Friday, 17 June 2005

DEWAN PEMUDA PAS BUKIT KATIL SAMBUT BAIK PERLANTIKAN SEMULA US GHANI SEBAGAI PJ MELAKA


Bukit Katil 16 Jun : DPP Kawasan Bukit Katil (DPPKBK) menyambut baik perlantikan semula Us. Ghani Rahman sebagai PJ Melaka bagi sessi 2005/2007. Pengumuman perlantikan telah dibuat awal minggu ini oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS dalam satu sessi sidang akhbar selepas mesyuarat AJK kerja PAS di Taman Melewar.

Perlantikan merupakan suatu pengiktirafan PAS Pusat kepada Us. Ghani yang telah berjaya memimpin PAS Melaka ke tahap sekarang. Kalau dulu kita lihat PAS Melaka sering dilanda masalah krisis kepimpinan tetapi setelah jawatan PJ ini diambilalih oleh Us. Ghani kita lihat semua ini telah dapat diselesaikan dengan baik.

Sementara itu DPPKBK mengharapkan Us. Ghani dapat menyusun kabinet BBPN Melaka yang lebih baik bagi sessi ini jika dibandingkan dengan sessi-sessi lalu. Kita melihat bahawa terdapat beberapa individu yang diamanahkan dengan jawatan tertentu dan memimpin lujnah tertentu dalam BPPN Melaka yang gagal berfungsi dengan baik. Ini hendaklah dikenalpasti dan digantikan dengan tenaga-tenaga baru. DPPKBK melihat bahawa Melaka bukanlah ketandusan tenaga-tenaga baru yang berkaliber. Antara bekas Ketua Pemuda Negeri sessi lalu Sdr Azrin Majid, AJK DPP PAS Pusat yang baru Sdr Adli Zahari dan ramai lagi boleh diketengahkan. Ujar salah pemimpin DPPKBK yang tidak mahu namanya disiarkan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59