Tuesday, 21 June 2005

USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA MUNCUL DI DI TV1 malam ini.


Saksikan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin bin Mat Isa secara lansgung melalui TV1 malam ini jam 10.30 malam dalam siaran bahasa Inggeris FAST FORWARD.


RENTETAN 'JAWAPAN DR.MASHITAH TERHADAP ISU JUAL DIRI'


Ikuti pandangan Sheikh Yusuf Qardhawi dibawah :

Dipetik dari tranungkite .......

Halal dan Haram dalam Islam
oleh Yusuf Qardhawi

1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau karena menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat dikatakan:

"Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu'min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.

Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga.

Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al-ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Oleh karena itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya rencana-rencana yang baik lainnya, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan:

"Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mau menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu'min seperti halnya perintah kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat:

"Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat." (al-Mu'minun: 51)

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu." (al-Baqarah: 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dan sabdanya pula:

"Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sabdanya pula:

"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahwa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

--------------------------------------------------

Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari fitnah ulama' jahat yang hidup bermaharajalela di muka dunia yang sementara.

Sahabat-sahabat boleh baca fatwa di atas dan fatwa2 berkaitan di laman :
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/108.html

Yang boleh berbahasa Arab sila ke laman :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?


MENTERI KESIHATAN PATUT LETAK JAWATAN


Berita kehilangan bayi di Hospital Sg. Petani semalam amat menyayat hati kita semua. Menurut berita yang dipetik dari Berita Harian, bapa bayi tersebut Mohamad Nordin, 34, pembantu gudang di sebuah kilang biskut di sini, tidak menyangka kejadian itu menimpa anak ketiganya, apa lagi pada Hari Bapa dan ketika bayi berkenaan diletakkan di wad penjagaan hospital.

"Saya belum pun sempat memangkunya, hanya mengazankan di telinganya dengan dibantu jururawat ketika kali kedua melihatnya jam 11 pagi semalam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, pagi semalam.

Malah, isterinya, Norhayati Abu Bakar, 31, hanya sempat melihat bayi mereka beberapa minit selepas melahirkannya pada jam 8.32 pagi sebelum dipindahkan ke wad A4 bagi kerana menghadapi masalah pernafasan.

Pasangan itu menghadapi satu lagi masalah – bagaimana untuk memberitahu dua anak mereka, Mohamad Norsyazwan, 10, dan Mohamad Norsyamir, 5, yang sering bertanya bila adik mereka akan dibawa pulang ke rumah.

Mohamad Nordin berkata, ketika menghantar dokumen pendaftaran ke wad A4, dia melihat bayinya itu, yang dilahirkan secara normal seberat 3.6 kilogram dan cukup bulan, dipasang dengan alat bantuan pernafasan.

Selepas itu, beliau kembali ke wad isterinya sebelum pulang ke rumah untuk mengambil lampin dan datang semula ke wad jagaan yang dilihatnya turut dihuni tujuh bayi lain kira-kira jam 11 pagi.

“Ketika hantar lampin itu, saya lihat bayi saya tidak dipasang oksigen lagi selain diberikan susu oleh jururawat bertugas. Saya mengazankan anak saya itu tetapi langsung tidak memegangnya,” katanya, yang kali terakhir melawat bayi itu pada jam 1.30 petang sebelum pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pada jam 2.45 petang, Hospital Sungai Petani menghubunginya meminta datang menemui pengarah dan dimaklumkan supaya bersabar kerana anaknya hilang dari wad kira-kira jam 2.20 petang.

"Bagaimana saya boleh bersabar. Saya dan isteri sangat kecewa dan kesal dengan kejadian yang berpunca daripada kecuaian hospital. Ini bukan kes hilang anak kucing tetapi hilang anak," katanya.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat Pengarah Hospital Sungai Petani, Dr Harif Fadzilah Che Hashim pada jam 7.03 petang kelmarin manakala Mohamad Nordin pula membuat aduan pada jam 8.50 malam.

Mohamad Nordin berkata, beliau akan berbincang dengan keluarga sebelum memikirkan langkah selanjutnya termasuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital itu.

"Saya perlu menenangkan isteri kerana dia dalam tempoh berpantang selepas bersalin," katanya.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil merasakan kes ini menyerlahkan satu lagi kelemahan sistem keselamatan di Hospital Awam Malaysia. Ini bukan kes pertama, kita pernah dikejutkan dengan kes darah yang mempunyai HIV, alat pembedahan tertinggal dalam badan pesakit, bayi yang lemas ketika bersalin dan sebagainya.

Dengan ini DPPK Bukit Katil dengan tegas menggesa menteri kesihatan yang bertanggungjawab kepada hospital meletakkan jawatan dengan serta merta kerana ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak berwibawa untuk menjamin keselamatan hospital dan juga cuai dalam menjalankan tugasnya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59