Monday, 27 June 2005

ROSLAN SMS MENULIS.........


KALAU DALAM UMNO PUN RASUAH DALAM PILIHANRAYA BAGAIMANA?

Jelas dari perkembangan di dalam Umno sejak akhir-akhir ini, wabak politik wang telah berjaya menular menjadi darah daging dalam parti Melayu tersebut. Wang digunakan untuk membeli sokongan, bagi memastikan satu-satu pemimpin itu naik. Ianya berlaku dari peringkat akar umbi dari serendah-rendah cawangan hinggalah ke pemilihan bahagian sehinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi sebagaimana yang kita lihat perkembangannya pada hari ini.

Apabila wang menjadi asas sokongan, maka kelayakan ataupun kemampuan seseorang itu akan ditolak tepi. Seorang pemimpin yang jujur, berani dan berwibawa akan dilangkaui kiranya seorang pemimpin yang walaupun bongkak, sombong, pembohong dan longgar moralnya tetapi memiliki wang dan kekayaan terpa ke hadapan untuk menawarkan diri menjadi pemimpin.

Lantaran berdarah dagingnya politik wang ini, maka akan bertapak dan bermaharajalelah jugalah lain-lain amalan mungkar umpama kronisma, nepotisma dan cantas-mencantas politik.

Demikianlah halnya di dalam Umno. Saya pasti ramai dikalangan kita samada yang dalam Umno maupun yang diluar memiliki pengalaman masing-masing. Saya sendiri pernah melihat seorang tokoh korporat yang banyak berjasa menaikkan martabat bangsa khususnya dalam bidang ekonomi ditewaskan dalam percubaan pertama beliau sebagai ketua cawangan dalam bahagian Kuala Selangor satu ketika dahulu semata-mata kerana ketua bahagian ketika itu (yang kini telah pun disingkir dari bahagian) berasa terancam.

Di bahagian Kelana Jaya kenalan saya seorang perwakilan mendakwa terdapat jual-beli sokongan ketika pemilihan pucuk pimpinan Pemuda bahagian, sehingga wang bertukar tangan dalam tandas hotel semasa mesyuarat berjalan demi membelo sokongan.

Bapa saudara saya seorang aktivis Umno Wilayah Persekutuan tewas dalam percubaannya untuk jawatan Naib Ketua bahagian walaupun telah banyak menabur jasa. Bila ditanya macam-mana boleh tewas, kata beliau pihak lawannya yang muda dan tidak pernah sebelum ini bergiat dalam bahagian telah menggunakan wang!

Jadi amalan mungkar ini sesungguhnya bukan lagi satu rahsia, tetapi adalah bualan umum.

Jika sesama Umno pun amalan rasuah membeli kuasa dan kedudukan ini berlaku secara terang-terangan dan terbuka bayangkanlah apabila Umno berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya umum! Acapkali parti-parti pembangkang mendakwa Umno dan BN menggunakan wang, bantuan dan berbagai hadiah dan janji untuk membeli undi rakyat, namun ianya tidak dihiraukan oleh pihak berkenaan. Malah dalam pilihnaraya umum lalu tindakan seorang wakil kepada calon Umno untuk membeli calon PAS di Johor telah berjaya dirakam dan ditangkap RED HANDED namun tiada tindakan diambil dan calon Umno yang menang terus menjadi wakil rakyat sehingga hari ini.

Sah Umno pengamal budaya rasuah dan pelopor politik wang ini, maka seharusnya mereka disenarai hitamkan dan sentiasa diawasi oleh BPR.

Pihak berkuasa perlu faham kiranya amalan mungkar ini dibiarkan berlarutan yang akan menjadi mangsa adalah negara dan anak bangsa kita sendiri. Kerana berjaya disogok dengan wang, kemewahan dan wanitalah empayar dan kuasa besar Melayu kecundang di zaman awal dahulu. Apabila agama tidak lagi menjadi panduan, wang dan kedudukan menjadi matlamat, maka amanah akan disalah guna dan negara dan bangsa akan ranap.

Rakyat perlu melihat perkembangan semasa ini dengan penuh serius dan bijak bertindak bagi memastikan ianya segera ditangani demi masadepan kita semua.


RASUAH RUKUN ISLAM HADHARI YANG KESEBELAS


Seperti yang kita sedia maklum Islam Hadhari yang ditaja As'Syeikh Abdullah Badawi mengandungi '10 rukun' antaranya ialah Prinsip pertama: Islam Hadhari Keimanan dan ketakwaan kepada Allah;Prinsip kedua: Kerajaan adil dan beramanah; Prinsip ketiga: Rakyat berjiwa merdeka;Prinsip keempat: Penguasaan Ilmu pengetahuan;prinsip kelima:Pembangunan ekonomi seimbang; Prinsip yg ke enam:Kehidupan berkualiti;prinsip ketujuh: pembelaan hak wanita;
Prinsip kelapan: keutuhan budaya dan moral;Prinsip kesembilan:Pemeliharaan alam sekitar dan kesepuluh: kekuatan pertahanan. Tetapi As-Syeikh Abdullah Badawi sebenarnya terlupa untuk memasukkan satu lagi rukun utama Islam Hadhari iaitu mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.

Rukun sebelas ini wajar dimasukkan kerana ianya telah menjadi darah daging pemimpin Islam Hadhari dari pelbagai peringkat. Bermula dengan pemimpin Islam Hadhari diperingkat JKKK atau cawangan sehinggalah ke peringkat paling tinggi iaitu Naib Presiden. Itupun belum tentu Presiden dan Timbalan Presiden bersih dari rasuah kalau kedua-dua jawatan itu dipertandingkan.

