Thursday, 14 July 2005

US. ISMAIL KAMUS BERCERAMAH DI SOLOK GAUNG 17 JULAI


Bukit Katil 14 Julai 2005: Tokoh agama terkenal Us Ismail Kamus akan mengadakan ceramah di Sek.Men. Ugama Ar-Rahmah pada 17 Julai ini iaitu pada sebelah malam. Menurut Pengerusi PIBG Sekolah tersebut, Tuan Haji Bakrin Sidek, program yang dianjurkan oleh sekolah tersebut merupakan program berterusan dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat setempat dan pelajar-pelajarnya.

Beliau menegaskan tiket-tiket derma berharga RM6.00 dijual kepada orang ramai sebagai sumbangan kepada sekolah. Tiket-tiket boleh didapati dari wakil-wakil mereka di cawangan-cawangan.


LAWATAN DISIFATKAN BERJAYA - US.KAMARUDDIN


Bukit Katil 14 Jul 2005 : Ketua DPPN Melaka, Us. Kamaruddin Sedik menyifatkan lawatan Ahli Dewan Harian DPPN . Melaka ke Kawasan Bukit Katil malam tadi adalah berjaya. Menurutnya beberapa perkara telah dibincangkan dalam lawatan tersebut antaranya masalah kurangnya komitment AJK Pemuda Kawasan dan ahli, gagalnya program tarbiah di Kawasan dan Cawangan dan lain-lain.

Dalam ucapan pembukaannya Us. Kamaruddin menggariskan beberapa perkara penting yang mesti di garap oleh pemuda dalam mendepani cabaran mendatang. Antaranya pemuda mestilah memperkasakan aqidah dan fikrah kerana jika sekiranya perkara tidak diperkasakan kita takut suatu hari nanti pemuda akan gagal bila menghadapi ujian yang hebat. Pemuda juga mestilah memperkasakan ilmu dan kemahiran tidak kira samada seseorang berpendidikan agama atau biasa. Ustaz mestilah menambah pengetahuannya dalam bidang IT, kemahiran bahasa Inggeris dan sebagainya. Golongan professional dan aktivis pula hendaklah rajin menimba ilmu agama dan haraki supaya kita dapat melahirkan ahli pemuda yang serba boleh, tegas Us. Kamaruddin yang juga merupakan Ketua DPPK Jasin.

Sementara itu, Tuan Haji Salamat Aman melahirkan harapannya agar semua AJK DPPK Bukit Katil dan ahli pemuda Kawasan sentiasa komited dengan program jemaah. Akhir-akhir ini sudah terdapat sindrom malas untuk bermesyuarat dan terlibat dengan aktiviti jemaah. Ini amat merbahaya kerana kita sebenarnya telah diberi amanah untuk menjalankan tugas ini. Janganlah kita melepas diri dari tanggungjawab ini, tegas Hj. Salamat dengan nada kesal.

Turut serta dalam rombongan DPPN Melaka adalah Us. Ashrof Mukhlis, Sdr Harun Mohamed dan Sdr. Yuhaizad Abdullah. Sementara Setiausaha DPPN Melaka, Sdr Ahmad Shahrom Daud tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain di Terengganu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59