Wednesday, 22 June 2005

KEPIMPINAN PAS MELAKA PERLU PERUBAHAN


Bukit Katil 22 Jun 2005 : DPP Kawasan Bukit Katil merasakan bahawa sudah sampai masanya Badan Perhubungan PAS Melaka membuat perubahan kepimpinan demi untuk memacu perjuangan dengan lebih baik. Dengan megambil contoh PAS Kelantan yang telah mengambil langkah proaktif dengan melantik muka-muka baru dalam kepimpinan PAS negeri mereka. Semalam Tuan Guru mengumumkan barisan kabinet baru PAS Kelantan dengan melantik Dato' Ahmad Yaakub, Husam dan Nik AMar sebagai Timbalan Persuruhjaya. Sementara Takiyuddin Hassan, Us.Nasuruddin Daud dan Dr. Izani Hussein dilantik masing-masing sebagai Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari.

Selain itu Jentera Pilihanraya Negeri juga mempunyai Ketua baru apabila Dr. Abdul Patah Mahmod dilantik untuk mengetuai jentera yang sangat penting ini. Selain itu beberapa muka baru juga dilantik sebagai AJK perhubungan antaranya Dr.Johari Mat (ahli akademik), Abdul Shakur Tahir, Mohd Noor Norddin dan Ustazah Kalthom Othman. Ini dilihat sebagai suatu usaha untuk memberikan nafas baru kepada PAS Kelantan.

Tetapi kita di Melaka ini, jarang sekali kita melihat perubahan kepimpinan dibuat walaupun terdapat beberapa orang AJK perubahan yang kita bermaya dan berfungsi. DPP Kawasan Bukit Katil mencadangkan beberapa orang bekas pimpinan pemuda di negeri dilantik untuk jawatan-jawatan penting seperti Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan dan AJK BPPN Melaka. Antaranya ialah Sdr. Azrin Majid dan Sdr Adly Zahari. Mereka berdua ini dilihat mampun untuk memberikan sumbangan bermakna kepada PAS Negeri.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil


SYABAS UNTUK US. NASHARUDDIN ATAS KEJAYAAN DALAM RANCANGAN FAST FORWARD


PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Us. Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang berjaya menyampaikan jawapan yang penuh dengan fakta, bersahaja, berjiwa besar dan berani dalam rancangan Fast Forward di TV1 malam tadi.

Ketika menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kepimpinan Professional dan Ulama’ Us. Nasharuddin berjaya meyakinkan kita bahawa di dalam PAS tiada pertikaian antara dua golongan ini. Bahkan adunan kedua-dua golongan inilah yang berjaya membawa PAS ke tahap sekarang. Ketika mendefinisikan ulama’, Us.Nasharuddin merumuskan bahawa Ulama’ adalah orang alim yang berilmu yang sentiasa beramanah dengan ilmu yang dipunyainya.

Antara soalan lain yang diajukan oleh Dato’ Aziz Rahman, Moderator rancangan tersebut tentang Amanat Hj. Hadi samada beliau bersetuju atau tidak, beliau dengan tegas menyatakan setuju dengan memberikan sebab iaitu ‘Amanat Hj.Hadi’ itu adalah secara umum, dimana umat Islam mestilah sentiasa taat kepada semua ajaran agama jangan mengambil separuh-separuh. Beliau menegaskan ‘Amanat Hj.Hadi’ itu merupakan kata-kata umum yang menjelaskan bahawa seseorang yang meminggirkan sesuatu ajaran Islam dengan taat kepada sebahagian dan ingkar kepada sebahagian yang lain sudah pasti terkeluar dari Islam. Tiada perkataan sepatah pun perkataan yang sesiapa tak masuk PAS akan kafir. Sekali hujah pengerusi berjaya ditangkis dengan berhikmah oleh Us. Nasharuddin.

Kita juga tertarik dengan beberapa soalan yang diajukan oleh penonton, antaranya tentang hal ehwal kepentingan orang bukan Islam dibawah system pemerintahan Islam. Ketika menjawab soalan ini Us. Nasharuddin secara logiknya memberikan contoh di Kelantan di mana orang bukan Islam bebasnya mengamalkan ajaran agama mereka tiada tindakan yang diambil terhadap mereka. Rakyat Kelantan berbilang agama, kaum dan budaya boleh hidup aman damai. Malah kata beliau patung Buddha yang terbesar di Malaysia juga terletak di Kelantan. Setelah memerintah 25 tahun kerajaan Kelantan jelas membuktikan bahawa Islam sesuai untuk semua orang.

Us Nasharuddin juga menjelaskan bahawa beliau tetap bersetuju dengan segala dasar kerajaan yang baik. “Yang baik kita akan sokong, tetapi rakyat Malaysia ingin melihat suatu kerajaan yang lebih telus, demokratik dan adil kepada semua orang, sebagai contoh katanya kebebasan berpolitik, kebebasan media dan sebagainya” tegas beliau.

Ketika memberikan pandangan tentang kepimpinan Pak Lah Us. Nasharuddin sekali dengan jiwa besar menyatakan kita semua tetap menyokong dasar-dasar yang baik yang menguntungkan negara, tetapi kita mahu melihat janji Pak Lah sebaik sahaja mengambilalih tampuk pemerintahan ditunaikan iaitu membenteras rasuah hingga ke akar umbi. Tetapi hingga sekarang kita belum suatu tindakan tegas diambil jelas beliau.

PAS Kawasan Bukit Katil juga mengucapkan syabas kepada pengerusi rancangan, Dato’ Aziz Rahman yang memberikan peluang seluas-luasnya kepada Us. Nasharuddin memberikan jawapan dan pandangan beliau. Ini berbeza sekali dengan Johan Jaafar dalam rancangan Debat Perdana yang sentiasa cuba memotong hujah-hujah ahli Panel. Syabas Us. Nasha dan Dato’ Aziz.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Melaka


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59