Monday, 20 June 2005

JAWAPAN BAHAYA DAN MENGELIRUKAN DR MASHITAH TENTANG TERPAKSA JUAL DIRI KERANA TERDESAK


Jual diri kerana terdesak


SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Dr. Mashitah tak fikir panjang ketika nak jawab soalan ini. Jawapan beliau seolah-olah menghalalkan kes seumpama ini. Tidakkah seseorang janda yang boleh menjual tubuh itu menunjukkan dia seorang yang sihat tubuh badan dan bertenaga. Bila sihat sudah tentu dia boleh buat kerja lain seperti bekerja sebagai pembasuh pinggan, menyapu, jurujual dan sebagainya. Begitu banyak kerja yang ada di dalam negara kita ini.

Inilah pemimpin UMNO yang celik agama pun bercakap macam orang jahil.....


BANTAHAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU


Dipetik dari Harakahdaily .......

BANTAHAN RAKYAT...Lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu pagi ini (19 Jun) bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan rakus dan zalim Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu merampas tanah, memusnah rumah peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan merobohkan masjid. Orang ramai yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 7 pagi bersurai kira-kira jam 9.40 pagi setelah mengaminkan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Dato' Husain Awang. Turut berucap pada perhimpunan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuk anggota FRU itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Mustafa Ali. Sementara itu, wakil peserta RTB, Abdullah Che Mat berjaya menyerahkan memorandum bantahan rakyat kepada Exco Kerajaan negeri, Wan Hisham Wan Salleh di Bilik Rehat Exco, WDI pada kira-kira jam 9.10 pagi.


SIAPA PEGANG KEMUDI PUTERA UMNO?


Roslan SMS menulis......

Semalam Pak Lah selaku Presiden Umno telah hadir merasmikan pelancaran gilang-gemilang sayap baru Umno iaitu Putera Umno. Majlis berlangsung di Stadium Hang Tuah Melaka.


PALING KANAN KETUA PUTERA UMNO YANG BARU LAHIR

Acara yang dipenuhi dengan konsert dan hiburan itu bermula seawal jam 3.00 petang dengan konsert dan persembahan oleh barisan artis jemputan termasuklah Aznil Nawawi dan KRU. Menurut laporan stadium telah dibanjiri lebih 30,000 orang muda-mudi yang pastinya tertarik dan terpikat dengan program hiburan pada malam tersebut.

Menurut Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien yang berucap dalam acara tersebut, penubuhan Putera Umno membuktikan komitmen Presiden UMNO yang ingin memastikan anak-anak bangsa Melayu bergerak cemerlang agar hasrat negara menjadi Malaysia maju pada 2020 tercapai.

Putera Umno ini membuka keahliannya kepada golongan remaja dan belia Melayu berusia antara 18 dan 25 tahun dan ianya diketuai oleh salah seorang EXCO Pemuda Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan dikenali sebagai Pengerusi Biro Putera Umno.

Menurut sumber Pemuda Umno memperjudikan nasib para remaja apabila memberikan teraju kepada seorang yang diragui kebersihan serta kedudukannya dalam masyarakat. Sumber itu berkata bagaimana seorang yang telah dituduh melakukan ugut dengan senjatapi di mahkamah (yang kesnya sedang berjalan di mahkamah) boleh diberikan amanah memimpin anak-anak remaja yang kononnya kelak akan menjadi galang-ganti pemimpin masa depan negara?

Malah menurut sumber itu lagi pemimpin ini mempunyai banyak lagi kes sivil yang sedang menanti di mahkamah berhubung perniagaan dan hutang. Dan anugerah Datuk yang beliau sandang juga turut dipertikaikan. Ini tidak termasuk akhlaknya yang suka berfoya-foya dan pernah terlibat dengan isteri orang.

Sejauh mana kebenaran makulmat ini masih dalam proses disahihkan namun menurut penyampai sumber, sesiapa yang mempertikaikannya bolehlah buat carian sendiri di mahkamah dan bertanya dengan sesiapa sahaja yang kenal rapat dengan pemimpin ini!

Kesimpulannya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda:

Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat (kehancuran) nya.(HR. Bukhari Muslim)


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59