Tuesday, 12 July 2005

AKHBAR ALTERNATIF TERBARU AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI


Sebuah akhbar alternatif akan diterbitkan tidak lama lagi sebagai memenuhi tuntutan rakyat Malaysia yang sekarang ini dahagakan maklumat alternatif selain dari akhabr arus perdana yang menjadi lidah rasmi kerajaan Malaysia.

Akhbar yang diberi nama 'SIASAH' ini dijangkakan menemui para pembaca bermula bulan hadapan. Menurut sumber yang boleh dipercayai akhbar ini akan diterbitkan berselang seli dengan HARAKAH. Ini bermakna setiap minggu 'peminat-peminat' akhbar alternatif akan memperolehi maklumat terkini tidak sebagaimana sekarang.

Difahamkan akhbar SIASAH ini akan diterajui oleh Pengarang Alternatif terkenal Ahmad Lutfi Othman dan dibantu oleh beberapa orang lagi penulis dan pemberita berpengalaman.

Ianya akan diedarkan oleh pengedar-pengedar HARAKAH sekarang. JANGAN LUPA TUNGGU KEMUNCULANNYA.


Perang mulut Dr M-Rafidah dedah pekung sendiri


Perang mulut antara mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dengan Rafidah Aziz mengenai isu pengurniaan AP tiba-tiba menjadi lumayan dramatik. Saya yang menonton drama kisah benar itu menjadi terkedu – tidak tahu sama ada hendak nak menangis atau ketawa dengan sensasi yang terselongkar, episod demi episod.

Ironisnya, Dr Mahathir maupun Rafidah, kedua-duanya sedang bercakap benar dalam banyak perkara yang didebatkan itu! Lebih ironis lagi kerana kedua-duanya sedang mengalami luka dan calar-balar akibat perang mulut ini. Kredibiliti Dr Mahathir terjelepuk kerana aksi ‘cakap tak serupa bikin’.
Rafidah menyebut, nama pemegang AP memang tidak pernah ‘dipecah-tembelangkan’ – dulu, kini (dan selamanya?) – baik semasa era Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan, hatta semasa beliau menjadi perdana menteri dulu. Sudahlah begitu, Dr Mahathir turut terpalit apabila Rafidah mengheret nama anaknya sebagai salah seorang pemegang AP untuk membawa masuk kereta Porche-nya!

Turut sama terjelepuk akibat dakwaan dan dakwaan-balas tersebut ialah maruah kerajaan, dasar Barisan Nasional dan nama perdana menteri sendiri. Dan dalam pada Dr Mahathir berusaha mempertahankan nama baiknya, sekonyong-konyong tersembullah pula satu rahsia misteri dan comot Umno – rupa-rupanya AP pernah menjadi habuan untuk difaraidkan di kalangan kakitangan ibupejabat Umno!

Kata Dr Mahathir yang empunya cerita, permit-permit tersebut kemudian dijual (Ali Baba?) kepada orang lain bagi memperoleh pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan. Terlopong saya membacanya!

Bila perang mulut ini akan tamat sukar dijangkakan. Biarkan saja, dan berikan mereka peluang untuk terus berpencak mendedahkan keburukan satu sama lain. Pada saya yang kalah jadi abu, dan yang menang jadi arang.

Saya cuma berminat untuk mengulas dabikan dada Dr Mahathir bahawa semasa era beliau sebagai perdana menteri, beliau pernah mendedahkan senarai nama syarikat yang mendapat projek penswastaan kerajaan. Kononnya ia untuk menangkis tuduhan wujudnya kronisme dalam kerajaan. Juga untuk membuktikan bahawa individu-individu yang menuduh berlakunya amalan kronisme itu sendiri mendapat manfaat besar daripada amalan sedemikian.

Umum tahu bahawa sasaran beliau ialah Ahmad Zahid Hamidi, ketua Pemuda ketika itu – seorang yang beliau dakwa menjadi kroni besar Anwar Ibrahim. Zahidlah yang membangkitkan isu kronisme semasa Persidangan Pemuda Umno waktu itu.

Apabila nama Zahid tersenarai sebagai Pengarah Eksekutif Pantai Dalam Development Sdn Bhd. (PDDSB), salah sebuah syarikat yang dikurniakan projek penswastaan kerajaan, Dr Mahathir menyerang Zahid habis-habisan. Zahid pun jatuh terjelepuk kerana dikeroyok, termasuk oleh semua media Umno yang menyamar sebagai media arus perdana. Tiada siapa peduli kisah benar di sebalik dakwaan Dr Mahathir itu.

Sebenarnya kisah pendedahan yang dibangga-banggakan dan diulang-ulangkan oleh Dr Mahathir itu hanya separuh benar. Menceritakan sesuatu yang separuh benar samalah dengan tidak bercakap benar.

Projek penswastaan yang menjadi isu ketika itu sebenarnya dianugerah kepada sebuah yayasan milik kroni Umno ketika itu – Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YGK). Orang kuat YGK ketika itu ialah Mohd Najib Razak – Timbalan Perdana Menteri sekarang. Zahid adalah Setiausaha YGK yang bekerja untuk bosnya, Najib.

Dia dan beberapa pengarah lain dalam syarikat PDDSB hanyalah wakil YGK dalam lembaga pengarah. Secara peribadi Zahid tidak ada satu sen pun saham dalam syarikat itu. Projek itu pun telah gagal, dan Zahid tidak rugi satu sen pun sebab projek itu bukan dia punya.

Dalam usaha Dr Mahathir untuk memburukkan Zahid, mantan Perdana Menteri itu terlupa bahawa ia secara tidak langsung telah menyembulkan satu lagi bisul Umno – bahawa para penerima warkah penswastaan itu semuanya adalah kroni-kroni Umno belaka.

Dan kini saya juga pasti – kalau Rafidah bertindak menyenaraikan nama-nama penerima AP, sudah tentu ia akan terdiri daripada kroni-kroni Umno juga.

(TRANUNGKITE)


Malaysian Community of Manchester statement on London blast


First of all, we (Malaysians residing in Manchester) would like to express our sincere condolence and share the sorrow with all Briton on the recent explosions in London. We totally reject and condemn every form of terrorism. It does not provide any cover or justification for any act of violence, be it committed by an individual, group or government.

We strongly condemn all acts and forms of terrorism because we belief that not only Islam but also other religion, whatever its name, can’t apply violence and bloodshed of innocent people in the name of God. Acts of violence to resolve conflict anywhere in the world, at any period in history, achieves ought, as violence only begets further violence.

Terrorism perpetuated by individuals, organizations or worse still state sponsored, only escalates a vicious cycle of enmity and hatred. In addition, Islam visualizes an association of strong and stable states allied together in the pursuance of peace, freedom of conscience and the promotion of human welfare. We pray to the Almighty to give us fortitude in this most trying of times and may He grant us the elusive peace that the world so covets.


Oleh : Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
MALAYSIAN COMMUNITY of CHEETHAM HILL (MCCH)
49 Faraday Avenue, Cheetham Hill, Manchester M8 0SS
Tel.: 0161-2050362
website: www.mc-ch.co.uk


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59