Friday, 24 June 2005

HAWK TERHEMPAS LAGI, JURUTERBANG TERBUNUH – NAJIB MESTI LETAK JAWATAN


Sebuah lagi jet pejuang HAWK milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Pangkalan TUDM Labuan hari ini mengorbankan juruterbangnya Kapten Mohd Yusari Kliwon. Allahyarham Mohd Yusari, 26, berasal dari Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor, demikian menurut Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Roslan Salam dalam satu kenyataan.

Nahas hari ini merupakan yang keenam membabitkan pesawat jenis Hawk milik TUDM sejak 1996. Ini menandakan bahawa pesawat ini seolah-olah tidak selamat lagi untuk digunakan. Samada ianya disebabkan kerosakan mekanikal, elektrikal, kecuaian Juruterbang atau apa juga yang pasti TUDM mesti bertanggungjawab terhadap semua nahas ini. Setelah pesawat keenam ini terhempas dan mengorbankan juruterbangnya kita masih belum melihat, Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap TUDM masih boleh tidur lena dan bebas ke sana ke mari.

Kita mengharapkan Dato’ Najib Razak bertanggungjawab sepenuhnya dengan nahas demi nahas ini. Beliau mestilah meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau mentadbir kementerian ini dengan baik. Pihak pembangkang telah lama mempersoalkan penggunaan pesawat ini bermula dari cara pembeliannya sehinggalah kepada penggunaannya.

Kita juga menyeru supaya Menteri Pertahanan menggantung penggunaan Jet pejuang ini dan seterusnya memberhentikan operasinya sekiranya didapati jet ini sudah tidak selamat untuk digunakan. Malah kita sudah lama mencadangkan penggunaan helicopter Nuri diberhentikan kerana pesawat ini sudah tidak selamat selepas digunakan sejak 1969.
UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KAPTEN MOHD YUSARI KLIWON, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH DAN HARAPAN AGAR KELUARGANYA TABAH MENGHADAPI KETENTUAN ALLAH ini.
Dibawah ini disenaraikan kejadian-kejadian nahas yang menimpa Hawk :

– 18 Jun 1996 : Sebuah pesawat Hawk 100 terhempas dalam sawah padi, dua batu nautika dari Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang, ketika mengadakan latihan pertunjukan udara. Juruterbang selamat.

– 23 Julai 1996 : Sebuah pesawat Hawk 100 terhempas ketika mengadakan latihan berhampiran Lapangan Terbang Labuan. Juruterbang juga selamat.

– 10 Sept 1998 : Sebuah pesawat Hawk 208 terhempas ketika mengadakan latihan di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Juruterbang Kapt Jaidev Biaspal, 29, terkorban.

– 4 Sept 2002 : Sebuah pesawat Hawk 208 terhempas di Laut China Selatan, 40 batu nautika dari Pulau Tioman, Pahang. Juruterbang selamat.

– 18 Dis 2003 : Sebuah pesawat Hawk 100 terhempas di perairan sekat Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Dua juruterbang Kapten Khairul Hazrin Kamaruddin, 28, dan Kapten Ashraff Che Hussin, 30, terbunuh.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59