Friday, 1 July 2005

Universiti Utara Malaysia sekali lagi jadi milik UMNO


Dpetik dari Tranungkite........

Pelantikkan Ketua Pengarah Biro Tatanegara sebagai Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikkan Allayarham Datuk Prof Dr. Ahmad Fauzi Mohd Basri yang meninggal sebelum ini sekaligus menamatkan spekulasi siapa pengganti tonggak kedua tertinggi dalam universiti berkenaan. Pelantikkan tersebut telah menamatkan peluang kepada beberapa kalangan tokoh akademik yang telah dibayangkan akan mengisi jawatan tersebut sebelum ini.

Datuk Dr. Nordin Kardi yang merupakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara yang menjadi agensi yang berperanan utama untuk menanamkan dakyak-dakyah kerajaaan UMNO-BN kepada jiwa masyarakat negara ini baik dari kalangan pelajar ataupun pekerja dari kakitangan kerajaan dan sebagainya melalui Kem Bina Negara.

Mungkin dari segi kelayakan beliau, Dr. Nordin tidak dapat dinafikan kelayakannya dari segi akademiknya dimana beliau adalah merupakan bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia yang dulunya dikenali dengan Universiti Pertanian. Namun apa yang menjadi pertikaian dan persoalan yang bukan sahaja dari kalangan pensyarah-pensyarah di UUM bahkan juga di seluruh negara tentang mengapa pihak kerajaan memilih beliau untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Apakah di universiti tersebut tidak ada pensyarah yang lebih layak lagi untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut? Mengapakah jawatan tersebut biasanya diisi oleh ‘orang luar’ setiap kali ada kekosongan? Mungkinkah kerajaan UMNO-BN tidak menaruh kepercayaan kepada pensyarah-pensyarah lain di IPTA berkenaan. Atau mungkin jika melantik mana-mana pensyarah ‘dalam’, mereka mungkin tidak sebulu dengan jiwa pihak kerajaan.

Isu ini sering timbul bilamana orang yang menjawat jawatan Naib Cancelor atau jawatan tertinggi di institusi pengajian tinggi bisa terjatuh ke tangan mereka yang mendokong atau menyokong fahaman atau agenda parti pembangkang atau mereka yang bersifat berkecuali dan sering tidak menyokong dasar kerajaan yang dilihat dari sudut kaca mata mereka banyak yang tidak releven serta mendatangkan kerugian kepada masyarakat secara keseluruhannya. Demi untuk memastikan segala tindak-tanduk dan dasar kerajaan mendapat dokongan daripada pihak institusi pengajian tinggi maka mereka memilih kalangan pimpinan utama universiti dari mereka yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan.

Sebagaimana yang sudah ditelah oleh media-media tempatan milik UMNO-BN yang membuat spekulasi dengan tidak menolak kemungkinan ‘calon luar’ yang akan dipilih untuk memegang amanah sebagai orang nombor dua di universiti berkenaan. Akhirnya telahan tersebut benar-benar berlaku dengan pengumuman yang dibuat bahawa Dr. Nordin selaku orang luar UUM telahpun dipilih ke jawatan berkenaan.

Kita melihat bahawa pelantikkan tersebut adalah merupakan suatu lagi ruang penusukan pengaruh kerajaan untuk mencengkam kebebasan di universiti sama ada ke atas tenaga pengajarnya hinggalah para penuntutnya. UMNO dan BN tidak pernah sunyi dari sebarang usaha mereka untuk mengongkong banyak pihak lebih-lebih lagi di ketika zaman parti tersebut sedang dilanda kemelut dari segi imej dan pengaruhnya di negara ini akibat dicemari dengan pelbagai isu dan skandal dari kalangan tapuk pemimpin utama mereka.

Adalah diyakini dan difahami bahawa tindakan kerajaan dalam isu pelantikan Naib Cancelor dan kongkongan pihak kerajaan di setiap IPT di negara ini mendapat rangsangan negatif dari kalangan banyak pihak yang mana meskipun tidak membantah secara lisan atau bertulis tapi sudah pasti mereka akan mengambil tindakan melalui peti-peti undi.


Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi
Angkatan Masyarakat Madani


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59