Wednesday, 6 July 2005

MALAYSIA SYURGA PELACURAN


DPP Kawasan Bukit Katil memandang serius terhadap jawapan Perdana Menteri di dalam Parlimen yang menyatakan bahawa terdapat 26,864 orang pelacur asing ditangkap setakat di Malaysia. Ini belum dicampurkan jumlahnya dengan pelacur rakyat Malaysia. Apa yang bermain di kepala kita ialah mengapa begitu ramai sekali pelacur di Malaysia ini. Itu jumlah yang ditangkap, yang masih bebas mesti lebih ramai dari jumlah itu.

Nampaknya negara Islam Hadhari ini merupakan syurga bagi pelacuran. Kalau tidak masakan begitu besar jumlah pelacur yang bermastautin di sini. DPP Kawasan Bukit Katil sebenarnya tidak berasa hairan dengan fenomena ini kerana kita tahu Islam Hadhari itu sendiri sebenarnya tidak mementingkan pencegahan kemungkaran dalam pengisiannya. Itulah sebabnya pencegahan kemungkaran tidak termasuk dalam 10 'rukun' Islam Hadhari.

Kerajaan Malaysia juga sebenarnya tidak serius untuk menangani gejala pelacuran ini. Ini dapat kita lihat melalui bercambahnya tempat-tempat maksiat seperti Nite Kelab, Dangdut, Karaoke, Pub dan sebagainya yang mana tempat sebegini adalah antara tempat tumpuan pelacur-pelacur mencari pelanggan. Ada juga dikalangan GRO di tempat-tempat ini yang menjalakan kerja sebagai pelacur. Kalau ditinjau di bandar-bandar besar seperti KL, Georgetown, Melaka, JB dan sebagainya kita dapat melihat tempat-tempat maksiat seperti begitu banyak dan beroperasi sehingga ke pagi tanpa pengawasan.

Kes The Zouk juga menjelaskan kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari sebenarnya lebih suka tempat-tempat hiburan yang menjadi penggalak kepada pelacuran ini terus beroperasi dan dikunjungi oleh anak-anak muda. Dalam kes itu pengusaha dan anak-anak muda yang terlibat dengan maksiat itu dilepaskan manakala JAWI pula yang dimarahi. INILAH ISLAM HADHARI.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan DPP PAS Kawasan Bukit Katil


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59