Kita melihat bahawa sekarang ini sudah berapa orang exco kerajaan negeri telah terlibat dengan rasuah ini dan yang paling baru Exco kerajaan Pahang Dato' Shahiruddin Moin yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub. Sebelum tu Exco kerajaan Melaka Dato' Wira Amid Nordin.

Sepatutnya As-Syeikh Abdullah Badawi kena secepat mungkin menambahkan 'rukun' ini sebab kita percaya ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini yang terlibat dengan rasuah ini. Tetapi mungkin mereka ini tidak diambil tindakan sebab tiada pengaduan. Mungkin kerana musuh-musuh politik mereka yang kalah bertanding jawatan yang sama tidak membuat aduan kepada Jawatakuasa Disiplin Parti. Maka selamatlah mereka ini.

Tetapi yang jelas rakyat mulai berfikir dan sedar bahawa inilah Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO yang langsung tidak memikirkan soal-soal dosa dan pahala. Apa yang penting bagi mereka, matlamat menghalalkan cara.

Itu belum lagi kita mempersoalkan dari mana pemimpin-pemimpin itu memperolehi duit yang banyak untuk merasuah perwakilan. Sepatutnya As-Syeikh kita mesti menyiasat semua pemimpin yang bersalah ini tentang punca-punca mereka mendapat wang yang sebegitu banyak.

Saya mencadangkan supaya 'rukun' yang kesebelas ini diiklankan didalam TV supaya ahli-ahli UMNO lebih faham tentang macamana hendak mengamalkan rukun ini dan dari mana punca kewangan boleh didapati.

Rukun ini amat penting bagi UMNO supaya pemimpin-pemimpin mereka lebih kritis, inovatif dan reaktif mencari kekayaan demi untuk mencapai cita-cita politik masing-masing. Apatah lagi setahun dua lagi Pilihanraya umum bakal menjelang sudah tentu mereka ini hendak menggunakan duit banyak untuk merasuah rakyat dan belanja pemimpin atasan untuk melobi jadi calon-calon pilihanraya.

Diharapkan saranan ini mendapat perhatian pemimpin-pemimpin Islam Hadhari demi untuk memastikan Islam Hadhari tetapi relevan, gemilang, cemerlang dan terbilang. Jangan nanti Islam Hadhari menjadi pecah tembelang, pincang dan hilang.



UMNO: MELARAM WAJAH YANG TERCEMAR


Roslan SMS menulis........

Hari ini hampir kesemua akhbar-akhbar mingguan arus perdana memaparkan kes rasuah politik yang membabitkan Isa samad, Naib Presiden Umno yang menang jawatan tersebut dengan undi terbanyak dalam perhimpunan Umno tahun 2004 lalu.

Berbagai komen dan reaksi diberikanb. Sudah pastilah apabila ditanya dari kalangan pemimpin Umno, mereka rata-rata menyokong tindakan ini, walaupun mereka sendiri belum tentu terselamat dari cengkaman lembaga disiplin yang kononnya masih belum selesai menjalankan tugasnya terhadap kes-kes yang dilaporkan kepadanya.



Umno Teluk Kemang dimana Isa adalah ketuanya sahaja yang bersuara tidak dapat menerima keputusan ini.

Walaubagaimanapun satu komen yang agak menarik datangnya dari bekas Naib Presiden Umno yang pernah cuba menetang Presiden Umno dalam pemilihan tahun 2004 itu tetapi gagal kerana tidak mendapat cukup pencalonan. Beliau adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Kata Ku Li dalam Buletin Uatam TV3 sebentar tadi:

Imej parti sudah tercemar oleh kerana suka tak suka persepsi ahli-ahli (Umno), (parti-parti) pembangkang dan rakyat terhadap parti (Umno) akibat peristiwa ini sudah merosakkan pandangannya terhadap parti kita (Umno) yang selama ini berjalan dengan baik.

Dalam pemilihan kontroversi itu Isa pada awalnya sekadar memperolehi 37 pencalonan dari bahagian-bahagian Umno seluruh negara iaitu pencalonan kelima terbanyak. Akan tetapi apabila jumlah undi selesai dibilang, Isa berjaya meraih undi terbanyak iaitu 1,507 unid. Muhyiddin Yassin yang memperolehi pencalonan terbanyak iaitu dari 159 bahagian, Cuma menang ditangga ketiga dengan 1,234 undi!

Apo nak dikato!


KABINET BARU PAS MELAKA DIBENTUK


Kabinet PAS Melaka telah dibentuk dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Melaka Sabtu lalu.

Beberapa muka baru telah dilantik untuk menjawat beberapa jawatan penting tersebut. AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr. Adly Zahari telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Hj Mohd Yassin Abdul Ghani yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III yang baru. Sementara itu Us. Minghat Mamut dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala Hj. Mohd Burok dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II. Bekas TPJ III sessi lalu Yusof Wahab dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Sdr. Balis dikekalkan sebagai Bendahari.

Manakala beberapa orang AJK baru dilantik antaranya Sdr. Harun Mohamad dan Shahiran Murid. Lain-lain AJK yang turut dilantik ialah Us. Mohd Nor Omar, Dato' Amir Yaakub dan beberapa orang AJK sessi lalu.

Ahli-ahli PAS menyifatkan saf kepimpinan baru ini merupakan saf yang mantap terdiri dari golongan muda dan tua. Insya Allah ianya akan membawa perubahan terhadap kepimpinan PAS negeri untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Sdr. Muozzar Mansur dari Batu Berendam menyifatkan saf kepimpinan baru mampun untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan rakyat, parti-parti pembangkang lain serta NGO-NGO.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59