Pemuda Umno tidak henti-henti menyinggung dan mengkritik isu AP yang melibatkan Rafidah, antara yang mengambil bahagian adalah Ketua Penerangan pergerakan itu sendiri.

Apa pun jelas isu AP ini memang menghantui masa depan politik Rafidah. Para perwakilan dalam Perhimpunan Agung parti itu yang bermula esok dijangka akan terus melapah dan mneyiang Rafidah dan demikianlah juga dengan Utusan.

Kiranya Rafidah mampu terus bertahan sehingga tamat perhimpunan ini bermakna beliau memang benar-benar Iron Lady. Namun ramai pemerhati politik mengandaikan sebagaimana yang dikehendaki UTUSAN dan tangan-tangan hitam dibelakangnya, Rafidah berkemungkinan besar akan ditimpa nasib yang serupa dengan Isa Samad bukannya cemerlang, gemilang dan terbilang tetapi ditendang, terbuang dan terus hilang.

Kalau parti sendiri dah benci dan akhbar tulang belakang pun menyerang, elok sangatlah Rafidah akur dan menghabiskan sahaja masa dan sisa hidup menimang cucu di rumah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59