Thursday, 23 June 2005

DEWAN PEMUDA PAS BUKIT KATIL LAWAT ANAK YATIM PAITU


DPP Bukit Katil telah menziarah keluarga yatim paitu iaitu anak Allahyarham Ibrahim Yaakob yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Kuantan malam tadi. Keluarga tersebut yang tinggal di Kampung Tebing Tinggi Bukit Katil sekarang ini tinggal tujuh adik-beradik selepas kedua-dua ibu dan bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan ngeri tersebut.

Antara yang menziarahi mereka ialah Tuan Haji Bakrin Sidek, Timbalan YDP PAS Bukit Katil dan Ketua DPP Kawasan Tuan Haji Salamat Aman. Dalam kenyataan kepada Weblog ini Tuan Haji Salamat menjelaskan bahawa ketujuh-tujuh beradik ini sekarang masih dalam keadaan terkejut dan sugul dengan kejadian yang sungguh menyayat hati ini. Paling menyedihkan adik bongsu mereka yang berusia 4 tahun seringkali memanggil emak mereka terutama ketika hendak tidur.

DPP Kawasan juga menghulurkan derma kepada mereka untuk meringankan sedikit bebanan mereka.


BUDAYA YES MAN AKAN BINASAKAN NEGARA


Bila mendengar laporan penggantungan jawatan keatas YB Sothinathan, kita semua tidak akan merasa hairan kerana inilah budaya yang menjadi darah daging BN dan semua parti-parti komponennya iaitu seseorang penyokong kerajaan diHARAMKAN membangkang apa juga cadangan dan keputusan kerajaan. Walaupun keputusan itu jelas merugikan rakyat ianya tetap menjadi kesalahan jika dibangkang.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang kenapa Sothinathan digantung tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sinilah tentang bahayanya budaya ini kepada negara, kerana jika ianya diteruskan sudah pastilah kita akan mempunyai pimpinan yang jenis 'YES MAN' tidak berani menyatakan sesuatu walaupun ianya benar.

Bila nak membangkang sesuatu perkara, mereka akan terbayang, gaji tak dapat, elaun ditarik, kenaikan pangkat dibekukan dan macam-macam lagi. Budaya ini sebenarnya menular dari kepimpinan atasan hinggalah kepada peringkat JKKK. APALAH MALANGNYA KITA DUDUK DIBAWAH KERAJAAN ISLAM HADHARI.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59