Thursday, 30 June 2005

DEWAN PEMUDA PAS MELAKA ADAKAN PROGRAM EDAR RISALAH GEJALA SOSIAL DAN KENAIKAN HARGA BARANG


Alor Gajah 30 Jun 2005 : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berjaya mengadakan program bertemu masyarakat sambil mengedarkan risalah Gejala Sosial dan Kempen kenaikan harga barang semalam. Program tersebut yang telah dirancang sempena program ceramah YB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Salahuddin Ayub pada malam tadi.

Dalam program tersebut seramai 30 orang ahli-ahli pemuda PAS Melaka telah sama-sama mengedarkan risalah itu di Tapak Pasar Malam Pekan Durian Tunggal. Program yang dianjurkan bersama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung pasar malam tersebut.

Risalah gejala sosial tersebut mencatatkan bahawa peningkatan kes dadah, jenayah dan sebagainya meningkat dengan mendadak dari tahun 2001 hingga 2003. Manakala risalah kempen kenaikan harga barang memberikan data-data kenaikan harga minyak serta impaknya kepada rakyat.

Program seumpama akan diteruskan di masa ke semasa dan juga akan diperluaskan ke seluruh negeri Melaka. Turut serta dalam program petang semalam ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Sdr. Adly Zahari yang juga AJK DPP Pusat; Ketua DPPN Melaka, Us. Kamaruddin Sedik, Timbalan Ketua Us Ashraf Mukhlas, Ketua Penerangan Sdr Yuhaizad Ketua-ketua Dewan Pemuda Kawasan dan AJK-AJK DPP Negeri serta ahli-ahli DPP dari semua kawasan.

Pada sebelah malamnya YB Salahuddin Ayub telah menyampaikan ceramah beliau di Markaz PAS Durian Tunggal.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59